Dah penat berjalan,Abang Mat berbual dengan tukang rumah ini.Kumpulan mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan beberapa bilik untuk homestay yang kami diami ini.Mungkin sekarang sudah siap sepenuhnya bilik tersebut.Kami membatalkan hasrat bermalam di sini walau pun kami ditaja sepenuhnya dari segi penginapan dan makan,minum.Demam saya amat panas,terpaksalah saya pulang ke Semporna.Yang pasti saya TERINGIN untuk ke PULAU SIPADAN pula,kalau ada rezeki.
Tengoklah,ini cikgu yang mengajar saya berenang.Maklumlah saya berenang sambil minum air masin.Penat dia,jaga saya yang tidak pandai langsung berenang tapi masih nak cuba juga turun ke laut join aktiviti scuba.Pengalaman yang menyeronokkan walau pun selepas aktiviti ini saya demam panas. Insyaallah jika ada peluang lagi nak juga buat aktiviti scuba.
Dah petang,penat main air pagi hingga tengahari.Santai sambil berjalan keliling pantai lihat suasana Pulau Mabul.Malangnya badan saya terlalu panas diserang demam terkejut ketika bermain air pagi tadi.Masih gagahkan diri menapak meninjau lokasi menarik bersama Bajau Semenanjung,abang Mat siap berkain pelekat lagi.
Bajau Laut merupakan etnik pribumi yang menetap di Pulau Mabul ini.Pulau Mabul merupakan lokasi fotografi-makro yang hebat di dunia.Kedudukannya yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi berhampiran pantai Sabah yang dikeliling terumbu karang sedalam 2 hingga 40 meter.Luas Pulau Mabul ialah 21 hektar,lebih besar dari Pulau Sipadan.
Nasib baik selepas kami naik ke daratan baru hujan turun.Agak lebat juga hujan sehingga memaksa beberapa perahu BAJAU LAUT ini berteduh di bawah rumah yang berhampiran lokasi penginapan kami.Mungkin agak sukar bagi kita menjalani hidup seperti BAJAU LAUT.Hebatnya mereka hidup di laut,berumah di laut semuanya berkaitan dengan laut.Laut dengan mereka umpama "aur dengan tebing".
Paparan sebelumnya ialah pemandangan komuniti BAJAU LAUT yang masih wujud di Malaysia. Masa untuk rehat sesudah beberapa jam berenang dan berendam dalam air laut. Memang pemandangan dasar laut terutamanya di Pulau Mabul amat cantik.Malangnya saya tidak dapat mempamerkan gambar dasar laut kerana kamera kami hanya berfungsi di daratan.
Pelampung,jaket keselamatan merupakan dua peralatan atau pakaian yang paling PENTING ketika aktiviti menyelam ini. NYAWA LEBIH PENTING,lebih-lebih lagi bagi yang kurang MAHIR BERENANG.....Tenaga pengajar pun berlegar di keliling kami,maklumlah banyak tenggelam dari timbul.Air masin pun banyak juga kami hirup.
