• Home
  • The Writer
  • Lifestyle
    • Personal
    • Career
    • Beauty
    • Travel
    • Recipe
  • Nurraysa
  • About
    • Contact Me
    • Disclaimer
    • Sitemap
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

JIABOUTIQUE


Pembuka cerita pengalaman untuk tahun 2012 beberapa hari lagi...saya akan menceritakan pengalaman ride kami berdua di Vietnam. Jalan yang kami lalui lebih kurang seperti gambar peta yang di atas.Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang amat mengujakan kami berdua. Apa tidaknya,kalau ride yang kami selalu buat ialah menggunakan ER6,kali ini kami uji pula kegagahan sang HONDA pula.Harap pembaca bersabar menanti terbitan Sapa Loop ini,kerana sekarang saya amat sibuk memilih gambar buat paparan JELAJAH VIETNAM UTARA.Insyaallah kita,saling berkongsi pengalaman antara satu sama lain.Sabar dan sabar menunggu edisi Vietnam awal tahun baru 2012.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Episod jelajah saya dan suami,merangkumi Pulau Sumatera,Pulau Jawa dan Borneo (Kalimantan).Perjalanan bermula dari 2 Disember 2010 hingga 27 Disember 2010.Bermula dari Medan melintasi Kuala Simpang, Lhokseumawe, Sigli,Seulawan hingga ke Bandar Aceh.Sejauh 595km jaraknya.Ride seharian dari pagi hingga malam...itulah Indonesia.

www.ceritaku.my

Di Aceh kami ambil  kesempatan meneroka episod sedih kejadian Tsunami yang meragut begitu ramai korban.

www.ceritaku.my

Dari Bandar Aceh kami menuju ke Tapak Tuan,sebelum sampai di sana kami perlu melintasi Calang, Meulaboh, Blangpidie dan berakhir di Tapak Tuan sejauh 456km pun memakan masa selama seharian juga.

www.ceritaku.my

Sempat juga cuci ER6 di Meulaboh.Setelah semalaman di Tapak Tuan kami seterusnya menuju ke Sibolga seterusnya Subussalam sejauh 152km.Perjalanan diteruskan hingga ke Dolok Sanggul sejauh 146km dan episod hitam melalui Tarutong kami jatuh 2 kali di Aek Latong sebelum sampai di Padang Sidempuan.Walaupun jaraknya sejauh 355km saja tapi ride kami berakhir malam di Padang Sidempuan. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Hadi Ewanto yang membantu kami dengan menghantar anak motor Padang Sidempuan ketika kami memerlukan bantuan di Padang Sidempuan.

www.ceritaku.my

Jarak antara Padang Sidempuan dan Bukit Tinggi sekitar 204km.Menariknya disini ialah kami melawat Muzium Imam Bonggol dan Garisan Khastulitiwa.Terdapat beberapa nama kampung di perjalanan ini yang menarik perhatian saya antaranya Hulu Julu,Hulu Mas dan Hulu Paung.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Bukit Tinggi kota wisata seterusnya kami menuju ke Padang dan bermalam di Kerinci.Kerinci amat terkenal dengan hasil ekonominya iaitu pengeluaran kulit kayu manis.Perjalanan dari Kerinci ke Sarolangon sejauh 248km ditemani oleh biker Kerinci hingga ke Muara Imat.Perjalanan diteruskan ke Lubuk Lingau sejauh 232km melalui Muara Enim dan Batu Raja.Lalu kami bermalam di Baru Raja setelah penat membonceng sejuh 667km dari SAROLANGON ke BATU RAJA.Menuju pula ke Lampung sejauh 268km keesokkannya dengan menempuhi Martapura,Barabatu,Bukit Kemuning,Kota Bumi dan Pesawaran.Akhirnya kami berjaya menyeberangi ke Pulau Jawa dengan feri di Bakauheni.Kami berada beberapa hari di Jakarta dan menerima layanan mesra dari biker tempatan,seterusnya belayar ke Kalimantan iaitu Pontianak untuk pulang ke Tanahair melalui Kuching, Sarawak.Maka tamatlah jelajah TRANS-INDONESIA kami berdua.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Setelah menghilangkan dahaga di gerai makanan ringan di Lundu,kami terus menuju ke Bau. Sekitar 62km saja,tapi tak puas hati pula kalau tidak ke Pasar Serikin yang terkenal itu.

www.ceritaku.m

Kenalah kami beratur juga nak masuk ke ruangan niaga Pasar Serikin. Wah! walau pun panas terik tetapi pengunjung yang datang untuk membeli-belah tetap ramai.Maklumlah Pasar Serikin ini hanya dibuka pada hari Sabtu dan Ahad saja.Jom..kita lihat apa yang boleh kita beli di sini..

