Hokkaido , Jepun

by - 15:00

www.ceritaku.my

Assalamualaikum,salam sejuk dar Hokkaido / Sapporo ,Jepun. Kali ini akak sambut dan beri sokongan padu kepada Penerbangan Antarabangsa Negara kita iaitu AirAsia dengan membeli tiket penerbangan pertama pelancaran Syarikat Penerbangan AA ke Hokkaido, Jepun. Ini merupakan julung kalinya penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun.  Kebetulan pula ketika itu Jepun khususnya Hokkaido ,musim sejuk.

www.ceritaku.my
Otoru

Hokkaido


Seperti yang kalian sedia maklum, Hokkaido ini merupakan Pulau yang paling utara di Jepun. Ianya juga merupakan pulau kedua terbesar tapi kurang dibangunkan berbanding dengan 4 pulau yang lain. Nama lain bagi Hokkaido ialah : Ezo , Yezo , Yeso , atau Yesso Hokkaido


www.ceritaku.my

Geografi

Kalau dari segi kedudukan geografi/ dalam peta dunia. Hokkaido ini sangat hampir dengan Negara Rusia. Bandar-bandar utama termasuk Sapporo dan Asahikawa di rantau tengah dan pelabuhan Hakodate menghadap Honshu .


www.ceritaku.my
Otoru

Cuaca / Iklim


Kalau kita nak berjalan ke negara orang,kita perlu peka dengan keadaan sekeliling dan cuaca/iklam semasa kita berada di sana.Kebetulan pula kami jejak kali di Sapporo ini cuacanya sejuk. Tahukah anda lokasi ini mengalami 6 bulan cuaca sejuk. Hokkaido tidak terjejas dengan musim hujan.


Paling penting dan menjadi kegilaan serata dunia ...tarikan Hokkaido ialah Festival Salji Sapporo.


www.ceritaku.my
Otoru
Senarai bandar utama di Hokkaido 




www.ceritaku.my
Bandar utama - Hokkaido
Trip Kakmahh dan Abe Mat


Kami ke Sapporo pada November 2015. Perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo. Kiranya ini family trip & friend trip. Penerbangan kami ketika itu D7550 macam plate Kelantan pula. Waktu bertolak dari Kuala Lumpur ialah jam 11.00 malam dan kami tiba di Sapporo jam 8.00 pagi (waktu tempatan). Lama juga kami atas kapal 7 1/2 jam. 

Beza masa


Antara Malaysia dan Sappora beza masanya hanya 1 jam saja. Jangan mengada-ngada nak menambah masa. Bila beza masa tak lama ,senang nak kira dan agak waktu solat.



www.ceritaku.my

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my
Sapporo

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

www.ceritaku.my

Hotel 


Kami menginap di Toyoko Inn,berhampiran dengan Universiti. Kami terpisah dengan group kawan yang satu lagi,tetapi tetap bergerak melawat lokasi seperti Odari Park dan Otoru. Tidak banyak lokasi kami...melawat. 

Apa yang menariknya ,setibanya kami di Sapporo terus kami ditemu-ramah oleh sebuah televisyen tempatan - tajuknya mengenai penerbangan secara langsung KL- Sapporo buat pertama kalinya. Nasib baiklah kawan kami itu mahir bertutur berbahasa jepun. 


Suhu pula ketika itu mencecah -3 ,tetapi masih tidak ada salji lagi. 


Makanan

Selalunya kalau bab makanan ini ,akak tidak kisah sangat. Maksud akak kiranya ada roti atau buah-buahan dah cukup untuk alas perut.Kebetulan pula ketika trip kali ini akak bawa si Mila,jadinya akak bawa nasi segera yang perlu dipanaskan saja. Sekadar untuk si kecil alas perut. Selebihnya kami makan roti dan buah-buahan.


Tips travel dan kesihatan

1. Pastikan bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca tempatan.
2. Bawa secukupnya makanan segera dari negara kita bagi alas perut si kecil.
3.Bawa sarung tangan kerana ketika musim sejuk tangan terdedah kepada pelbagai kegunaan untuk semua aktiviti.
4.Bawa setokin lebih dari 2 helai,kalau masih tidak cukup bolah dibeli di pasaraya tempatan.
5.Yang bertudung ,bawa lebih sehelai tudung,jangan lupa bawa mafla untuk lilit leher. Sebab angin sejuk akan tembus menikam muka,dan leher serta tangan yang terdedah.




