Restauran Gayang, Tuaran
Assalamualaikum...Februari bulan ulang tahun kelahiran akak. Abe Mat belanja makan Seafood. Jadi marilah kita ternak lemak dan kolestrol bersama-sama.
Restauran Gayang
Restauran ini merupakan kedai yang popular bagi masyarakat di sini,malah rakan semenanjung yang datang nak makan seafood pun kami akan bawa ke sini.
Lokasinya terletak di Sulaman,daerah Tuaran. Waktu operasi jam 12.00 tengahari hingga jam 10.30 malam
Konsep/cara layanan : ialah layan sendiri memilih lauk-pauk yang kita inginkan dan dibantu oleh staff bertugas.
Nombor giliran : nak pesan makanan kena ambil nombor untuk order menu makanan. Selesai disitu,kita boleh terus ke meja yang kita suka.
Nak view keluar kena duduk kawasan tepi beranda. Nak meriah,bingit suara kawan-kawan meja lain,duduk lah di ruang tengah kedai.
Untuk minuman pula : bila kita duduk di meja pilihan,staff kedai akan datang layan dan memaparkan menu minuman pula.
Atas ada beberapa gambar hidangan lauk hidup yang kita boleh pilih untuk makan. Boleh minta cadangan menu yang sedap dengan lauk pilihan kita.
Gambar bawah ialah isi ikan yang disirami sos thai. Sedap. 100% isi ikan yang garing dengan limpahan sos thai.
Puas hati. Maaf menu lain tak sempat nak ambil gambar,habis dimakan dengan lahapnya.
Gambar bawah ialah hidangan sample sayur-sayuran yang kita boleh pilih untuk dihidangkan atas meja makan kita. Bukan yang sample ini dihidangkan...mereka gunakan yang di dapur.
Rumusan
Abe Mat pilih restauran ini kerana ianya paling hampir dengan kediaman kami. Paling utama ianya mempunyai persekitaran yang bersih. Selain itu ianya mempunyai pelbagai review positif dalam blog-blog.
Ingat,berhenti makan sebelum kekenyangan.
Alhamdulillah,selesai menikmati rezeki Allah,hingga jumpa lagi.
21 comments
wah menarik ni.. nak ke sana ntah kan bila...
ReplyDeleteperghhhh
ReplyDeletemesti murah dan segar2
haihhhh terbayang2 sedapnya
bestnya! nampak fresh je seafood dia. nak kena cuba jugaklah nanti ni.
ReplyDeleteBestnya makan seafood fresh2...ala kak..nanti bawak la SA makan kat sini..SA kalau bab seafood memang sanggup berhabis..pernah makan kat Bagan Lalang habis sampai 700++ nasib baik memang niat nak belanja family dan kebetulan dapat bonus
ReplyDeletemakan seafood memang sedap lagi2 kalau fresh kan. tapi tu lah, macam kita ni banyak allergik. so takut2 sikit nak makan. rasa boleh
ReplyDeleteyang atas tu i kurang nampak adakah belut atau ikan keli ? nampak macam melentik lentik ala ala belut i tengok tu... kalau orang kelantan masak sup belut memang i boleh layan sebab tak pasti orang kelantan thai masak memang sedap haha.... seafood fresh memang layan la... kalau bawa family sampai kedai tutp pun tak rasa nak balik hahahah tapi tak sangka orang sabah punya masakan pun nampak enak... teringat dulu singgah sabah kitaorang layan daging rusa masak itammm
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat nikmat makan ye kak. Memang nampak sedap sangat isi ikan dengan sos thai tu. Ana suka sangat sos thai kalau buat cicah cicah. Lagi2 bila isi ikan tu garing. Tak toleh kiri kanan dah. Hehe
ReplyDeletefirst time hear of this restaurant.....
ReplyDeletenampak bagus dapat makan dalam restaurant yang makanan sedap sedap belaka..
Wahhh seronoknya dpt makan seafood fresh. Mesti rasa dia enak. Nak pergi jugak lah ke sini kalau sampai ke Sabah nanti
ReplyDeleteLiez peminat seafood mmg boleh gila klau g situ.. terutama klau dpt mkn ketam dan udang.. mmg fav xkira masak apa pun
ReplyDeleteIkan keli ke belut tu Kak Mah?? Tertanya2 juga ni. Kalau kat sana pasti murah kan makanan laut. Kalau kat sini selalu pergi Jeram ajelah nak makan seafood
ReplyDeleteAlamak belut tu kita tak makan hehehehe Tuaran ni dekat area mana yer tak pernah sampai lagi selalu sampai Kota Kinabalu jer.
ReplyDeleteBelut ka gmbar frist tu kak?selalu masak apa sedap..kita pernha mkn kt kelate sup belut..tapi nak tkeluar balik...tapi belut yg sushi yg ungai tu kita makan..sedap pulak tuuu
ReplyDeleteI can only imagine how tasty the food must have been for you not to take pic of it but to directly chow down on the food..hheheheh well i am glad you enjoyed your meal!
ReplyDeletehappy belated buzday kak... anyway... teringin nak makan seafood berbanyak.. selagi belum gout nie... Tapi tue la.. Doktor pesan, makan kena jaga la pulak
ReplyDeleteWah sedap nya mkn seafoods..hilma suka jgk skali bantai mkn byk..dgn kuah yg pedas mmg betul2 blh terangkat ni hahhaha..
ReplyDeleteRawlins memang tahu dah makanan laut kat Sabah memang murah sebab adik duduk di KK dan setiap kali melawat ke sana memang wajib makan! Hehe.
ReplyDeleteYang atas tu keli ke belut?
Who don't love seafood? Especially those fresh seafood. Even myself love it too. Wanna try this too
ReplyDeleteRacheal
Sedapnya makan seafood, fav sis ni. Kalau ke sana sure cari seafood, ummm bilalah boleh kesana ekk
ReplyDeleteWow, so fresh the seafood. I am a big fans of seafood. Next time can try this place. I saw the price is acceptable.
ReplyDeleteI bet this was really good, any fresh seafood is really good, can't wait to pay Restauran Gayang a visit, I love seafood and getting to choose what I eat is the best!
ReplyDelete