www.ceritaku.m

Meriah sungguh lihat pembeli dan penjual yang ramai di sini. Khabarnya barangan di sini murah,kenalah bijak tawar-menawar antara pembeli dan penjual.Kami tak shopping pun,sebab boxes motor kami dah penuh.Baiklah selesai menjamu mata di Pasar Serikin,kami terus ke border antara Serikin (Malaysia) dan Kalimantan (Indonesia).


www.ceritaku.m


www.ceritaku.m

Inilah sempadan antara Malaysia dan Indonesia,khususnya Kalimantan. Kami minta izin pasukan keselamatan negara kita untuk sampai di sini.Laluan ini agak mencabar kerana jambatan ini hanya dari kayu-kayan dan setiap papan jambatan yang patah hanya ditindih pula dengan papan yang baru diatas. Hasilnya jambatan jongkang-jongkit ,memang menakutkan kami. Sayalah orang pertama turun dari motor dan membiarkan abang Mat menolak ER6 kami.

www.ceritaku.m

Lihatlah jambatan yang kami lalui...jalan ini semasa kami pulang dari Indonesia (Kalimantan).Untuk pengetahuan pembaca sekalian ...laluan air dibawah tu boleh dilalui oleh kenderaan sama ada kereta atau motorsikal. Tetapi kami memilih laluan / melalui jambatan ini. Antara sebabnya laluan dibawah itu..berpasir dan kami khuatiri Er6 kami tenggelam..di sini.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments


Antara Sematan ke Lundu tidaklah jauh sangat,lebih kurang 18km saja jarak perjalanannya. Kami ikut jalan kampung berdasarkan peta jalan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat. Sampai juga kami di sini,kalau nak tahu apa menarik di Lundu anda boleh baca catatan kawan blogger ini,beliau berasal dari Lundu.


Sambil meronda atas motor,dapat juga lah snap beberapa gambar...penduduk setempat membeli-belah di pasar tani.

www.ceritaku.my

Lokasi menuntut ilmu....

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Inilah 2 keping gambar yang sempat diambil,sekali tengok macam rumah kampung...(di kampung saya)

www.ceritaku.my

Hinggalah kami sampai di sini,kiranya inilah lokasi terakhir atau penghujung jalan bagi Lundu. Kami berhenti rehat di sebuah gerai di sini sambil borak-borak. Dalam syok bercerita tu,makcik kedai menyatakan bahawa ramai juga tenaga pengajar dari semenanjung yang berkhidmat di sini. Malangnya kami tak sempatlah berjumpa,cuti sekolah...semuanya pulang ke kampung halaman.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
www.ceritaku.m
                         

Bangun pagi ...Abang Mat suruh bersiap nak ride lagi....

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Bestnya malam tadi amat lena tidur,dah perlu risau nak ride ke mana-mana dah. Kami sudah sampai di Malaysia,sebenarnya di Bandaraya Kuching. Tahun 2010 yang lepas kami sudah pun menjelajah Borneo hingga ke Kuching. Tapi hari ini kami hendak lengkapkan jelajah kami yang dulu sampai di Kuching saja .. ini nak ke Sematan pula.


View Larger Map


Jarak perjalanan hari ini lebih kurang 100km saja sehala,jadi kena ride selama 1 jam dan lebih-lebih sikit,kalau kami berhenti ambil gambar atau singgah ke lokasi yang menarik perhati kami. Bestnya...dapat lihat rumah kampung,kami melalui Lundu untuk sampai di Semantan.

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Sampai saja di sini kami agak terkejut kerana terlalu sunyi pekan ini dari hiruk-piruk bunyi enjin kenderaan. Macam tak percaya saja,pekan kecil yang ada pelbagai kedai untuk keperluan asas penduduk setempat tetapi agak sunyi,setelah kami selidik...rupanya inilah keadaan/situasi harian pekan ini. Kalau dulu kata mereka ada juga bas-bas awam yang berulang-alik antara Kuching ke Sematan. Namun sekarang sudah tiada. Maklum saja masing-masing sudah punya kenderaan sendiri dan lebih senang dengan pengangkutan sendiri. Lihatlah pasar taninya...tak banyak gerai-gerai yang dibuka.

www.ceritaku.m

Perut macam tahu saja kami sudah sampai di Pekan Sematan. Nak sarapan dululah,masa keluar dari hotel tadi kami belum bersarapan,memang dah niat nak sarapan di Sematan.Permisi...ye kami sarapan di sini.

www.ceritaku.m

www.ceritaku.m

Sematan ini merupakan hujung/penghujung Borneo...tapi yang kami sampai ini Pekan Sematan,kalau penghujungnya kena menaiki bot untuk ke pulau yang dikatakan sebagai penghujung bagi Borneo ini.


