­

Trans-Borneo Day 8 Maliau Basin Part 2

11:32 / BY najiahs
Gambar sumber: internetApa menariknya Maliau Basin? Terdapat 100 lebih air terjun,lebih unik lagi ada air terjun yang 7 tingkat,dengan keluasan padang bola.Bayangkan betapa luasnya.Ianya terbentuk akibat dari tanah runtuh sehingga membentuk tasik dan anda perlu tahu ini lah satu-satunya TASIK di MALAYSIA yang terbentuk akibat tanah runtuh.Tersohor sebagai SABAH LOST WORLD. Melalui Maliau Basin Sabah mencipta rekod:1.Dacrydium elatum -pokok podo karpus.2.Mangifera bullata - pokok mangga hutan ,baru ditemui di Borneo.3.Rafflesia tengku.4.Bulbophyllum Timbatun - orkid.5.Nepenthens veitchii...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 Maliau Basin Part 1

11:15 / BY najiahs
Akhirnya sampai juga kami berdua disini....Orang Borneo....apa tunggu lagi kami dah sampai.Bila lagi giliran Bikers Borneo?Mercu tanda Maliau Basin...Dimana lokasinya?Terletak di pertengahan jalan Tawau-Keningau melalui Merotai,Kalabakan,Sepulut,Sook dan Nabawan. Maliau Basin berada di selatan tengah Sabah,lebih kurang 40km dari Utara sempadan Kalimantan.Keluasannya 58 840 hektar,luas kawasannya....ada masa boleh lah anda bercuti di sini. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 To Kalabakan

10:10 / BY najiahs
Topi ini pelindung kameraku.....sebenarnya topi ini adalah trademark gambar kami.Apa macam?Tengok depan tu....mencabar tak? Bila meter motor berputar ke angka 18 870,apa jadi?Yes..!bermulalah jalan gravel ketika itu.Nampak singnboard memang saya sangat suka hati.Rasa macam dekat saja,nak sedapkan hati.Pelik...bila duduk atas motor belakang Abang Mat demam macam kebah je.Tak mengapa kami dah nak menuju ke KALABAKAN ni...JOM! ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 Dumpas Estate

09:46 / BY najiahs
Bertolak dari King Park Hotel,Tawau kami menuju ke petronas Kuhara lebih kurang 5km.Mengisi tangki minyak motor sepenuhnya. Kami memang agak tergesa-gesa,sebab....cuaca seperti gambar di atas.Sekejab mendung,sekejab panas. Alhamdulillah sampai semula di Kampung Merotai Besar,dan cuaca kembali cerah. Lokasi kami berdua ialah KALABAKAN....tengok signboard tu...Jom ! sebelum hujan turun. Apa macam? Ada berani,come join us...Sampai juga kami di Dumpas Estate,kena isi minyak dulu.Sebab selepas ini tiada bekalan minyak.....hanya ada di Junction 41 (maklumat awal yang kami...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 Bye-bye Tawau

09:35 / BY najiahs
Setelah kembali ke Bandar Tawau,kami buat keputusan nak meneruskan perjalanan kami melalui jalan KALABAKAN.Motor pun dah siap,check meter motor sekejap....18 781. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 - Shopping di Tawau

11:10 / BY najiahs
Kalau sesiapa yang minat dengan barangan kraftangan atau berhajat nak membeli cenderahati pada kawan-kawan bolehlah membeli-belah di sini. Pilih saja mana yang berkenan di hati,sedia untuk dibawa pulang.Hati-hati agar bagasinya tidak melebihi timbangan. Sekadar memilih sarung buat kenang-kenangan. Buat main lagi .....kami sekadar membeli sarung saja,maklumlah perjalanan kami masih jauh lagi.Kami shopping di kedai yang berhampiran PASAR TANJUNG.Sedikit info mengenai PASAR TANJUNG TAWAU...1.Anggaran kos pembinaan RM17 juta.2.Disiapkan tahun 1999.3.Bangunan pasar yang terbesar di Malaysia.4.2 tingkat.5.Terdapat...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 8 King Park Hotel

10:05 / BY najiahs
Sambil menunggu kawan lama,cikgu Samsir dan isteri.Abang Mat membuat bayaran hotel dulu,agar tidak tergesa-gesa bila nak check-out nanti.Cikgu Samsir dan isteri nak bawa kami shopping di Tawau....apa lagi...ikut aje kawan bawa. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 - Bikers Tawau

11:56 / BY najiahs
Aktiviti malam Abang Mat TTS dengan geng bikers Tawau.Saya melayan demam yang belum lagi kebah,menonton Tv dalam bilik hotel sambil melayan mata untuk tidur.Terima kasih kepada semua bikers Tawau yang datang bertanya khabar kami,juga terima kasih atas sokongan dan nasihat anda untuk kami berdua. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 Pasar Ikan Tawau Part 2

09:04 / BY najiahs
Tengok lah betapa besarnya ikan-ikan Tawau,segar lah ....geram rasanya.Kalau ada dapur memang beli ikan dan beraksi di dapur. Psstt....cuba klik gambar ni,kertas apa yang di celah ikan tu?Kreatif sungguh peniaga di sini. Sporting pula,bila diminta pegang ikan semata-mata untuk ambil gambar ikan ini.Boleh beritahu tak ikan apa ni?Peniaga ni ada beritahu tapi terlupalah... ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 Pasar Ikan Tawau Part 1