Oklah cukuplah entry Jepun,dah terlalu panjang,nanti ada yang tengok gambar saja ni. Yang nak detail pm akak tau!

You May Also Like

31 comments

  1. Wah seronoknya. Senang lepas ni AA dh de direct flight. Bole buat rujukan entry sis. Lengkap dengan tips lagi.

    ReplyDelete
  2. bilalah dapat jejak kaki ke sini..bestnya tengok negara orang ...huhu

    ReplyDelete
  3. Bestnya bercuti ke jepun. Jepun merupakan salah satu negara yg termasuk dalam wishlist emi. kata org kat sana persekitarannya bersih dan cantik

    ReplyDelete
  4. bestnya .. teringin nk g jepun juga nak2 kyoto omg... bila nak smpi ni

    ReplyDelete
  5. sangat cantik... bes klu dpt peluan berjalan ke tempat org ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemandangan yang berbeza dari negara Kita.

      Delete
  6. aida byk tahu pasal jepun ni dari tv, kakmah.
    program zizan ke jepun dan yg latest 3 musim da jejak jepun jihan tu :)
    lom ada rezeki nak ke sana. in shaa Allah one day, wajib jejak jepun jugak.
    jepun ni besar. kalau tgk kat tv, masha Allah, cantik nyer lah...
    untuk la kakmah dpt ke sana dah. later, boleh la saya refer entry kakmah ni.
    done follow blog kakmah ni :)

    ReplyDelete
  7. Belum berkesempatan ke Jepun. Lepas tengok gambar2 dri entri nie rasa membuak2 phla nak ke jepun.

    ReplyDelete
  8. Mommy pergi masa Air Asia buat pelancaran penerbangan ke Sapporo tu.. belum pernah lagi ke luar negara. Over the sea je la.. untung nya kak mah dan abe mat.. boleh kami tumpang berangan ada di sana..hehe

    ReplyDelete
  9. Thanks for your tips, Hokkaido is beautiful I wish to visit Japan someday it has been on my wishlist for a very long time.

    ReplyDelete
  10. Suasana persekitaran dalam gambar2 tu nampak tenteram.. mmg tenang jiwa dpt berjalan2 meneroka kehidupan tempat2 mcm ni.. terinspirasi :)

    ReplyDelete
  11. Thanks kak mah untuk share tips bercuti di hokaido. Lisa memang teringin nak pergi kat sana tapi masih tak berkesempatan. InsyaALLAH doakan ye. nak tanye, pergi hokaido disarankan untuk spend berapa hari ye yang bagus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 5D 4 N. Ini pun dah lama rasanya sebab masih banyak lokasi belum terbuka pada pelancong.

      Delete
  12. memang salah satu wishlist nak ke Hokaido/sapporo ni.. Nak pi time musim sejuk.. hehe

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Hokkaido, teringin nak pergi tapi tak tahan sejuk. Hehehe...

    ReplyDelete
  14. Best yer travel ke negara orang. Teringin nak pergi Sapporo

    ReplyDelete
  15. Oh kalau beza 1 jam senanglah sikit nak tengok masa. Macam masa Thai dan Indonesia. Tak perenah lagi travel ke tempat sejuk. Dah la ada semput tak tahulah macam mana kalau pergi tempat sejuk. Japun memang salah satu destinasi yang menarik. Kena kumpul duit lah kesini nanti.

    ReplyDelete
  16. Doakan saya dan kawan-kawan ke sini ye. kak. plan bulan 1 tahun 2019 nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah.
      Musim sejuk tu. Festival Salji.

      Delete
  17. Last year I was in Hokkaido and Sapporo, memang best la the scenery and also the food there.

    ReplyDelete
  18. Wah.. seronoknya dia kat sana

    ReplyDelete
  19. Hai Kak Mahh Bonde dah follow blog Kak Mah ni tau, Bestnya dapat travel ke Jepun dengan family. Saya hanya beragan jer nak ke Jepun suka tengok pemandangan dekat sana.. dengan harapan nanti dapat pergi. InsyaAllah

    ReplyDelete