www.ceritaku.m

                                     www.ceritaku.m


Pembaca tengok pasti terkejut dengan kebersihan pasar Sematan ini,saya sememangnya terkejut sungguh. Iyalah...tak sangka dapat melihat begitu bersihnya pasar ini. Sampaikan bila lihat jualan sayur di sini pun dah terasa enak bila dimasak. Seronoknya...di Sematan tak bising...tapi pasti sangat sunyi bila malam menjelma. Ada pelancong dari semenanjung menyatakan amat sunyi menginap di Sematan,kalau betul-betul mahu ketenangan bolehlah ke Sematan.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Kami sampai di Kuching petang,perjalanan asyik terhenti-henti akibat lebatnya hujan yang Allah kurniakan pada Bumi Kenyalang ini. Memang kebasahan sungguh kami bila samapi di Hoteh Fatah...itulah lokasi penginapan kami di Sarawak. Lencun,kuyup...apa lagi kesejukkan malah check-in dalam titisan air hujan yang kami bawa dari luar hingga ke dalam bilik. Berehat seketika...penat ride dalam cuaca hujan dan redup...malah lebih banyak kebasahan dari kekeringan...Sejuk! Petang nanti baru nak keluar mengisi tangki perut yang mula berirama.


Bestnya....hilang penat setelah berehat beberapa jam. Sempat bersiram dengan air panas dalam  bilik sambil tidur-tidur ayam. Relak sambil mengendurkan urat-urat yang tegang. Petang...mulalah kami berdua menapak ke Waterfront tak lah jauh sangat kami berjalan sambil buat senaman kaki. Kalau di Sarawak ini,sesiapa saja terutamanya pelancong Wajib ke sini. Iyalah...inilah lokasi pelancongan utama di Kuching. Dulu kami pernah menginap di Tune Hotel,best juga sebab betul-betul depan Waterfront.Sekarang tukar selera pula. Sebenarnya bukan nak ke Waterfront...kami nak ke seberang dengan perahu/bot tambang. Tambangnya berbeza dari 40 sen,50sen hingga RM1.00 mengikut masa penggunaan kita untuk ke seberang. Sekejab saja sudah sampai ke lokasi makan-makan kami...jemput makan kawan-kawan...


Tak teringat nak ambil foto makanan kali ini,kalau tak salah ingatan saya kami makan nasi goreng dan laksa sarawak.Alhamdullillah ...kenyang perut senang hati...lenalah tidur kami malam nanti.

www.ceritaku.my

Selesai makan...hari pun sudah menghampiri maghrib,menunggu bot penumpang dan nak menapak pulang ke hotel. Malam ini nak rehat sepuasnya....esok nak ride mana ya???






















Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
www.ceritaku.m

Alang-alang sudah menjejakkan kaki di Jakarta,kami singgah di Motoritz.Apa ada di Motoritz? Banyak barangan berkaitan dengan motor ada di sini. Bagi yang berminat anda boleh melayari laman sesawang MOTORITZ .

www.ceritaku.m

Kami bertemu dengan pemilik Motoritz ini iaitu Pak Nirwan. Gembira kami dapat berkenalan dan bertukar-tukar cerita dengan kalian. Lama juga kami berada di kedai ini,sambil berehat dan melihat pelbagai barangan di sini.

www.ceritaku.m
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Kebiasaan bagi kami berdua bila berjalan ke lokasi baru atau ke tempat yang belum pernah kami kunjungi,perkara utama bila perut berkeroncong meminta bantuan. Kami akan mencuba sesuatu yang baru untuk dimakan. Lantas dipelawa oleh teman kami ini untuk mencuba gado-gado. Menurut teman kami,menu ini merupakan makanan utama pilihan masyarakat tempatan disini.Memang sedap...nasi disirami dengan kuah kacang.



Menu di gerai sebelah ini,sekadar menjadi santapan mata kami kerana gado-gado tadi terlalu banyak bagi saya hingga tidak dapat menghabiskannya. Sayang sekali tidak dapat merasai tempe goreng kesukaan saya...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my


Dari Lubuk Lingau kami nak ke Batu Raja yang perlu memakan masa selama 5 hingga 6 jam perjalanan sejauh 317km. Kenapa terkejut? Itulah Indonesia kita rasa jaraknya dekat dan mampu bergerak pantas dengan kenderaan,TIDAK sama sekali. Walaupun jaraknya dekat tetapi kondisi jalannya yang macet dan perlu tolak-ansur antara satu sama lain bagi melancarkan pergerakan kenderaan. Inilah pengalaman baru yang kami perolehi di sini.Lihat gambar di bawah....


www.ceritaku.my

Inilah antara faktor yang menyebabkan perjalanan kami perlahan,setiap pengguna jalan raya perlu saling berkerjasama.

