Cat Ba Island....mesti ramai tertanya-tanya lokasinya di mana? Terletak di pinggir tenggara Halong Bay, iaitu utara Vietnam. Ianya dari 366 pulau yang merangkumi 260km2 daripada Cat Ba kepulauan yang membentuk Halong Bay. untuk pengetahuan anda Cat Ba Island selalunya disinggah semalaman oleh para pelancong yang ingin ke Halong Bay.Cat Ba Island terletak dalam Bandar Haiphong. Kami bertolak dari Hanoi dan bermalam di Bandar Haiphong yang dikenal sebagai bandar industri di Vietnam.Kami merupakan pasangan Melayu Islam pertama sampai di Cat Ba Island,menurut seorang rakyat Vietnam yang kami temui di Cat Ba,dan beliau begitu teruja bila bertemu kami kerana beliau ingin bercakap Bahasa Melayu.Pernah menetap bekerja di Malaysia beberapa tahun sebelum kembali ke Vietnam untuk berumahtangga dan menetap di Cat Ba Island.
Ingat bila travel jangan lupa ambil gambar papan tanda,maklumlah kadang-kala kita lupa nama lokasi jelajah kita dengan adanya papan tanda sebegini...insyaallah akan membantu memori kita.Kalau di entry yang lepas Abe Mat bergambar sambil menunggu seseorang,kali ini kita semua lihat siapa yang ditunggunya.
Wow!awek Vietnamlah...kami memang menahan gadis/wanita ini. Kalau tak buat begini mereka akan lari bila nampak warga asing. Seolah-olah kami ini boleh makan orang je....Siap tulis jalan di telapak tangan Abe Mat lagi tu..Gunakan saja persekitaran anda agar komunikasi berjalan lancar.
Terima kasih pada gadis/wanita yang kami tahan tadi ianya banyak membantu perjalanan kami menuju ke Sapa.
Memang ini pendalaman Vietnam,itulah sebabnya agak sukar nak berkomunikasi.Tetapi ianya lokasi selamat untuk dikunjungi. Tinggal lagi semangat kita perlu kuat dan hati mahu berani untuk jelajah sebegini.
Pelbagai kondisi jalan yang kami tempuhi...
Tak ketinggalan juga menikmati pemandangan indah.
Inilah antara pemandangan yang saya paling suka. Kalau dulu ketika kami berdua ke Bandung tak sempat nak snap gambar ini. Kali ini memang puas hati.
Apa macam....?Di Malaysia tak ada begini.
Alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke papan tanda SAPA.....Yahoooo! dah nak sampai...
Gambar kedai di Lang Son yang diambil dari jauh....
Bacalah tulisan yang bawah tu...saya tak nampak nak terjemahkan,sendiri faham lah...
Bergambar dengan tokey yang jual jaket,siap try topi soldadu lagi..Katanya jaket kulit tak pasti lah kulit .....tapi saya tak beli pun hanya window shopping aje.
Taktik orang berniaga kita tak jenguk kedai dia,dia datang offer pada kita. Apa yang pasti di sini kebanyakkan barangan adalah dari China...nak apa cakap aje sampaikan periuk nasi,sudu buatan China pun ada.Camera pun ada buatan China lah...
Masa ni kami sedang survey nak tahu harga barangan dan nak buat perbandingan. Untuk pengetahuan anda dari sini (Lang Son) anda boleh terus ke Nanning (Guangxi,China) dengan hanya menaik keretapi sahaja. Maklumlah dah dekat dengan sempadan..jangan lupa Nanning di China merupakan salah satu daya tarikan pelancong asing untuk ke China...tarikan pemandangannya yang indah,faktor cuaca sejuk hujung tahun juga daya tarikan pelancong ke sini.
Kalau di Vietnam ni,kita tak boleh bersopan nak melintas nanti sampai keesokan tak akan dapat lintas jalan.Cara melintas di sini terus aje jalan ke depan tanpa memandang kiri kanan,pasti kenderaan mereka akan berhenti dan memberi laluan kepada pejalan kaki.Di Vietnam motorsikal lebih popular dan merupakan satu pengangkutan yang paling banyak di jalan raya.
Sekarang saya dalam perjalanan menuju ke Siem Reap dengan menaiki bas harian bersama rakyat Cambodia. Best juga merasa suasana menaiki bas harian di negara orang.
Masa dalam perjalanan menuju ke masjid,saya lalu depan gerai ni...mulanya buat tak tau je.Tapi tak tahan lah baunya menyelerakan. Beli juga harganya USD1 untuk 3 keping aje,agak mahal tapi apa yang penting sama rasa macam orang kelate masok....best! Tambahan pula minta yang panas-panas memang menyelerakan. Majoriti masyarakat disini beragama islam dan kalau anda lihat muka kakak penjual dan makcik ni pun macam rupa orang melayu. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pelajar yang bijak dari Kampung Cham ini menuntut di UIA. Mereka boleh berbahasa melayu dan ada dikalangan pelajar ini dibiayai oleh individu tertentu dari Malaysia terutamanya golongan bangsawan atau ahli-ahli perniagaan Malaysia. Malangnya apabila mereka balik ke negara asal setelah habis menuntut,mereka hanya berupaya mendapat pekerjaan seperti tour guide sahaja,walau pun berijazah. Ini lah antara cabaran dan dugaan atau keperitan untuk mendapatkan pekerjaan di Vietnam.
