Alooo...ini bukan muzium ini hotel.Kisahnya bermula semasa sampai di Pulau Phuket kebanyakan hotel sudah penuh dengan tempahan awal,faham-faham je lah kalau kita walk-in nak menempah checik-in hotel. Harga sudah pasti berlipat-ganda,akhirnya kami ambil keputusan ke Bandar Phuket,iaitu lokasi awal bandar Phuket sebelum terdirinya Bandar baru Phuket. Kami dah beberapa kali singgah bermalam di hotel ini. Maaflah nama hotel dah lupa.Kedudukannya betul-betul di bulatan bandar lama berhampiran dengan sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang (pun lupa namanya).Lokasi yang strategik untuk bermalam kerana berhampiran hotel ini ada sebuah masjid dan kedai makanan muslim. Senang nak mengisi perut.
Sebenarnya ramai yang takut nak datang ke Thailand. Cubalah tanya kawan-kawan,pasti ramai yang melahirkan rasa takutnya. Takut ditembaklah,takut susah nak cari lokasi penginapanlah....takut nak dapatkan makanan halal pun ada. Tahukah ...pembaca sekalian selain nasi kita boleh makan buah-buahan juga janji ianya boleh mengisi perut yang kosong itu. Tapi tak usahlah nak risau kalau berjalan di Phuket,kerana masyarakat Islam ramai di sini. Nak dapatkan makanan halal amat mudah.Bukan setakat mudah malah lebih sedap...! Sepanjang perjalanan ke Phuket kita pasti tidak akan terlepas pandang dengan deretan masjid atau surau antara satu kampung ke satu kampung yang lain.Cubalah lihat gambar diatas....betapa ramainya orang Islam di Phuket membeli makanan di pasar malam.Bukan setakat pembeli...penjual muslim pun ramai.
Gambar ini sekadar kenangan...teringat pada arwah Tok Ayah dulu bela haiwan ini untuk panjat pokok kelapa.Punyalah takut,sebab ia bila lapar je ...garang sangat,maklumlah lapar.Nak bagi ia makan kena hati-hati jangan pakai wangi-wangi nanti diterkamnya sebab ia terkeliru antara bau minyak wangi dengan bau badan kita.Anda ada tak pengalaman seperti saya?
Episod cerita yang lepas ada dikalangan pembaca yang ingin melihat Pantai Krabi,maaf ye saya tak ambil banyak...gambar Pantai Krabi kerana faktor cuaca yang panas terik dan kebetulan pula air surut. Kalau ambil gambar tu tak menarik.Kalau pembaca mahu melihat gambar selain dalam blog ini bolehlah layari halaman facebook CERITAKU UNTUK MU.Gambar atas pula diambil waktu petang sekitar 4 lebih,masa ini air pantai masih surut tapi ini bukan di Krabi...Ini ialah gambar disekitar Pantai Phuket.
Kalau anda berkesempatan ke Phuket bolehlah datang ke sini,jangan ke Patung Beach saja, Sebab Phuket banyak pantainya yang cantik.Ingat ianya adalah Pulau ....sila lihat Phuket disini.
Suka sangat melalui jalan ini....inilah jalan keluar dan masuk ke Phuket.Bagi yang pernah kesini anda mesti lalu jalan ini kerana inilah satu-satunya jalan utama masuk untuk ke Patong Beach.