www.ceritaku.my

Pejalan kaki juga merupakan pengguna jalan raya juga,kita perlu bertimbang-rasa pada mereka.Jom! kita lihat   apa yang menarik di sepanjang perjalanan ini.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Hebat bukan....pendidikan ada di merata tempat,janji kita rajin mencari ilmu. Nampaknya perjalanan hari ini hanya berjaya sampai di Batu Raja. Hari sudah menjelang petang bila kami sampai di sini,kenalah bermalam di Batu Raja.

www.ceritaku.my

Kami dibawa berehat di dataran berhampiran bandar Batu raja sementara untuk mendapatkan lokasi penginapan malam nanti. Apa yang ada di Batu Raja....? Anda boleh ke Stadium Madya Baturaja, Gedung Olahraga Baturaja, Kolam Renang Baturaja, Mall Kanio,Mall  Ramayana,Islamic Center Baturaja...ada gambarnya di atas, Taman Kota Baturaja,Gedung Kesenian Baturaja, Gedung SKB, Lokasi Wisata ( Goa Putri,Lesung Bintang dan Masjid Perahu) dan Universiti. Kami hanya melalui Islamic Center saja,tempat lain tidak sempat untuk dikunjungi.

www.ceritaku.my

Hebatnya di sini,mereka boleh mereka apa saja kenderaan bermotor dan boleh digunakan di jalanan seperti gambar di atas.
Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Newer Posts
Older Posts

About me




MARDHIYYAH ROSLI

A part time blogger since April 2017. Writing more about personal and lifestyle.

Affirmation: Believe in Yourself and Stay Strong.

