Temuduga SPP (Pembantu Makmal C19)

by - 22:42


Assalamualaikum,

Temuduga SPP

Alhamdulillah sekarang sudah masuk bulan ketiga Mya bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Persekitaran dan Guru-Guru semuanya okay. Budak-budak faham jelah. Banyak kerenah. Hari ini Mya nak bagitahu sedikit pengalaman temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 

Mya mula memohon pekerjaan melalui SPA dan SPP selepas habis belajar. Mya memohon seperti biasa bagi SPA. Bagi pengguna baru, perlu mendaftar di sini. Isi maklumat diri dan akademik tidak lupa juga jawatan yang ingin disandang. Manakala SPP pula, Mya memohon melalui JobsMalaysia. Jawatan yang dipilih tak semestinya dapat. Ia bergantung kepada kekosongan setiap jawatan. Jika ada kosong, In Sha Allah jawatan itu milik anda.

Sebelum Mya mendapat surat temuduga bagi jawatan pembantu makmal C19, Mya pernah dipanggil untuk peperiksaan atas talian bagi jawatan Penolong Pembantu Tadbir. Bagi Mya, soalan yang diberi mungkin boleh dijawab jika masa mencukupi. Pelbagai soalan yang diberi termasuk soalan Matematik. Soalan mengira paling mencabar apabila kena mencongak dengan cepat. Masa tidak mengizinkan. Dari situ, Mya dah tahu memang tak lepas punya lah. 

Pada November 2017, Mya menghadiri satu temuduga bagi jawatan Pembantu Makmal C19. Pada mulanya, Mya fikir hanya untuk jawatan ini sahaja, rupa-rupanya ada temuduga jawatan lain juga seperti Pembantu Pengurusan Murid dan Pembantu Operasi. Jumlah calon temuduga ramai dan dibahagikan mengikut jawatan masing-masing. 

Semasa pendaftaran berlangsung, calon akan dipanggil mengikut nama dan memberi petugas fail sijil asal dan salinan sijil untuk disemak. Selepas itu, calon perlu menunggu giliran masing-masing. Memang lama sangat-sangat sebab Mya datang pukul 9 pagi. Ditemuduga pukul 11 pagi. Temuduga dijalankan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Setiap bilik temuduga mempunyai 3 orang penemuduga. Manakala calon dipanggil untuk setiap bilik adalah dalam berkumpulan. 1 kumpulan 5 orang. Masa ni memang nervous sangat-sangat. Dah revise banyak mana sekalipun, masuk situ terus blank. Persaingan sangat sihat. Macam biasa perkenalan diri diutamakan. Calon yang hadir ada yang berpengalaman dan ada juga yang zero experience macam Mya.

Soalan-soalan yang diberi berkaitan dengan SPP dan skop jawatan. Antara soalan-soalan yang Mya ingat ialah:-
  1. Siapakah pengerusi/naib pengerusi SPP?
  2. Dimanakah pembantu makmal ditugaskan?
  3. Apakah subjek yanh memerlukan bantuan pembantu makmal?
  4. Bagi pendapat sendiri bagi soalan yang dikemukakan.
  5. Adakah anda ingin diposting di Sabah dan Sarawak?
Sebenarnya ada lagi soalan tapi tak berapa nak ingat. Hehehehe. Soalan 1 - 3, calon perlu berebut; siapa cepat dia dapat. Bagi soalan 4 dan 5, setiap calon perlu bagi pendapat masing-masing. Terus-terang Mya cakap, Mya lah calon paling pendiam dalam bilik tu. Bila Mya nervous dan berdebar-debar, tak boleh fokus. 

Habis sahaja temuduga, terus Mya balik. Dalam hati, 100% Mya cakap, memang tak dapatlah kerja ini. Sebab kita tahu kat mana kita akan pergi based apa yang kita jawab. Selalunya, result temuduga akan keluar selepas 2/3 bulan selepas temuduga. Ada juga Mya cuba cek result atas talian. Tapi tidak ada keputusan. 
Mya redha je mungkin tak ada rezeki lagi.

Tapi benda yang kita dah lupakan menjadi kenyataan. Memang tak dijangka. Nantikan pula entri Mya dilantik dan menerima surat penempatan pula ya.

Sekian, terima kasih.

Yang Ikhlas,
Mardhiyyah Rosli

You May Also Like

9 comments

  1. salam sis...nak tanya klu dpt dr iv SPA kerja di makmal sekolah juga? or hanya untuk iv melalui Spp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Apa-apa yang berkaitan pelajaran memang melalui SPP. Kalau melalui SPA; hospital atau badan-badan kerajaan.

      Delete
    2. Betol ke sis kalau dpt iv dr SPA jawatan pembantu makmal tu bukan pembantu makmal sekolah? Mati2 saya ingat pembantu makmal sekolah 😂 kemain la menghafal alat2 dlam makmal sains..

      Delete
    3. Mmg confirm ke sis iv pembantu makmal dari SPA tu kire bukan pembantu makmal sekolah? Mati2 sy ingt keje kt makmal sekolah..beria baca pasal makmal sekolah..

      Delete
    4. alat setiap makmal sama sahaja yg beza, eksperimen, penggunaan. dalam masa yg sama tengok tempat juga

      Delete
  2. Assalamualaikum..kak..nak taya..kalau kita mintak pembantu makmal dlm spa tuh yang gred c19 tu..kira dia sijil ke diploma?

    ReplyDelete
  3. Tak ada ujian online ke..terus interview

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembantu makmal spp tiada. tapi kebanyakan jawatan under spa, ada exam online. pass exam, baru dia panggil interview

      Delete
    2. pembantu makmal c19 under spp kerja kt sklh ? klau under spa kt mne ye sis 😅

      Delete