![]() |
| Buah bambangan yang sudah dikupas |
Assalamualaikum... kali ini akak nak kongsi dengan kalian resepi enak dan menyelerakan untuk santapan kalian. Pastinya sangat sedap untuk peminat sambal resepi asli menu tempatan khas dari Sabah.
![]() |
| Buah bambangan yang berkulit |
![]() |
| Sambal bambangan |
Bahan-bahannya:
1. Buah bambangan - ikut suka nak buat banyak mana. Ditumbuk kasar
2. Cili padi - ikut betapa pedas kita nak makan. Ditumbuk kasar.
3. Ikan masin - digoreng terlebih dan ditumbuk kasar.
4. Gula - ikut sesedap rasa.
Sudah ada semua bahan di atas. Mari baca cara membuatnya :
1. Kita proses buah bambangan dahulu . Pastikan buah dikupas buang kulitnya serta dicincang halus. Selesai, buah ketepikan. (Akak tumbuk kasar saja buah ini.)
2. Goreng garing ikan masin (ikan kuantiti -ikut sesuka hati kamu -gunanya sebagai ganti garam untuk masin).
3. Tumbuk cili padi .
4. Semua bahan yang selesai ditumbuk atau cincang digaul sebati dan dicampurkan gula bagi mengimbangi rasa.
Senang resepi ini. Kalau sesiapa yang tahan boleh makan begitu saja. Bagi akak sedap dimakan dengan nasi putih yang panas-panas serta ulam timun. Kiri - kanan tak toleh dah. Sampai nasi habis.
Info mengenai buah bambangan:
1. Mampu merawat kanser payudara ,kalian boleh klik LINK INI. Dalam blog kawan akak ini sudah diceritakan dengan detail. Rajin-rajinlah membaca di link diatas.
2. Selain itu rahsia kehebatan buah ini turut mendapat liputan akhbar tempatan , KLIK SINI.
3. Tahukah kalian buah ini boleh dibuat JERUK. Resipi jeruk BAMBANGAN.
Kesimpulannya:
Setiap buah-buahan atau herba atau sayuran ada kehebatan dan khasiat tersendiri. Makanlah jika kita mampu makan,kerana kesihatan itu penting dalam kehidupan kita.
Bye akak...permisi nak makan nasi dengan sambal bambangan ni. Kita jumpa lagi.