Review| Collaboration| Advertorial| Sponsorship
Email: diyaroslidotcom@gmail.com

Follow Us

  • facebook
  • fb page
  • instagram
  • twitter
  • pinterest
  • youtube

Categories

  • Abu Dhabi - UAE
  • AFB
  • Afrika
  • Afrika - Bo-Kaap
  • Afrika - Capetown
  • Afrika - Durban
  • Afrika - Flea Minerton
  • Afrika - Table Mountain
  • Afrika - Zulu Dance
  • Alexa Rank
  • Althea
  • Anime
  • Article
  • Beauty
  • Beauty Tips
  • Blogging
  • Bloglist
  • Book Review
  • Bosnia Herzegovina - Mostar
  • Bosnia Herzegovina - Sarajevo
  • Boy Band
  • Brunei Darulsalam
  • Burapa Bike Week 2010
  • Cambodia - Angkor Wat
  • Cambodia - Delta Mekong
  • Cambodia - Killing Field
  • Cambodia - Muzium Tuol Sleng
  • Cambodia - Phnom Penh
  • Cambodia - Royal Palace
  • Cambodia - Siem Reap
  • Cambodia - Weal Boeungchouk
  • Celebration
  • Charity Event
  • China
  • Collaboration
  • Colleagues
  • Contest
  • Croatia - Dubrovnik
  • Croatia - Zagreb
  • delivery service
  • Diari Borneo
  • Diari Borneo
  • Family Time
  • fast food
  • fast food delivery Malaysia
  • Favourite
  • Florist
  • Flower Bouquet
  • Food Review
  • Foodie
  • FoodPanda
  • Friends
  • Fruit Basket
  • Gift
  • Goals
  • Hari Raya
  • Hartanah
  • Hong Kong-2008
  • Houses
  • India - Gateway Of India
  • India - Mumbai
  • India - New Delhi
  • India - Stesen Keretapi Red Fort
  • Indonesia 2009 - Bandung
  • Indonesia 2009 - Kawah Putih
  • Indonesia 2009 - Paris Van Java
  • Indonesia 2009 - Pasar Baru
  • Indonesia 2009 - Pasar Baru Bandung
  • Indonesia 2010 - Tanah Lot
  • Indonesia 2010 - Bali
  • Indonesia 2010 - Banda Aceh
  • Indonesia 2010 - Batu Raja
  • Indonesia 2010 - Danau Toba
  • Indonesia 2010 - Istana Maimun
  • Indonesia 2010 - Kerinci
  • Indonesia 2010 - Lhokseumawe
  • Indonesia 2010 - Lubuk Lingau
  • Indonesia 2010 - Medan
  • Indonesia 2010 - Muara Imat
  • Indonesia 2010 - Padang Sidempuan
  • Indonesia 2010 - Sarolangon
  • Indonesia 2010 - Uluwatu
  • Indonesia 2011 - Banda Aceh
  • Indonesia 2011 - Jakarta
  • Indonesia 2011 - Jam Gadang
  • Indonesia 2011 - Kerinci
  • Indonesia 2011 - Medan
  • Indonesia 2011 - Meulaboh
  • Indonesia 2011 - Padang
  • Indonesia 2011 - Pasaman
  • Indonesia 2011 - Polonia
  • Indonesia 2011 - The Equator Line
  • Indonesia 2012 - Pulau Karimun
  • Indonesia 2014 - Borobudur
  • Indonesia 2014 - Dieng Wonosobo
  • Indonesia 2014 - Jogjakarta
  • Indonesia 2014 - Kawah Sikadang
  • Indonesia 2014 - Kopi Joos
  • Indonesia 2014 - Parangtritis
  • Indonesia 2014 - Pasar Klewer
  • Indonesia 2014 - Telaga Warna
  • International language
  • Itali - Venice
  • Jepun - Hokkaido
  • Jepun - Sapporo
  • Johor - Mersing
  • Johor - Kukup
  • Johor - Tanjung Piai
  • Kedah - Ulu Legong Hot Spring
  • Kelantan
  • Kelantan - Banjir 2014
  • Kelantan - Bukit Mok Lipoh
  • Kelantan - Lojing
  • Kelantan - Masjid Cina @ Masjid Beijing
  • Kerja
  • Kesihatan
  • Korea - Pulau Jeju
  • Kosovo - Pristina
  • Kuala Lumpur
  • Kuala Lumpur - KLCC
  • Lifestyle
  • Lirik Lagu
  • Macedonia - Skopje
  • Melaka - Bandar Hilir
  • Melaka - Kota Bukit Supai
  • Melaka - Lubok China
  • Melaka - Pengkalan Balak
  • Melaka - Tanjung Bidara
  • Menu
  • Montenegro - Kotor
  • Movie Review
  • Negeri Sembilan
  • Negeri Sembilan - Alive 3D Art Gallery
  • Negeri Sembilan - Eagle Ranch Resort
  • Negeri Sembilan - Pantai Saujana
  • Negeri Sembilan - Pantai Teluk Kemang
  • Negeri Sembilan - Rumah Api Tanjung Tuan
  • Negeri Sembilan - Salak Tinggi
  • Nurraysa
  • Online Shopping
  • Owner
  • Pahang - Bukit Fraser
  • Pahang - Cameron Highland
  • Pemandangan cantik dan unik
  • Peperiksaan
  • Perak - Galeri Arkeologi Lenggong
  • Perak - Kellie's Castle
  • Perak - Kolam air panas Pengkalan Hulu
  • Perak - Lumut
  • Perak - Pasir Salak
  • Perancis - Paris
  • Perlis - Kuala Perlis
  • Perlis - Wang Kelian
  • Personal
  • Petrosains
  • price_MYR7
  • Product Review
  • Pulau Pinang
  • Pulau Pinang - Batu Ferringhi
  • Pulau Pinang - Bukit Bendera
  • Pulau Pinang - Fort Cornwallis
  • Pulau Pinang - JK2PP
  • Pulau Pinang - Kuala Juru
  • Pulau Pinang - Nasi Kandar Line Clear
  • Pulau Pinang - Padang Kota Lama
  • Quotes
  • Red Flowers
  • Resepi
  • Review
  • Review produk
  • Romania - Bucharest
