Bersama dengan pelancong Jepun,dan dia berseorangan mengembara. Yang manisnya dia sentiasa senyum aje,banyak pahala senyum dia.
Ketika ini kami sedang menunggu feri untuk meneruskan perjalanan kami ke Cho Duc,kami akan bermalam di sana. Lama juga menunggu sempat lah saya melepaskan dahaga dengan sebiji air kelapa habis saya teguk,dahaga tau. Tambah pula cuaca ketika ini agak memeritkan. Apa lagi peluh membasahi tubuh. Peluh yang hilang kena cepat-cepat diganti.
Dalam trip ke Delta Mekong ini kami di bawa ke restaurant Sinh Cafe. Bagi yang makan pork akan dijamu dengan hidangan tersebut,kami yang muslim ni dijamu makan nasi dan sayur aje. Iyalah itu aje yang halal memang tawar tak ada rasa , saya telan aje sesuap dua buat alas perut. Janji perut tak memberontak. Lepas makan kami dihidangkan dengan nyanyian lagu Vietnam,sepatah apa pun kami tak faham. Tepuk tetap tepuk tangan bagi penghargaan penat dia nyanyi tau! Kalau sesiapa yang rasa merdu nyanyian dan nak bagi "tip" adalah amat dialu-alukan.
Oleh sebab kami makan ringkas berbanding yang lain,so cepatlah dapat round kawasan rehat dan restaurant. Sambil-sambil tu sempat juga mencapai buah ceri yang ada di sekitar kawasan ni. Kalau musim durian atau buah-buahan seperti mangga atau nangka kita dibenarkan mengambil dan makan buah-buahan tersebut. Malangnya ketika saya berada disini tiada musim,hanya dapat makan hidangan buah nenas aje.
Gambar ini sempat saya snap ketika dalam perjalan ke restaurant. Teka? Haa...itulah benih atau anak padi yang disemai dan siap untuk dibeli oleh penanam padi. Ada sesiapa yang nak beli? Silakan....harga tanya sendiri.
Pemandangan Delta Mekong,mulanya saya rasa sungai Pahang dah cukup besar di Malaysia. Tapi bila pergi Sarawak,sungai Sarawak lagi besar....dan kaya dengan "bujang senang". Bila sampai sini,saya lihat umpama ditengah lautan pula. Sayup mata memandang dari hulu ke hilir,tak nampak apa. Dahlah mata ni rabun itu pasal tak nampak...hahaaa jangan marah!
Dah penat dan bermandi peluh dalam bot penumpang tu kami dibawa naik ke daratan. Tempat persingahan kami ialah kawasan industri makanan ringan dan bahan-bahan kraf yang dibuat oleh masyarakat tempatan. Sempatlah juga saya berposing kat sini. Kami tak membeli pun cukuplah sekadar melihat dan menikmati hasil kreativiti kraftangan buatan mereka. Perjalanan kami yang masih panjang tidak mengizinkan sebarang belian. Maklumlah ni pun dah 2 beg,kalau membeli-belah mahu tambah 2 beg lagi. Sabarlah kalau ada rezeki kita datang lagi.
Inilah makanan ringan yang dibuat secara tradisional dan para pelancong yang berminat boleh membelinya terus dari mereka,panas-panas lagi. Kalau masyarakat pantai timur Malaysia ianya dikenali sebagai "Bepam". Maaflah saya lupa apa nama komersial....Biasalah manusia ni kan sifatnya pelupa,sesiapa yang ingat sila komen sikit.
Cuba teka ini dia dok kacau nak buat apa? Tak tahu ya....ini sebenarnya dia nak buat popcorn. Mulanya saya pun tertanya-tanya apa benda dia nak buat ni? Bila dah masuk aje dalam kawah,ooo......sebutan kami beramai-ramai nak buat popcorn. Iyalah kita kat Malaysia pun dah tak buat macam ni kan...
Yang baju putih tulah tour guide kami,handsome tak? Sorry! dah berkhawin. Sepanjang perjalanan ini kami diberi penerangan olehnya. Lupa lak nama pakcik ni,baik orangnya mesra alam...haahaaa.
Inilah baju tradisional Vietnam bagi kaum Adam,sekali tengok memang sesuai buat solat Jumaat. Tapi kalau nak buat bersolat Jumaat kenalah pilih gambar atau design yang yang sesuai. Ada pelbagai gambar,gambar naga yang paling popular dari pemerhatian saya. Ada juga design lain,pilih lah yang mana berkenan di hati. Harga? Taklah mahal sangat sehelai baju ni kita boleh beli harga serendah USD9,murah lah tu. Di pasar Ben Tanh saya dapati harga baju ni paling murah pun pekedai tu jual USD10 kan dah beza USD1,banyak juga nilai tu jika ditukar dengan duit RM.




