Kaya dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi itu lah Afrika. Salam kembara dari Abe Mat,assalamualaikum. Jelajah sekitar Afrika ini memang mengujakan,ianya merupakan satu pengalaman mengasyikkan kerana mata terpaku pada keindahan alam Allah. Akhirnya Abe Mat jejakkan kaki di gunung yang terkenal di Afrika ini iaitu Table Mountain. Sangat bertuah bagi Abe Mat kerana Table Mountain ini mempunyai daya tarikan biodiversiti yang luar biasa. Dianggarkan 2,200 spesies yang sangat terhad dan ianya diikhtiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya tinggalkan pembaca dengan pemandangan New 7 Wonders Of Nature di Africa Ride 2013 dan Ceritaku. Groete !
Alhamdulillah...selamat juga Abe Mat menjejakkan kaki di Benua Afrika. Sememangnya ramai di kalangan rakan yang bertanya kenapa Afrika menjadi pilihan jelajah bermotorsikal kali ini. Ermmm....saya tinggalkan pembaca sekalian dengan pertanyaan atau persoalan yang beku dengan jawapan... Berbalik kepada cerita jelajah ini,kedatangan Abe Mat disambut mesra oleh keluarga Encik Abdullah sekeluarga. Terima kasih kerana sudi mempelawa Abe Mat bersama keluarga...malah turut dibawanya Abe Mat sekitar Capetown. Kalian nak tahu lokasi jelajah Capetown,jangan lupa membaca catatan akan datang.Sekian Assalamualaikum.