  • Sabah
  • Sabah - Kota Kinabalu
  • Sabah - Bundu Tuhan
  • Sabah - Kundasang
  • Sabah - Pasar Filipina
  • Sabah - Putatan
  • Sabah - Ranau
  • Sabah - Rumah Terbalik
  • Sabah - Sabah Tea
  • Sabah - Sook
  • Sabah - Tamparuli
  • Sabah - Air Terjun Kiansum
  • Sabah - Beluran
  • Sabah - Bukit Bendera
  • Sabah - Campsite Pantai Sabandar
  • Sabah - Canopy Walk
  • Sabah - Dataran Bengkoka
  • Sabah - Desa Cattle Dairy Farm
  • Sabah - Dongonggon
  • Sabah - Dream world Resort
  • Sabah - Eko Pelancongan 3V Kampung Nahaba
  • Sabah - Flying Fox Kundasang Mount Valley Recreation
  • Sabah - Gunung Kinabalu
  • Sabah - Jambatan Tamparuli
  • Sabah - Kalabakan
  • Sabah - Kampung Labuan
  • Sabah - Kampung Mesilou
  • Sabah - Keningau
  • Sabah - Kepayan Perdana
  • Sabah - Kilimu Inap Desa
  • Sabah - Kinabalu Park
  • Sabah - Kinabalu Pine Resort
  • Sabah - Kiulu
  • Sabah - Ko-nelayan
  • Sabah - Kokol
  • Sabah - Kota Belud
  • Sabah - Kota Kinabalu
  • Sabah - Kota Marudu
  • Sabah - Kudat
  • Sabah - Kundasang
  • Sabah - Kundasang - Hari Unessco
  • Sabah - Kundasang War Memorial
  • Sabah - Lodge 37
  • Sabah - Long Pasia
  • Sabah - Maliau Basin
  • Sabah - Marakau Cabin Lodge
  • Sabah - Monggoluton Campsite
  • Sabah - Muzium Marine
  • Sabah - Oceanus Waterfront Mall
  • Sabah - Pasar Kota Belud
  • Sabah - Pekan Nabalu
  • Sabah - Pitas
  • Sabah - Pukak
  • Sabah - Pulau Banggi
  • Sabah - Pulau Gaya
  • Sabah - Pulau Labuan
  • Sabah - Pulau Mabul
  • Sabah - Pulau Manukan
  • Sabah - Pusat Kraftangan Keningau
  • Sabah - Ranau
  • Sabah - Restauran Gayang
  • Sabah - Sabah Tea
  • Sabah - Sabindo Hotel
  • Sabah - Sandakan
  • Sabah - Semporna
  • Sabah - Sepanggar
  • Sabah - Sepilok
  • Sabah - Sindumin
  • Sabah - Sipitang
  • Sabah - Sosodikon Hill
  • Sabah - Tagal Lingkubang
  • Sabah - Tagal Sungai Moroli
  • Sabah - Taman Banjaran Crocker
  • Sabah - Taman Kinabalu
  • Sabah - Tambatuon
  • Sabah - Tambunan
  • Sabah - Tanak Nabalu
  • Sabah - Tawau
  • Sabah - Tenom
  • Sabah - Todak Waterfront
  • Sabah - Tuaran
  • Sabah - War Memorial
  • Sabah - Weston
  • Sabah -Kota Belud
  • Sabah -Tamu Kota Belud
  • Sabah- Pusat Kokurikulum Malanggang
  • Sabah-Tambunan
  • Sarawak - Lawas
  • Sarawak - Tebingan Sibu
  • Sarawak 2010 - Bintulu
  • Sarawak 2010 - Kuching
  • Sarawak 2010 - Lundu
  • Sarawak 2010 - Miri
  • Sarawak 2010 - Pasar Serikin
  • Sarawak 2010 - Semantan
  • Sarawak 2010 - Sibu
  • Sarawak 2010 - Waterfront
  • Segmen & Giveaway
  • Selangor
  • Selangor - Bagan Lalang
  • Selangor - Batu Caves Murugan Temple
  • Selangor - ICT
  • Selangor - Pulau Ketam
  • Selangor - Rawang
  • seo
  • Singapore
  • Slovenia - Ljubljana
  • Sri Lanka - Colombo
  • Student
  • Sumatera - Bukit Tinggi
  • Thailand
  • Thailand - Pattaya
  • Thailand - Bang Lum Poo Place
  • Thailand - Bangkok
  • Thailand - Betong
  • Thailand - Chatuchak
  • Thailand - Chiang Mai
  • Thailand - Doi Inthanon
  • Thailand - Doi Pui
  • Thailand - Golden Triangle
  • Thailand - Hatyai
  • Thailand - Kanchanaburi - Hellfire Pass
  • Thailand - Koh Lanta
  • Thailand - Koh Samui
  • Thailand - Maehongson
  • Thailand - Nana - Bangkok
  • Thailand - Narathiwat
  • Thailand - Pak Bara
  • Thailand - Phuket
  • Thailand - Piyamit Tunnel
  • Thailand - River Kwai
  • Thailand - Sangklaburi
  • Thailand - Satun
  • Thailand - Songkla
  • Thailand - Sungai Golok
  • Thailand - Thamkasae
  • Thailand - Umbrella Village
  • Thailand - Wang Prachan
  • Thailand -Piyamit Tunnel
  • Tips travel dan kesihatan
  • Travel
  • Trengganu
  • Trengganu - Penarik
  • Turki - Bursa
  • Turki - Istanbul
  • Turki - Manisan Turki @ Turkish Delight
  • Turki - Selat Bosphorus
  • Turki - Süleymaniye Mosque
  • Turki - Taksim
  • UEA - Abu Dhabi
  • United Kingdom - London
  • Vietnam
  • Vietnam - Bac Ha
  • Vietnam - Cai Be - Floating Market
  • Vietnam - Cat Ba Island
  • Vietnam - Chau Duc
  • Vietnam - Cho Dong Xuan
  • Vietnam - Delta Mekong
  • Vietnam - Dien Bien Phu
  • Vietnam - Floating Market
  • Vietnam - Hai Phong
  • Vietnam - Halong Bay
  • Vietnam - Hanoi
  • Vietnam - Ho Chi Minh
  • Vietnam - Hoan Kiem Lake /Tasik Hoan Kiem
  • Vietnam - Kampung Cham
  • Vietnam - Old Quarter
  • Vietnam - Sapa
  • Vietnam - Sonla

