Dongonggon

by - 15:00

www.ceritaku.my



Assalamualaikum,salam tahun baru cina 2018. Pertama kali dapat akak ambil gambar bulatan di Donggongon.
www.ceritaku.my

Landmark


Untuk pengetahuan sekalian setiap daerah Sabah ini mempunyai landmark tersendiri. Selalunya landmark ini melambangkan produk atau lambang item popular lokasi yang kita singgah. Donggongon diberikan landmark tengkolok.

Lokasi ini menghubungkan jalan ke Kinarut, Inobong , Bundusan dan Kota Kinabalu.


Donggongon

Ianya terletak di daerah Penampang. Lokasi ini ada sebuah pusat membeli-belah besar iaitu Megalong. Malah lokasi ini terkenal dengan Tamu setiap Khamis dan Jumaat. Hebatnya tamu Donggongon ini kerana,seluruh warga penduduk dari kampung berhampiran akan turun berjualan.

Pelbagai produk tanaman tempatan khususnya sayur-sayur hutan boleh didapati di tamu ini. Hasil manik hiasan juga ada di tamu. Tidak ketinggalan kraftangan seperti bakul,dan beg tangan anyaman turut boleh dibeli sini.


Kesimpulannya,akak suka ke tamu donggongon tapi kena plan masa ke sana dengan tepat. Maklumlah tamu ini hanya 2 hari seminggu,pelbagai produk makanan semua boleh dapat sini. Kesesakkan lalu lintas tidak dinafikan. Kena naik motorsikal untuk ke tamu. Hasilnya pasti sebakul sayur,dan buahan serta telor masin atau bilis yang akak bawa pulang.

Sesiapa yang kebetulan datang Sabah bolehlah ke Tamu Donggongon naik grab saja. Marilah melawat Sabah.

You May Also Like

19 comments

  1. Insaallah..kalau ke Sabah nanti akan masukkan tempat ni dlm list. Kena gak lawat tempat2 yg rakan suggestkan barulah penuh itenerary kita ya tak...hehehe. Nampak gaya kena plan betul2 nak ke sini..tq for the info

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi sampai ke Sabah. Kalau ke Sarawak dah pernah sebab adik ipar orang Sarawak. Turun sana masa adik kahwin. Lepas ni wish list boleh la ke Sabah pulak. Nak juga pergi negeri di bawah bayu yang terkenal dengan gelang kristal. Hehehe....payah juga nak menyebut Donggongon ni ye....

    ReplyDelete
  3. Eh cantiklah! Unik sangat rekaannya. Moga-moga lepas ni lokasi ni lagi popular sebab dah ada kekuatan yang saya rasa berpotensi nak tarik pelancong ni! 😍

    ReplyDelete
  4. Banyak sangat tempat menarik di Sabah ni. Yang kita tahu hanya bandar-bandar besar sedangkan banyak lagi tempat yang tidak diketengahkan kan.
    Rose belum berkesempatan nak jalan-jalan ke Sabah. Tapi, memang ada plan nak ke sana.

    ReplyDelete
  5. Mesti best kan rasa macam nak borong semua sayur sayur dan barang kat situ. Saya rasa if saya pegi la sure nak bawa troli. Seronok awak dapat gi sana.

    ReplyDelete
  6. Setiap satu tempat satu landmark..wah senang kan nak bezakan tempat2 mengikut landmark tersendiri..kena masukkan dalam wishlist ni..nanti share la environment pasar tamu kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah.
      Tamu ini seperti entry Tamu Tuaran sebelum ini.

      Delete
  7. wah ada landmark lain, last time I pergi sabah sebab kakak dengan adik ipar i kena hantar sana sebab permulaan kerja dengan kerajaan kan, tapi kami hanya sempat melawat bandar KK dan kundangsang termasuklah hotspring tu, tak pe nanti next time mungkin dapat menjelajah lagi sekali heee... bawa anak anak I pergi la nampaknya..

    ReplyDelete
  8. Lamanya dah tak ke sabah. Last pergi tahun 2008.. huh, sedar2 dah hampir 10 tahun rupanya. Pasti sekarang semakin banyak perubahan dan tengkolok ini pun salah satunya juga rasanya. Inisiatif yg sgt kreatif dan unik.. in shaa Allah ada rezeki ke sana lagi, pasti akan singgah sini juga... menarik :)

    ReplyDelete
  9. O.. Landmark untuk Donggongon ialah tengkolok yea.. comel je tengkolok tu.. TB tak pernah lagi ke Sabah.. huhu.. Tak tahu lah bila dapat ke sana..

    ReplyDelete
  10. Setiap bulatan di jalan raya memang unik di sabah. Saya masih ingat bulatan di KK City. Waterfront ada bulatan todak. Hehehe. Bagus idea begini, jadi kita sebagai pelancong tertarik kenapa ada ikan todak di sini. Ini kerana terdapat hasil laut yang banyak di situ.

    ReplyDelete
  11. Menarik plak landmark Dongonggon nie. Adik Rawlins dah ada rumah di KK, perhaps next family vacation boleh explore Sabah sebab family ayah pun ada kat sana gak.

    ReplyDelete
  12. wahhhh sabah dah ada grab senang la macam tu boleh pergi sabah lagi. dulu selalu jugak pergi sana area penampang. bagus ada icon mcm nie bertambah menarik la sabah..

    ReplyDelete
  13. cantik binaan landmark berbentuk tengkolok tu. sangat menarik dan unik! ni yang buat rasa tak sabar nak jejakkan kaki ke sana ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Never been to Sabah yet and wow this landmark is really beautiful. How I wish I can be there blow to witness this with my own eyes. For sure this place gonna be in my bucket list.

    A place must go... Proud to be Malaysian

    Racheal

    ReplyDelete
  15. Menarik lokasinya. Teringin nak berkunjung ke sana suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  16. Thank you lagi info travel ni..
    boleh masuk dalam iti travel sabah nnti..

    ReplyDelete
  17. ni kalau ke Sabah bolehlah ke Donggongan. Naik grab pun boleh ye ke sana. thanks for the info.

    ReplyDelete
  18. Wow! i heard of this place before but never have the chance to visit there. Hopefully one day I can make a trip to explore such a scenic town.

    ReplyDelete