Kelantan International Bike Week 2012

by - 06:20

www.ceritaku.my

Kelantan International Bike Week 2012,memang mendapat sambutan hebat dari seluruh warga kelab motorsikal seluruh Malaysia. Mungkin faktor kerja saja yang menghalang mereka sampai ke sini.Lokasi perjumpaan warga bikers ialah di Dewan Jubli Perak,berhampiran Stadium Sultan Muhamad,Kota Bharu.Pastinya ....kami pun turut serta,sambil nak pulang ke kampung.Gambar atas ialah rombongan yang kami temui di laluan Gua Musang- Kota Bharu.

www.ceritaku.my

Sempat juga saya ambil gambar brother ni...relak je bawa motor..Biar lambat tapi selamat.Pendaftaran untuk menyertai KIBW ini kena buat awal,kalau tidak tak lah dapat baju yang sama dengan saiz badan. Kami mohon bantuan rakan untuk pendaftaran ini.RM50 seorang...jom! lihat apa yang kami dapat...

www.ceritaku.my

Tag...untuk seorang satu. Digunakan untuk aktiviti dan nombor sirinya untuk cabutan bertuah.

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Itulah antara barangan yang kami dapat dengan bayaran RM50 seorang serta makan malam di Dewan Jubli Perak.Memang berbaloi...ialah dapat 2 helai baju "T"...boleh pakai sampai lusuh.Bagi bikers dari luar negeri Kelantan ...pagi Sabtu ada program lawatan ke sekitar Kota Bharu hingga ke Pantai Tujuh,Tumpat.Kami tak dapat nak join aktiviti tersebut.Khabarnya ada hampir 1000 penyertaan motorsikal menyertai konvoi tersebut.Memang bestlah...menurut cerita kawan saya yang menyertai konvoi itu.

www.ceritaku.my

Memang seronok dapat berkumpul dan berjumpa rakan-rakan lama dan baru sepanjang KIBW 2012,manakala bagi saya sendiri ini merupakan kali pertama menyertai KIBW dan pastinya seronok,sebab dapat pengalaman baru dan merasai sendiri suasana perjumpaan rakan bikers. Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan yang mendapat cabutan bertuah....Kalian memang bertuah...dapat jaket,dapat helmet...dan pelbagai hadiah bertuah yang lain. Memang hebat penganjur kerana berjaya...memeriahkan suasana KIBW 2012 dengan penutupan percikan bunga api di depan Dewan Jubli , Perak.Saya tinggalkan satu pertanyaan..." Tahun 2013...ada lagi tak KIBW."? THE END




*****Terima kasih GIVI...lihat (jaket dan beg),nak tengok gambar lain KLIK SINI

You May Also Like

5 comments