recent posts

Sponsor

Facebook

#Biters

Blog Archive

  • April 2020 (4)
  • March 2020 (2)
  • January 2020 (2)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (2)
  • September 2019 (4)
  • August 2019 (4)
  • July 2019 (3)
  • June 2019 (4)
  • May 2019 (6)
  • April 2019 (9)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (12)
  • January 2019 (13)
  • December 2018 (9)
  • November 2018 (4)
  • October 2018 (1)
  • August 2018 (2)
  • July 2018 (2)
  • June 2018 (1)
  • May 2018 (1)
  • April 2018 (5)
  • March 2018 (14)
  • February 2018 (13)
  • January 2018 (4)
  • December 2017 (1)
  • November 2017 (4)
  • October 2017 (3)
  • September 2017 (3)
  • August 2017 (7)
  • July 2017 (18)
  • June 2017 (10)
  • May 2017 (47)
  • April 2017 (14)
  • March 2017 (8)
  • February 2017 (4)
  • January 2017 (6)
  • November 2016 (2)
  • October 2016 (4)
  • September 2016 (2)
  • August 2016 (1)
  • July 2016 (2)
  • June 2016 (4)
  • May 2016 (3)
  • April 2016 (4)
  • March 2016 (10)
  • February 2016 (6)
  • January 2016 (2)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (2)
  • September 2015 (2)
  • August 2015 (10)
  • July 2015 (12)
  • June 2015 (3)
  • May 2015 (5)
  • April 2015 (8)
  • March 2015 (3)
  • February 2015 (7)
  • January 2015 (1)
  • November 2014 (8)
  • October 2014 (3)
  • May 2014 (2)
  • April 2014 (5)
  • March 2014 (8)
  • February 2014 (3)
  • January 2014 (1)
  • December 2013 (3)
  • November 2013 (9)
  • October 2013 (3)
  • September 2013 (2)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (6)
  • June 2013 (1)
  • January 2013 (14)
  • December 2012 (18)
  • November 2012 (13)
  • October 2012 (4)
  • September 2012 (12)
  • August 2012 (17)
  • July 2012 (17)
  • June 2012 (12)
  • April 2012 (6)
  • March 2012 (1)
  • February 2012 (1)
  • January 2012 (2)
  • December 2011 (2)
  • November 2011 (4)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • August 2011 (15)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (3)
  • May 2011 (6)
  • April 2011 (8)
  • March 2011 (10)
  • February 2011 (10)
  • January 2011 (13)
  • December 2010 (8)
  • November 2010 (24)
  • October 2010 (15)
  • September 2010 (11)
  • August 2010 (8)
  • July 2010 (18)
  • June 2010 (6)
  • May 2010 (16)
  • April 2010 (15)
  • March 2010 (8)
  • February 2010 (26)
  • January 2010 (28)
  • December 2009 (15)
  • November 2009 (21)

Followers

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2020 (8)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (63)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)
    • ►  March (4)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2018 (56)
    • ►  December (9)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (14)
    • ►  February (13)
    • ►  January (4)
  • ►  2017 (125)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (18)
    • ►  June (10)
    • ►  May (47)
    • ►  April (14)
    • ►  March (8)
    • ►  February (4)
    • ►  January (6)
  • ►  2016 (40)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (4)
    • ►  May (3)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (6)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (55)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (10)
    • ►  July (12)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (30)
    • ►  November (8)
    • ►  October (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (8)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (40)
    • ►  December (3)
    • ►  November (9)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  January (14)
  • ►  2012 (103)
    • ►  December (18)
    • ►  November (13)
    • ►  October (4)
    • ►  September (12)
    • ►  August (17)
    • ►  July (17)
    • ►  June (12)
    • ►  April (6)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (83)
    • ▼  December (2)
      • SAPA LOOP - Jelajah Vietnam Utara
      • Trans-Indonesia
    • ►  November (4)
      • Lundu terus ride ke Bau- Pasar Serikin
      • Sematan ke Lundu...
      • Dari Kuching ride ke Sematan.
      • Sarawak,Bumi Kenyalang
    • ►  October (2)
      • MOTORITZ Jakarta,Indonesia
      • Kami mencuba menu ini....di Jakarta
    • ►  September (3)
      • Ride dari Lubuk Lingau ke Batu Raja- Sumatera Selatan
    • ►  August (15)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (6)
    • ►  April (8)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ►  January (13)
  • ►  2010 (183)
    • ►  December (8)
    • ►  November (24)
    • ►  October (15)
    • ►  September (11)
    • ►  August (8)
    • ►  July (18)
    • ►  June (6)
    • ►  May (16)
    • ►  April (15)
    • ►  March (8)
    • ►  February (26)
    • ►  January (28)
  • ►  2009 (36)
    • ►  December (15)
    • ►  November (21)

