Dream World Resort , Kundasang
Assalamualaikum,kami di Kundasang. Lokasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Siapa yang datang Sabah,percutian kalian tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Kundasang.
Dream World Resort
Lokasinya di Mesilou, Kundasang. Jarak dari rumah akak ke lokasi ini ialah 83km. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Makan masa hampir 2 jam juga untuk sampai Dream World Resort . Faktor jalan raya yang sedikit mencabar pemanduan salah satu penyebab tidak boleh laju,tapi janji selamat sampai ke lokasi.
Harga Bilik / Rumah penginapan Dream World Resort
Bagi yang nak menginap di lokasi ini akak cadangkan kamu guna aplikasi Agoda,Traveloka atau Trivago. Sebagai asas tak mahu kalian terkejut,harga awal bermula dari RM2++ berdasarkan jenis penginapan yang kamu pilih. Nak selesa tak salah belanja diri sendiri.
Lokasi berdekatan Dream World Resort
Untuk menceriakan percutian kamu,boleh lah melawat Desa Cattle di lokasi berhampiran. Kalau berjalan kaki ke Desa Cattle pun sampai dari Dream World .
Selain itu, bolehlah melawat kampung Mesilou. Berkenalan dengan warga kampung. Jangan lupa bergambar situ. Sebab dari perkampungan ini,jika kena dengan cuaca yang cantik dan tiada awan kita boleh bergambar dengan latar belakang Gunung Kinabalu.
Di kampung Mesilou ini, terdapat banyak Homestay,yang boleh didiami. Tak rugi kiranya kita nak menginap di sini. Lokasi ini di kaki Gunung Kinabalu dan suhu malamnya sejuk hingga mencecah 6-7 C jika kalian datang sekitar hujung Januari hingga akhir Februari, (info dari penduduk setempat).
Bagi yang minat hayun kayu Golf bolehlah mencuba di Mount Kinabalu Golf Club.
Jalan lagi kita akan lihat ada bangunan "Pusat Latihan Dakwah Kundasang". Bangunan besar yang lengkap dengan kediaman para pelatih dan dewan makan. Masih lagi berlatar belakang Gunung Kinabalu.
Kenapa perlu menginap di Dream World
Akak sebenarnya belum pernah menginap di lokasi ini. Tetapi sudah beberapa kali kami ke sana dengan tujuan bergambar dan rehat.
Kawan kami pernah menginap di sini. Mereka 6 orang semuanya. Dari riak wajahnya jelas kelihatan,mereka puas hati menginap disini. Apa tidaknya waktu pagi diselubungi kabus,menjelang jam 10 pagi jelas terpapar depan mata Si Gunung Kinabalu. Masa ini lah sangat sesuai untuk mengambil gambar sekeluarga.
Selain itu waktu petang sekitar jam 4-5 petang juga merupakan waktu sesuai nak bergambar dengan latar Gunung Kinabalu.
Persekitaran seperti di kawasan perumahan merupakan faktor tarikan untuk pelancong menginap disini. Mereka boleh bersantai sambil berjalan-jalan sekeliling Dream World seperti berjalan sekitar rumah.
Dari Pekan Kundasang kita sudah boleh melihat bangunan Dream World yang betul-betul terletak kawasang tanah tinggi,dan berada hampir di kaki Gunung Kinabalu.
Pasti,tiada sesal menginap sini jika datang dengan yang tersayang.
Rumusan
Menginap lokasi cantik memang mahal.tapi ianya berbaloi jika lokasi itu sememangnya cantik dan merapatkan hubungan kekeluargaan kita.
Rancanglah percutian kalian untuk menikmati alam indah. Marilah melawat Sabah.
Akak bukan duta,sekadar berkongsi keindahan negara dengan rakan pembaca blog. Sekian,hingga bertemu lagi.

23 comments
Bestnya kalau dapat ke sana. Kawan Rose dah pernah bercuti di Kundasang.. seronok dengar cerita dia.. kat sana udara sejuk nyaman..
ReplyDeletebest la kalau bangun pagi2 je dpt tengok views mcm tu
ReplyDeletewah bestnya..
ReplyDeleteBestnya kalau berpeluang pergi sana. Ia kaya dengan view flora dan fauna yang cantik. Teringin sangat tapi mungkin suatu hari nanti.
ReplyDeleteCantik dan mendamaikan suasana di resort tu.
ReplyDeletePernah pergi kundasang tahun lepas. Tak tahu pon pasal tmpt penginapan nie. Next time boleh lah try menginap di sini. Nampak selesa !
ReplyDeleteTarget tahun ni nak pergi kundasang.. suka tempat sejuk2 ni
ReplyDeleteSally belum pernah sampai ke Kundasang lagi..hopefully one day laa...eh...kalau walking distance ke Desa Cattle tu elok laa...kira mmg strategik la lokasi dia..hihihi
ReplyDeletekundasang tempat yang sejuk...
ReplyDeletesangat bagus untuk berbulan madu..
saya pernah sekali ke Kundasang..
teringin nak pergi sekali lagi
Masa ke sana dulu plan nak stay di sini tapi penuh. View gunung KK dkt sini mmg cun tau.
ReplyDeleteI have not visit Sabah yet. But will bookmark this place when I plan to Sabah. The place look clean and fresh.
ReplyDeleteSegarnya tengok kehijauan kundasang. Teringin nak bercuti ke sana. Alam semula jadi masih elok terpelihara.
ReplyDeleteMemang best dapat view dan cuaca yang sejuk.kalau cuti lama² sini pun xapa thehehehe
ReplyDeleteTak pernah sampai negeri Sabah lagi. Mana tau kalau pergi area Kundasang boleh menginap di Dream World.
ReplyDeletewww.liahasty.com
Jenjalan je kak nie... macam dah habis satu malaysia dah.. kita baru nk keluar jenjalan nie.. tp g dekat je... malas nk g jejauh hahahha
ReplyDeleteBestnya kalau dapat pergi Kundasang kan..SA mmg impikan bercuti kat sini nak bawak mak abah..tp mak tgh x sht plak kan..
ReplyDeleteWahhhhh... I haven't been to all this place yet... This seems nice and cooling start. I really love this and I can play golf too!!!!
ReplyDeleteRacheal
Kundasang memang ada dlm wishlist. Memang teringin sangat ke sana. Bangun pagi diseluputi kabus memang syiokk..
ReplyDeleteBest nya tengok kabus-kabus tu.. cuaca sejuk je kan kat kundasang tu.. rasa nak pi sana je.. macam syok je.. hirup udara segar dan sejuk
ReplyDeletenever visit it before. from your pic it looks so dreamy
ReplyDeleteSubhanallah.. bestnye
ReplyDeleteTengok gambar je dah boleh bayanhkan cantiknya pemandangan kat sana
ReplyDeleteBonde suka pergi Kundasang ! Kalau ditanya sabah suka pergi daerah mana? Kundasanglah jawapannya! sejuk dan pemandangan cantik sekali
ReplyDelete