Gambar ini saya ambil di perkampungan Cham,Vietnam. Kampung Cham ialah kawasan perkampungan orang islam di Vietnam. Aktiviti menenun kain ini dilakukan di bahagian bawah rumah mereka. Begitu juga aktiviti jualan barangan juga dilakukan disini. Bagi pelancung yang berminat dengan hasil kraftangan masyarakat ini mereka boleh terus membeli disini. Untuk pengetahuan anda,Kampung Cham ini dahulunya lebih dikenali dengan nama Kerajaan Champa.Ianya menjadi jajahan takluk Vietnam akibat letusan demi letusan peperangan.
Kami mulanya diberi pilihan naik bot ini atau sampan. Kami pilih naik sampan walau pun kecil ianya satu cabaran pada kami yang tidak tahu berenang ni. Cuba tengok kalau kami naik bot punya lah ramai pelancong si tour guide kena layan. Mesti kami dia buat tak tahu je. Nasib baik naik sampan layanan istimewa sikit.
Lihatlah saya sempat memberi anak-anak ikan talapia ni makan. Bukan makan lagi siap berebut-rebut lapar lah katakan. Ikan-ikan ini dipelihara oleh penghuni rumah tersebut. Apabila ikan ini genap timbangan 800 gram ianya akan dieksport ke negara luar negara. Gambar ini dirakam ditepi rumah rakit...
Lihatlah tour guide saya ni,bagi penerangan dengan bersungguh hati kepada kami berenam. Panjang lebar penerangannya,saya dah tak sabar nak bagi ikan-ikan ini makan. Siap minta gayung yang dia pegang ini....sebab seronok bila curah aje makanan. Anak-anak ikan akan berebut-rebut dan terperciklah air pada lantai atau sesiapa yang berdiri berhampiran. Lihatlah lantai rumah ni...basah saya kerjakan...
Inilah gambar secara dekat pandangan luar keadaan rumah rakit yang saya lawati.Jelas terlihat kemiskinan hidup yang mereka lalui. Apa yang penting mereka berusaha mencari rezeki di Delta Mekong ini. Walaupun Delta Mekong ini turut terkena tempias 4 musim menurut penerangan pemandu pelancong saya. Ketika saya berada di lokasi ini,adalah musim panas. Memang panas,nasib baik kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi lagi.
Kehidupan masyarakat disini memang bergantung sepenuhnya dengan sumber yang diperolehi dari Delta Mekong. Delta ini lah sumber ekonomi utama bagi mereka menjalani kehidupan seharian. Betullah,menurut maklumat yang saya perolehi. Kebanyakan penduduk di sini adalah dari golongan miskin tegar. Apa yang penting mereka berusaha mencari rezeki.
Lihatlah kegigihan wanita ini,kalau saya memang awal-awal lagi dah tak mampu. Namun kekuatan,kegigihan dan keinginan mencari rezeki bagi menambah pendapatan yang mengatasi segalanya. Sumber makanan mereka ialah dipersekitaran mereka sendiri. Apa yang anda lihat sekarang ialah mereka berusaha menangkap ikan. Cuba lihat tumbuhan hijau yang menjalar dan terapung di permukaan air tu? Teka ....apakah nama tumbuhan tersebut?
Aktiviti bermula jam 7.00 pagi waktu Vietnam lagi. Perjalanan kali ini menuju ke rumah rakit,panggilan kita orang Malaysia. Pada mulanya kami diberi 2 pilihan sama ada menaiki bot besar dengan menunggu penumpang yang datang lambat dan pelbagai karenah atau menaiki sampan kecil ini. Sampan ini muat-muat 4 orang,pastinya memang mencabar dan mengerunkan sebab kecil dan saya pula tak tahu berenang. Langkah keselamatan pakailah jaket keselamatan,supaya selamat.

Inilah tour guide kami,memang fasih berbahasa Inggeris dan peramah orangnya. Untuk pengetahuan anda,pemandu pelancong ini memaklumkan kepada kami masyarakat di sini kebanyakannya memperolehi sumber ekonomi adalah dari Delta Mekong ini. Pastinya masyarakat di sini adalah antara masyarakat atau rakyat Vietnam yang miskin, bergantung sumber ekonomi dengan kesuburan Delta Mekong ini. Kalau anda ingin tahu,kebanyakan rakyat Vietnam yang berhijrah ke Malaysia mereka menggunakan pengangkutan air sejauh 700km perjalanan untuk sampai ke Pantai Timur,Malaysia. Selalunya mereka masuk secara haram di Perairan Kelantan atau Trengganu.