AFB Bloglist

BITERS BLOGLIST

Popular Posts

  • Birthday Giveaway by Mya Rosli (TAMAT)
    Birthday Giveaway by Mya Rosli (TAMAT)
    Assalamualaikum, Setiap tahun umur kita pasti meningkat. Bukan sahaja usia, kesihatan juga perlu dititikberatkan. Makin berusia, makin banya...
  • Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul (TAMAT)
    Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul (TAMAT)
    Assalamualaikum, Klik banner di atas untuk join. Syarat-syaratnya:- Follow blog  Sii Nurul dan Diary Nie's Gallery . Like FB Page Sii N...
  • Tran2 - Borneo - Day 3 - Kota Belud to Kundasang
    Tran2 - Borneo - Day 3 - Kota Belud to Kundasang
    Kita round sekejab sebelum keluar dari tapak Tamu Kota Belud ini,lihat kawasan persekitarannya. Ada sebuah masjid berhadapan Tamu ini,senan...
  • Bukit Bendera ,Pulau Pinang
    Bukit Bendera ,Pulau Pinang
    Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua teman pembaca sekalian.Pastinya anda semua terkejut kerana saya paparkan kisah Pulau Pinang la...
  • Terowong Sepanggar
    Terowong Sepanggar
    Info Terowong   Sepanggar ini sepanjang 600 meter saja. Tapi inilah terowong yang pertama di Sabah. Projek pembinaan terowong ini menelan be...
  • Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)
    Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)
    Assalamualaikum, Alhamdulillah sekarang sudah masuk bulan ketiga Mya bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Persekitaran dan Guru-Guru sem...
  • 8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya
    8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya
    Assalamualaikum, Hari ini mya nak bagitahu 8 punca kulit sensitif dan bagaimana cara untuk atasinya. Mya dah lama mengalami masalah kulit se...
  • Blog Berbaju Baru
    Blog Berbaju Baru
    Assalamualaikum, Header Blog Lovely Sunshine sudah ada baju baru laa. Sebelum ini, Mya cuma dapat perhatikan blog orang lain bertukar wajah ...
  • Simple Crepe
    Simple Crepe
    Assalamualaikum Hari yang ditunggu-tunggu, akhirnya dapat juga Mya belajar buat crepe. Tapi yang paling simple dan menggunakan bahan yang da...
  • My Life Journal Part One
    My Life Journal Part One
    Assalamualaikum, Actually, hari ini Mya nak bandingkan antara journal app dengan  jot down journal. Mya harap tak ada sesiapa terasa ya. Ini...

Sponsored

Readers

Popular Posts

  • Birthday Giveaway by Mya Rosli (TAMAT)
    Birthday Giveaway by Mya Rosli (TAMAT)
    Assalamualaikum, Setiap tahun umur kita pasti meningkat. Bukan sahaja usia, kesihatan juga perlu dititikberatkan. Makin berusia, makin banya...
  • Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul (TAMAT)
    Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul (TAMAT)
    Assalamualaikum, Klik banner di atas untuk join. Syarat-syaratnya:- Follow blog  Sii Nurul dan Diary Nie's Gallery . Like FB Page Sii N...
  • Tran2 - Borneo - Day 3 - Kota Belud to Kundasang
    Tran2 - Borneo - Day 3 - Kota Belud to Kundasang
    Kita round sekejab sebelum keluar dari tapak Tamu Kota Belud ini,lihat kawasan persekitarannya. Ada sebuah masjid berhadapan Tamu ini,senan...
  • Bukit Bendera ,Pulau Pinang
    Bukit Bendera ,Pulau Pinang
    Assalamualaikum....salam sejahtera buat semua teman pembaca sekalian.Pastinya anda semua terkejut kerana saya paparkan kisah Pulau Pinang la...
  • Terowong Sepanggar
    Terowong Sepanggar
    Info Terowong   Sepanggar ini sepanjang 600 meter saja. Tapi inilah terowong yang pertama di Sabah. Projek pembinaan terowong ini menelan be...
  • Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)
    Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)
    Assalamualaikum, Alhamdulillah sekarang sudah masuk bulan ketiga Mya bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Persekitaran dan Guru-Guru sem...
  • 8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya
    8 Punca Kulit Sensitif Dan Cara Mengatasinya
    Assalamualaikum, Hari ini mya nak bagitahu 8 punca kulit sensitif dan bagaimana cara untuk atasinya. Mya dah lama mengalami masalah kulit se...
  • Blog Berbaju Baru
    Blog Berbaju Baru
    Assalamualaikum, Header Blog Lovely Sunshine sudah ada baju baru laa. Sebelum ini, Mya cuma dapat perhatikan blog orang lain bertukar wajah ...
  • Simple Crepe
    Simple Crepe
    Assalamualaikum Hari yang ditunggu-tunggu, akhirnya dapat juga Mya belajar buat crepe. Tapi yang paling simple dan menggunakan bahan yang da...
  • My Life Journal Part One
    My Life Journal Part One
    Assalamualaikum, Actually, hari ini Mya nak bandingkan antara journal app dengan  jot down journal. Mya harap tak ada sesiapa terasa ya. Ini...

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates