Prreti: Perfect Clean Cleansing Tissue

by - 23:32


Assalamualaikum, 

Adakah anda seorang yang sukakan mekap? Jika ya, apakah produk yang anda guna untuk hilangkannya. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Mya baru lagi mempelajari cara pemakaian mekap dengan betul. Bukan dengan pakar ya. Sekadar di sosial media sahaja seperti Instagram, Facebook dan Youtube. Mekap menaikkan level keyakinan seseorang melalui penampilan diri sendiri. Banyak produk mekap yang Mya masih perlu belajar lagi terutama bahagian mata.

Apabila mengenakan mekap untuk keluar berjalan, kita perlu menyimpan makeup remover sama ada dari jenis liquid mahupun wet tissue. Remover ini amat berguna pada kaum perempuan terutamanya sebelum mengambil wudhuk bagi yang Muslim dan kebersihan harian. Remover ini menghilangkan mekap di seluruh muka mengikut kegunaannya sendiri. Sebelum ini, Mya telah mencuba pelbagai jenis makeup remover tetapi semuanya tidak sesuai dengan kulit. Walaupun ada produk yang tidak mengandungi alkohol sekalipun, kesan terhadap kulit ialah keradangan dan gatal-gatal. 

Mya mula mencari makeup remover yang mudah untuk dibawa ke mana-mana dan tidak memerlukan masa yang lama untuk membersihkannya. Kebetulan, Mya mencari wet tissue yang sesuai di laman web Althea. Mya mencari berdasarkan bahan-bahan dan review yang diberi.

Prreti: Perfect Clean Cleansing Tissues
Ini adalah Prreti: Perfect Clean Cleansing Tissue. Produk ini amat mudah digunakan dan berbau harum. Mya suka bau produk ini. Packaging juga sangat menarik dan boleh dibawa ke mana-mana. Cara penggunaanya sangat mudah. Seperti biasa, ambil sehelai tisu dan lapkan di bahagian muka secara perlahan dan sekata.

Ini adalah gambar sebelum dan selepas menggunakan Prreti: Perfect Clean Cleansing Tissue.

Sebelum

Selepas
Selepas menggunakannya, kulit terasa lembut lebih-lebih lagi selepas mencuci muka menggunakan air. Tidak rugi mencuba. Ia sangat sesuai dengan kulit sensitif yang tengah dialami oleh Mya. Mya telah membeli 2 paket Prreti: Perfect Clean Cleansing Tissue pada 2 bulan yang lalu. Satu paket sudah habis. Ingat nak restock balik tapi dalam laman web Althea pun dah out of stock. Harganya sangat berbaloi untuk dibeli. 

Di sini Mya senaraikan bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini. Bahan-bahannya adalah:-

  • water
  • glycerin
  • olive oil esters
  • broccoli extract
  • cabbage leaf extract
  • potato pulp extract
  • capsicum extract
  • tomato extract
  • lettuce extract
  • celery and cucumber extract
  • honey
  • aloe vera
  • lavender flower extract
  • fragrance
p/s: maaf ya lighting tak berapa cantik. bab-bab kamera ni masih lagi dalam pembelajaran. 

Sekian, terima kasih.

Lots of Love,
Mardhiyyah Rosli

   

You May Also Like

0 comments