Alhamdulillah....assalamualaikum sekalian. Akhirnya kami jejak kaki di Kawah Sikidang. Masih lagi di Dieng,Jawa Tengah.Sebaik saja melangkah ke lokasi ini bau belerang sudah menusuk ke lubang hidung.Menurut maklumat penduduk setempat di lokasi ini terdapat juga kawah kecil yang merata jadi kita perlu berhati-hati sepanjang perjalanan agar tidak memijak kawah kecil dikhuatiri terjerumus ke dalam kawah.
Sila patuhi arahan tidak menyalakan putung rokok bagi perokok.Ianya sangat merbahaya. Sejauh 30 kaki lagi saya sudah mendengar air menggelegak diperut bumi,umpama kita merebus telur di dalam periuk begitu lah bunyinya. Amat menakutkan,
Jangan risau anda masih boleh melihat kawah gunung berapi ini dari dekat. Hanya perlu patuhi arahan agar tidak melepasi pagar yang terlalu hampir dengan bibir kawah. Utamakan keselamatan. Jika anda berpeluang ke Dieng,jangan lepaskan peluang melawat Kawah Sikidang ...anda pasti mensyukuri segala kejadian alam ini bila anda berada di sini.Lagi gambar menarik anda boleh Like di SINI.
Assalamualaikum ....jelajah budaya serantau kami sudah pun sampai di Dieng. Dieng ini terletak di Kabupaten Wonosobo,paling senang nak faham ialah lokasinya di Jawa Tengah. Nampak seperti berkabus gambar di atas...betul ianya kabus. Itu lah Dieng lokasi jelajah kami. Ianya tersohor dengan suasana sejuk. Kalau di Malaysia ,boleh kita samakan dengan Genting Highland. Uniknya Dieng ini terletak di banjaran antara Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing. Suhunya pula di waktu siang antara 10°-20°C,malamnya pula sekitar 10°C. Sejuk...tak perlu penghawa dingin.Jangan terkejut jika anda ke Dieng ini kerana ianya dikelilingi dengan kawah gunung berapi yang masih aktif. Tetapi bila sudah sampai ke Dieng,jangan lepaskan peluang untuk bermalam di sini.
Lokasi seterusnya kami ke Telaga warna. Inilah kekayaan penorama alam semulajadi milik Dieng yang amat berharga. Pemandangan alam semulajadinya yang sangat memukau mata,sekali pandang permukaan airnya berwarna kuning dan hijau seperti pelangi. Jangan terpedaya...tidak boleh mandi di sini kerana kandungan sulfurnya yang amat tinggi. Di sebelah Telaga Warna ialah Telaga Pengilon ,malangnya kami tidak sempat mengambil gambar kerana hujan sudah membasahi bumi ketika kami di Telaga Warna.Saya tinggalkan pembaca dengan gambar-gambar di atas,insyaallah gambar yang lain saya siarkan dalam halaman CERITAKU,boleh lah lihat di sana.
Alhamdulillah, akhirnya dapat merasa satay kerang Malioboro, Jogjakarta. Tak perlu kuah kacang dan nasi impit boleh terus dimakan begitu saja. Isi atau kerangnya sudah pun bersalut dengan sambal. Rasanya tidak pedas tapi sedikit manis, rasanya boleh dimasak di rumah dan cucuk pada lidi satay. Saya tinggal pembaca sekalian dengan hidangan satay kerang ini....Assalamualaikum dan Salam jelajah budaya serantau alam.
Assalamualaikum. ..Salam kembara ... Salam jelajah budaya. Kami sampai di Jogjakarta@Yogyakarta malam. Check in masuk bilik dulu di Merbabu hotel..Lokasinya di Jalan Malioboro. Hanya meletakkan beg sandang di sudut penjuru katil. Lantas kami menapak meneropong suasana malam di Jalan Malioboro. Tekak yang kering minta disirami air. Abe Mat nak belanja kopi joos. Kalau jejak kaki di Jogjakarta@Yogyakarta, tidak lengkap jelajah anda jika tidak menghirup pekat hitam kopi joos ini.
Rasa kopi joos? Mestilah rasa kopi...oooo..itu arang yang dimasukkan dalam kopi joos. Air kopi ini dimasak menggunakan arang. Arang yang panas membara atau berapi ini dimasukkan dalam bancuhan air kopi yang panas. Hasilnya itu lah arang yang saya keluarkan dari kopi joos itu. Ingat tak cerita P.Ramlee kisah nujum pak belalang yang mengikis belakang kuali untuk dibuat kopi...lebih kurang beginilah. . Baik lah saya tinggalkan pembaca sekalian dengan menu kopi joos ini. Rajin-rajinlah Cuba resepi ini di rumah.
Assalamualaikum. ..apa khabar semua. Kami di Jogjakarta@Yogyakarta sihat alhamdulillah. Bersambung kisah kami ketika mula jejak kaki di Pulau JAWA ini. Dengan menaiki bas awam kami terjah lokasi penginapan di Jalan Malioboro. Lokasinya betul - betul ditengah bandar. Turun saja bas terus bertanya pada penduduk situ. Rupanya dekat sangat. Bestnya, kami pula jadi pemandu pelancong pada 2 warga Eropah yang ingin menuju lokasi sama. Berpisah kami dipertengahan jalan, kerana hotel yang kami booking melalui Agoda sangat dekat. Alhamdulillah. Selamat untuk check in. Bye...nanti saya sambung lagi, nak pergi jalan-jalan ni.
Assalamualaikum, Salam jelajah budaya serantau. Kami dah sampai di Jogjakarta@Yogyakarta...flight delay dari Malaysia.Awalnya kami dah buat perjanjian dengan tuan motor untuk terus menyewa motornya pada hari kami sampai. Tetapi bila dihubungi ...tiada jawapan dihujung talian. Keputusan diambil kami akan bergerak ke hotel. Abe Mat dah tempahan melalui Agoda.Nak tahu kami naik apa ke hotel..? Hahaaa..kami naik bas. Ianya lebih murah hanya 6 ribu rupiah untuk 2 orang berbanding dengan teksi yang mahu tambang sebanyak 80 ibu rupiah. Banyak kami jimat. Macam kampung sendiri pula. Okey..akhirnya kami selamat sampai juga di hotel. Nanti saya sambung cerita lagi. Jangan lupa gambar menarik dan terkini fb saya dan halaman Ceritaku Untuk Mu.
Assalamualaikum. ..Salam kembara, Salam jelajah budaya serantau alam dari kami. Selamat bercuti bersama yang tersayang. Jaga diri sepanjang percutian kalian. Kami pun bercuti juga..ke negara Indonesia. Insyaallah. ..pembaca sekalian akan dapat lintas-langsung dari kami sepanjang percutian di sana. Awal pagi lagi kami sudah check in mobile di rumah...senang sikit tak perlu tergopoh-gapah bila sampai di LCCT kelak.
Bila check in mobile ni..kenalah dapatkan boarding pass di kiosk AA. Scan barcode dari email terus dapat 2 boarding pass. Tetapi kena pula cop di kaunter AA yang ada di situ. Tujuannya untuk pengesahan saja. Dah selesai boleh beratur untuk urusan kastam dan menunggu di pintu pelepasan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian...kami masih menunggu untuk terbang pada jam 3 sekejab lagi. Saya tinggalkan pembaca sekalian dengan coretan ringkas perjalanan kami ini, insyaallah kalau ada peluang akan saya update perkembangan terkini kembara atau jelajah budaya kami ini. Selamat bercuti dari kami buat semua pembaca.