Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Selamat tahun baru. Untuk pertama kali tahun 2018 ini akak kongsi gambar kejadian. Mesti tengok gambar baru seronok nak baca cerita akak seterusnya.
Subuh
Sangat mencabar ketika ini. Maklumlah pepagi buta dah dengar teriak hon keretapi yang kuat. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 lebih. Pagi.
Bukan setakat keretapi yang teriak hon. Yang melintasi landasan itu paling kuat suara teriak. Tahu pula takut kena langgar keretapi.
Lokasi
Kejadian ini berlaku di stesen keretapi Red Fort. Stesen ini merupakan stesen keretapi yang menghubungkan Agra dengan Jaipur. Jadinya sesiapa nak ke Jaipur kena naik di sini. Akak nak beritahu kalau nak ke Jaipur keretapi terawal jam 5 pagi. Jadi penumpang kena datang awal sejam dari waktu operasi. Kebetulan pula keretapi yang kami nak naik ini lewat 1 jam dari jadual asal.
Jejantas
Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya ada jejantas untuk penumpang menyeberang antara satu terminal/pintu berlepas. Pihak berkenaan sudah menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pergerakan penumpang antara setiap terminal.
Sikap
Sikap tidak mahu susahkan diri, maksud akak mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang tersedia untuk ke terminal di depan mereka. Tindakan mereka ini bukan saja merbahaya pada diri sendiri tetapi juga akan menyukarkan pihak berkenaan jika berlaku kecelakaan di kawasan ini.
Tip travel
Akak kongsi tip travel,ketika berlaku di sini Red Fort Stesen. Pastikan kalian menjaga beg kalian,dan jangan sesekali tinggalkan beg tanpa pengawasan. Bawa air mineral yang secukupnya untuk minuman sepanjang perjalanan atas keretapi. Pastikan juga tiket keretapi tersimpan rapi dalam poket kalian. Jangan lupa sanitizer sepanjang pergerakan kalian di India,banyak kegunaannya. Oooo...bekalan seperti kekacang,minuman manis pun diperlukan kerana dikhuatiri kita lapar bila melihat penumpang lain membeli makanan didalam keretapi. Kalau kalian nak membeli makanan dari penjaja atas keretapi boleh saja,dipersilakan.
Sekian saja perkongsian pendek akak bagi edisi terjah India kali ke 2. Akak jelajah India kali pertama tahun 2014 dan ini merupakan video terkini 2017 yang baru sangat akak selesai. Inshaallah akak akan kongsi lagi.

