Murut Cultural Centre

by - 16:21

ceritaku.my

Pusat Kebudayaan Murut

Hello semua,akak sekarang di Tenom. Kami jalan-jalan mengenali sejarah dan kehidupan masyarakat suku kaum Murut. Lokasinya di Tenom. Untuk pengetahuan kalian penubuhan pusat ini adalah dari cetusan idea mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah ketika itu YB. Datuk Kadoh Agundong.


Projek pembinaan lokasi ini dibiayai oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah. Tahniah buat pihak berkenaan kerana sangat positif dalam menjaga dan memperkenalkan sejarah dan bangsa murut. 


ceritaku.my

ceritaku.my

ceritaku.my

Kebudayaan

Kalau kalian sampai di Tenom,pasti kagum dengan variasi kebudayan unik di sini. Majoriti masyarakat sini adalah dari suku murut. Di Tenom terdapat beberapa suku Kaum Murut iaitu suku Murut Tagol yang menetap dan tinggal di kawasan Kemabong, Tomani dan Rundum manakala suku Kaum Murut Timugon tinggal atau menetap berhampiran dengan kawasan pekan dan di Mukim Melalap, Mandalom Entabuan. 

Pelbagai kebudayaan suku kaum kita dapat lihat disini. Antaranya Tarian Lumigo dan Ansayau kebiasaannya ditarikan ketika menyambut tetamu. Selain daripada itu, terdapat juga tarian daripada suku kaum yang lain seperti Kadazan/Dusun, Lundayeh Cina. Pelawat seperti kami akan berpeluang untuk menyaksikan tarian-tarian ini terutamanya sekali pada musim Perayaan Pesta Kaamatan.Sayangnya ketika Keamatan ini kami selalunya pulang ke semenanjung bercuti. 


ceritaku.my


Kami untung,sebab sebelum mengakhir lawatan di pusat ini. Kami dipelawa melihat secara dekat tarian kebudayaan yang dipersempahkan di sini. 

Seronok wei...live . Nasib baik akak tak turut menari sama atas pentas. Ok lah...akak tinggalkan kalian santai-santai membaca di sini. Nanti akak cerita pengalaman jalan lokasi lain pula.


Assalamualaikum..

You May Also Like

4 comments

  1. Tenom ni dekat dgn area mana ye kat sabah? Mcm kurang tahu pasal tenom ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenom lokasinya bersempadan dengan Keningau,Sipitang dan Beaufort. Ianya terletak di Selatan Kota Kinabalu. Bestnya Tenom kerana ianya merupakan lokasi pengeluar kopi Sabah.

      Delete
  2. salam ziarah & salam perkenalan yer sis..sabah kite pnh pegi sekali jer..tu pun thn 2004..rindu plak nak gi sana..walhal negeri sebelah2 jer..hihi

    jemput singgah blog kite yer sis.. :)


    follower #828

    ReplyDelete