Tamu Tuaran, Aneka produk kampung sedia untuk dibeli

by - 15:00

www.ceritaku.my
Ayam hidup
 Assalamualaikum semua. Salam membeli-belah dari Tamu Tuaran. Baiklah sebelum kalian tertanya-tanya. Akak nak beritahu pembaca sekalian setiap lokasi di pekan-pekan atau bandar utama di Sabah ini ada Tamu. Kalau di Semenanjung kita bagi nama Pasar Pagi atau Pasar minggu.


Kali ini akak belanja kalian dengan pelbagai gambar menarik yang sempat akak ambil semasa hujung minggu lepas sekitar Tamu Tuaran. Lebih kurang 20km rumah sewa akak ke Tamu Tuaran. Kami naik motorsikal saja. Awal kami turun dari rumah sekitar pukul 7.30 sudah kami sampai di Tamu Tuaran.

Ayam hidup antara produk kampung yang menjadi jualan di tamu.

www.ceritaku.my
Bambangan dan sayur-sayuran
 Aneka buah-buahan dan sayuran boleh dibeli sini. Bak kata mereka...sayur kampung jaa.

www.ceritaku.my
Katak taiwan
Ini pula produk eksotik makanan suku kaum sini. Katak Taiwan nama diberi. Ada yang siap dipotong,kiranya balik rumah terus bikin gorengan kicap atau sup. Nyummyy....

www.ceritaku.my
Tuhau
Tuhau. Siapa yang datang Sabah boleh merasa sambal tuhau,serunding tuhau. Sedap. Akak suka ini. Jangan kamu pelik kerana orang Sabah sendiri ada yang tidak makan tuhau. Tuhau ini ada sedikit bau yang kurang enak jika tidak pandai / tidak kena cara memasaknya.

www.ceritaku.my
Buah dabai
Buah dabai,kalian rujuk entry ini


www.ceritaku.my
Buah bambangan


Buah bambangan antara buah unik yang terdapat di Sabah. Boleh kalian baca di blog akak juga. KLIK SINI. Bagi yang sudah membaca resepi bambangan ,boleh segera terbang ke Sabah sekarang sebab Bambangan sedang berlambak di Tamu.

www.ceritaku.my
Durian dalit
www.ceritaku.my
Durian dalit
Inilah antara uniknya Tamu seluruh Sabah,sebab kita boleh menikmati hasil alam semula jadi dengan harga murah di Tamu. Nak makan apa saja terlintas di fikiran,carilah di Tamu pasti dapat apa yang diidamkan.

Durian dalit kali ini,akak jumpa yang berwarna kuning. Yang pernah akak makan sebelum ini yang berwarna merah.

Apa rasanya? Rasa durian juga,ianya tidak manis dan kurang berlemak. Durian ini hanya ada di Tanah Borneo khususnya Sabah. Durian ini antara durian yang diminati kerana ianya sukar didapati.

Harganya sekitar rm10-15/kg.


Saiznya ...jangan terperanjat hanya sepenumbuk kamu saja. Okay...genggam penumbuk. Itulah saiz durian dalit dan walau pun kecil,ianya tetap ada isi. Contoh lihat gambar diatas.


www.ceritaku.my

Yang ini jangan sesiapa tanya akak. Sebab akak tak sempat nak bertanya pada makcik yang menjual kerana dia sibuk dengan panggilan menjawab panggilan telepon. Akak tanya kawan sabah pun mereka tidak boleh menjawab.


Kesimpulan


Datanglah melawat Sabah ketika musim buah,pasti perut kalian penuh dengan aneka buah-buahan yang sedap. Apa yang penting ianya masih murah kerana harganya masih mampu kita membelinya.



Selamat menikmati ....lampiran bergambar diatas.

You May Also Like

30 comments

  1. Saya sendiri pun masih belum boleh telan sambal tuhau...lain kali nak cuba yang serunding macam sedap.

    ReplyDelete
  2. ya ampun durian dalit tu sedap nye ! nak pergi sabah lagi rindunya ! selain durian tu kan yang katak tu agak scaary mungkin sebab i tak makan katak heee.. apa pun nak p sabah...

    ReplyDelete
  3. mcm2 yang tak pernah dengar sebelum ini..tuhau, dabai, dalit..nampak beno saya ni tak expose tentang Sabah haha..thank you sharing..seronok dpt tau benda baru

    ReplyDelete
  4. Seronoknye dapat pegi tamu. Saya suka tengok benda benda yg dari hutan atau benda yg sukar dapat kat regular shop. Durian tu mesti authentic kg.