09:31 / BY najiahs
Lokasi kami seterusnya ialah ke Pasar Ikan Tawau.Bukan tak pernah tengok ikan tapi hati ini terpanggil nak juga masuk ke dalam pasar ini.Meriah tau,rupa-rupanya masyarakat Tawau membeli ikan waktu petang nak guna untuk makan malam nanti.Jom...kita masuk alang-alang dah sampai depan pasar... Woow..!Besarnya ikan,segar-segar pula.Kalau ada dapur kat hotel tu...memang sah dah sambar ikan-ikan ini sekilo 2 makan bakar cicah sos. Semua nampak gambar ini? Siapa tahu namanya?Macam mana atau bagaimana cara untuk makannya?Sesekali nak...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 TAWAU? Part 3

08:03 / BY najiahs
Belajar geografi kita hari ini,ini lah peta kedudukan Bandar Tawau.Cuba perhatikan pulau-pulau yang berhampiran dengan Bandar Tawau. Sambil-sambil kaji peta kita tinjau lokasi menarik di Tawau.TAMAN BUKIT TAWAU adalah lokasi tadahan air sungai.Antara sungai yang terlibat ialah Sungai Merotai,Sungai Kinabatangan,Sungai Mantri dan Sungai Balung.Terletak hanya 24km dari Bandar Tawau.Apa yang menarik di sini ialah ianya merupakan rumah kepada spesis haiwan dan tumbuhan.Orkid tanah pamah atau lebih dikenali Orkid Telinga Gajah,boleh didapati di sini.Manakala spesis haiwan...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 Cantikkah senja di TAWAU? Part 1

05:43 / BY najiahs
Cantik tak..? Pemandangan ini sememangnya saya tidak akan lupakan...HANYA DI TAWAU. Lokasi persinggahan bot-bot untuk ke pulau-pulau berhampiran.Nak tahu apa pulau yang berhampiran,,,,tunggu lah siri yang akan datang. Ada tak saudara-mara rakan blog saya dalam gambar ini? Semua penumpang sabar menunggu bot yang akan bertolak sebentar lagi. Masih mencari posisi menarik untuk merakam gambar-gambar cantik,buat tatapan pembaca blog dan kenang-kenangan empunya badan. Sambil-sambil melayan gambar menarik ini silalah klik di http://www.mpt.sabah.gov.my/Tawau.html%20-%20Cached - Cached ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 Sepetang di TAWAU

01:20 / BY najiahs
Pantang matahari jatuh sikit,dan nampak kurang terik...enjin motor dah panas semula.Kami round sekeliling bandar,last kami jumpa lokasi ini.Menurut maklumat....di sini lokasi pergerakan masyarakat setempat ke Pulau Nyamuk dan Pulau Sebatik...sayangnya kami tak ke sana. Gambar yang dirakam di persekitaran lokasi kami berhenti.Kenapa tak nampak? Dah zoom ...nampak tak? Mesti dah jelas kali ini... Tengok kakak ni memunggah barangannya dalam bot,sabar kak bot 1/2jam lagi bertolak..bot ini menghantar pelanggan ke Pulau Sebatik. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 TAWAU- King Park Hotel

01:08 / BY najiahs
Sepanjang aktiviti pengembaraan bermotorsikal selama 16 hari di Borneo,inilah hotel paling mewah kami diami.Mencari hotel dalam keadaan demam saya yang panas ketika sampai, tambahan pula kami sampai di Tawau waktu malam.Tapi alhamdulillah...selamat sampai juga di sini,masih belum kebah lagi demam,tengoklah muka orang demam tu... Motor kami parking sebelah hotel saja.Semasa gambar ini diambil cuaca semakin panas,matahari dah meninggi,rupanya dah nak hampir waktu zohor.Masuk bilik dulu berehat sementara menunggu waktu petang nak jalan-jalan lagi.........maaf ye,kami nak...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 TAWAU-Transport

23:56 / BY najiahs
Kalau kita berjalan ke tempat orang,pasti kita nak lihat apakah sistem pengangkutan yang paling banyak digunakan.Jom...kita tinjau orang Tawau guna apa untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang jauh.... Ini lah kenderaan yang mereka gunakan....perlu diingat Sabah merupakan negeri yang besar.Pergerakan antara lokasi memakan masa yang agak lama,disebabkan oleh faktor bentuk muka bumi,bukan seperti di Semenanjung yang menjalar HIGHWAY berbayar. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 7 Here i am..View TAWAU

23:10 / BY najiahs
Walau pun demam,jalan tetap jalan.Dah bermotorsikal jauh sebegini kalau diam saja dalam bilik RUGI. Sekitar TAWAU,kita lihat aktiviti masyarakat di sini.Panas juga hari ini,tak mengapa janji dapat mengambil beberapa gambar menarik untuk tatapan anda. ...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 6 Semporna - singgah lagi Part 3

02:07 / BY najiahs
Pemandangan di kala senja menjelma yang sangat cantik...Sedia ...dah sampai di Semporna ni....hampir senja. Dah gelap bukan,Abang Mat nak teruskan juga perjalanan kami.Apa yang pasti demam saya tidak akan kebah dalam masa terdekat ini.Tambahan pula akibat terkejut semasa dalam laut tadi walau pun seronok tetapi perasaan takut itu tetap ada.Bukannya saya berani sangat,sememangnya amat takut untuk bermain air.Tapi sangat suka mandi. Cam tak ? Dah lupa ke....ala , kan ini Dragon Inn tempat saya tidur...

Continue Reading

Trans-Borneo Day 6 Semporna - singgah lagi Part 2

16:34 / BY najiahs
Baiklah,saya sengaja paparkan gambar ini tetapi posisi yang berbeza.Sebagai tanda kenangan kami berdua pernah sampai,singgah,berkenalan dan bermesra bersama kawan bikers di Semporna ini.Ada juga kawan saya yang tidak sempat kami bertemu,tidak mengapa insyaallah jika diberi kesempatan dan ruang kita akan bertemu jua. ...

Continue Reading