Kami bergambar beramai-ramai,ramai pun hanya enam orang aje dari sebuah bas. Hanya kami berenam sahaja yang mengikuti atau dengan kata lain membayar untuk aktiviti ini. Baiklah bermula dari kiri gambar ialah seorang doktor dari Korea mengikuti lawatan ini bersama kawannya yang memakai baju hitam seorang peniaga Vietnam yang pernah menuntut di Universiti Korea,boleh berbahasa Korea. Manakala yang tertinggi itu ialah Rolland Stoter dan isteri dari Holland,maaf isterinya saya tak ingat lah nama panjang dan unik sangat.Apa kerja Rolland ,anda boleh melayari internet dan mendapat maklumatnya.Isterinya pula seorang penerbit di sebuah stesen radio di Holland.
Untuk pengetahuan anda,Rolland boleh berbahasa Melayu walau pun sedikit.Mereka berdua amat peramah dan baik. Begitu juga dengan pasangan Korea dan Vietnam ini.Memang menyeronokkan bila kumpulan kita sekepala. Tetapi kami terpaksa berpisah dengan pasangan doktor dan peniaga ini,mereka hanya mengambil trip di Chau Doc sahaja.
Gambar ini saya ambil hadapan hotel tempat penginapan kami. Ini merupakan pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Tambahan pula kawasan ini merupakan kawasan kampung yang tidak sesak lalu lintasnya. Walaupun terletak berhampiran dengan kem tentera dan sekolah. Lihatlah pelajar yang menaiki pengangkutan ini ke sekolah berhampiran. Saya tidak pasti apa nama kenderaan ini di Vietnam,bagi kita rakyat Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai "lanca" atau "beca".
Inilah aktiviti pagi masyarakat Vietnam di Cho Duc yang sudah bersiap-sedia memulakan perniagaan di awal pagi.Ketika saya mengambil gambar wanita ini jam menunjukkan pukul 7.00 pagi waktu Vietnam.Roti merupakan makanan sarapan pagi mereka,sama seperti kita juga.Menariknya tak satu biji roti pun yang jatuh ketika wanita ini meniti menuju ke sampan yang sedia menunggu di hadapannya.Bak kata pepatah "alah bisa,tegal biasa" dah lama berkecimpung dalam kerjaya ini dan aktiviti sebegini memahirkan diri mereka.
Suasana pagi 1 Jun 2009,jam menunjukkan pukul 6.45 pagi waktu Vietnam. Inilah antara pemandangan menarik yang sempat saya rakamkan untuk tatapan kita.Sungguh indah ciptaan Allah,pemandangan indah ini memang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Seawal pagi lagi mereka sudah bersedia memulakan aktiviti kehidupan mereka,sejuk juga ketika ini.Tapi saya tidak mahu melepaskan peluang menikmati saat-saat indah matahari naik disini.Memang indah suasananya.
Masih sempat bergambar dengan makcik,pakcik,dan kakak ni sebelum mereka bertolak memulakan aktiviti perniagaan.Kebanyakkan mereka terdiri dari nelayan yang beroperasi di sekitar Delta Mekong.Ada juga yang terlibat dengan aktiviti pertanian juga di Delta Mekong ini.Kehidupan mereka amat memeritkan umpama "kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" itu lah kehidupan mereka seharian.Delta Mekong umpama lubuk emas bagi punca kehidupan mereka.Bagi pengetahuan anda Delta Mekong ini merupakan kawasan pengeluaran buah-buahan utama bagi negara ini.Sentiasa ada buah tak kira musim,kerana luasnya Delta Mekong ini hingga ia mempunyai 4 musim yang berbeza.Namun keadaan itu tidak mempengaruhi aktiviti pengeluaran hasil pertanian dari Delta Mekong ini.
Masih teringat lagi feri yang membawa saya menyeberang sebelum ke Cho Duc.Untuk pengetahuan anda bermula di pengkalan feri ini untuk sampai ke Pekan Cho Duc memakan masa hampir 2 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang agak sempit.Kesesakan lalulintasnya walaupun Cho Duc adalah pekan kecil tetapi masih ramai masyarakat nelayan disini.Malam,tiada aktiviti perniagaan kerana Cho Duc adalah kawasan kampung yang aman.
Masih teringat lagi feri yang membawa saya menyeberang sebelum ke Cho Duc.Untuk pengetahuan anda bermula di pengkalan feri ini untuk sampai ke Pekan Cho Duc memakan masa hampir 2 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang agak sempit.Kesesakan lalulintasnya walaupun Cho Duc adalah pekan kecil tetapi masih ramai masyarakat nelayan disini.Malam,tiada aktiviti perniagaan kerana Cho Duc adalah kawasan kampung yang aman.




