    ReplyDelete
  5. Kat sabah org panggil Tamu kan. hehe. pernah pergi skali je..

    ReplyDelete
  6. Akak! Terima kasih atas perkongsian info ini. Haritu, bersempena pelancaran Tahun Melawat Keningau Tahun 2018 di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur onie ada merasai sendiri Tuhau tu. Memang tak boleh masuk, hehe...sebab rasa dia masin dan macam bau bawang gitu. Tapibkalau makan dgn nasi mungkin sedap. Katak Taiwan pun ada jual eh di Tamu..hee..memang eksotik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus...ada tuhau yang sedap langsung tiada bau tuhau. Uniknya Sabah.

      Delete
  7. best nyer. aida lom jejak kaki di sabah lagi kakMah.
    satu hari nanti in shaa Allah.
    durian dalit tu cute nyer. memang aida sefamili makan sebiji durian sorang la gitu kan. durian dalit :)
    sabah memang kaya dgn sumber alam. itu yg byk buah2an takde di semenanjung.

    ReplyDelete
  8. Tu dia. Macam-macam produk ada. Katak tak terkecuali yer. Tapi durian dalit tu kenapa comel sangat. Nampk pon macam sedap je.

    ReplyDelete
  9. Bagi sy ni adalah heaven!! Banyak hasil kampung dijual kat sini. Memang bestttt. Tgk doriyan tu halamakkk menikam kalbu.

    ReplyDelete
  10. Wah , bestnya gi pasar camni sis. Banyak pilihan dan semuanya mesti menjadi kesukaan , rambang mata. memang kalau gi Sabah tak keruan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa bila datang sini singgah Tamu.

      Delete
  11. oh no durian dalit looks so yummy. tak pernah lagi pergi tuaran and plan juga nak pergi but not sure bila. dgn baca entry post ni boleh jadikan rujukan for us for planning next trip.

    ReplyDelete
  12. Kak mah durian dalit tu rasa macam mana. Mcm durian biasa ke. Waduh menarik nengok isi nya. Elok je katak tu masuk dlm palstik ek. Geli tapak kaki kita dgr katak tgk pun alergi dah. Hehe

    ReplyDelete
  13. Wah aneka produk kg ada dijual ye.durian dalit tuh first time tahu.comel je tau..tapi rasa durian dalit tu sama ke macam durian biasa yang kita makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sama saja beza sikit sangat...kena Cuba baru tahu.

      Delete
  14. Honestly kinah tak pernah jumpa semua ni. Haha kunonya saya. Tapi yang katak taiwan tu macam scary dengarnya. Durian dalit tu comei betul. Kalau ada rezeki bolehlah nanti pergi ke Tamu.

    ReplyDelete
  15. Durian dalit dengan buah dabai pernah dengar tapi tak pernah rasa. Macam-macam makanan dan buah yang tak pernah saya tahu. Excited nak tahu bawang kayu dan bawang hutan tu macam mana.

    ReplyDelete
  16. Macam-macam buah yang tak pernah saya rasa ada di Tamu di Sanah. Unik. Nak kena ke sana sekali lah untuk rasai pengalaman ni semua. Katak Taiwan tu katak ke apa kak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak tahu mengenai katak taiwan. Yang pasti katak ini besar saiznya Dan berwarna hijau muda.

      Delete
  17. OO.. Tamu Tuaran tu maksudnya sama macam Pasar Minggu atau Pasar Pagi tu yea.. abru TB tahu.. Alahai.. Durian Dalit tu besar penumbuk je? alahai puas ke makan kecik macam tu.. heheehehe

    ReplyDelete
  18. Banyak juga pilihannya, belum pernah berpeluan untuk cuba lagi

    ReplyDelete
  19. Wow.. Durian Dalit tu apa, first time dengar. Biasanya sampai ke Sabah tak pernah pulak pergi pasar macam ni. Seronok tengok macam-macam unik dijual kat sini

    ReplyDelete
  20. Ini la yang uniknya di Sabah kan. Byk betul makanan dan buah yang unik. Tapi saya dah rasa Tuhau tu. Tapi sebab rasa sikit je, kalau makan dengan nasi panas2 mesti sedap. Yang durian dalit tu comelnyaaa...

    ReplyDelete