Kalau kita pergi ke Kuil Murugan Batu Caves,kita akan jumpa spesis ni di sana. Begitu jugalah ketika saya di Angkor Wat ini. Suami saya merakam aksi spesis ini,pandai pulak ia bergaya bila lensa camera ditujukan pada ia.
Sebelum masuk ke dalam Angkor Wat,siap minta bantuan pelancong Jepun ambil gambar kami berdua. Kalau tidak asyik single je...Kenapa pelancong tu meninjau ke dalam tasik? Nak tahu...ianya adalah tasik buatan manusia yang dibina dengan tujuan menjaga keselamatan pada zaman tersebut. Yang ditinjau oleh pelancong dan saya sendiri ialah ikan talapia yang dipelihara kat dalam tu...itulah rahsianya.
Masa ni...Angkor Wat sedang dalam kerja pembaik-pulih,maklumlah dah lama rosak sana sini. Cantik bukan pemandangannya.
Nampak kan....ada macam tangga tepi bangunan tu,itu sebab ada sebahagian lokasi di Angkor Wat ini tidak dibenarkan masuk untuk menjaga keselamatan pelancong. Tapi kita boleh melawat persekitarannya yang indah dikelilingi oleh tasik buatan manusia.
Memang saya tidak menafikan pemandangannya yang indah,lebih menyamankan tasik buatan manusianya....bagi anda yang biasa dengan siaran astro pasti telah menonton sejarah Angkor Wat ini. Dah 2 kali siarannya ulangannya.
Ini pula Wat Thom,kuil kecil di hadapan Angkor Wat. Yang paling mengagumkan saya ialah batu-batu besar yang digunakan untuk membina seluruh bangunan di sini tanpa sebarang teknologi moden. Bila menonton siaran astro mengenai Angkor Wat ini ia membuat saya lagi terpegun dengan kegigihan rakyat Cambodia ketika zaman itu.
Ini ialah pagar atau tembok yang dibina sebagai pintu laluan utama ke Angkor Wat. Bayangkan batu-batu yang besar yang diangkat dengan tenaga manusia pada zaman tersebut.
Sempat lagi bergambar dengan kereta berplat nombor Cambodia,untuk pengetahuan anda semua. Setiap rakkyat Cambodia yang memiliki kenderaan merupakan rakyat yang mempunyai wang yang agak banyak,kerana mereka membeli kenderaan ini secara tunai walau pun kereta mercedes. Kenapa! tak percaya? Anda kena percaya.
Dari pintu masuk ni saya berbasikal agak laju juga,masa yang diambil untuk sampai ke Angkor Wat lebih kurang 15 minit berbasikal ni. Agak jauh tetapi puas hati dengan pemandangannya yang cantik dan tenang sepanjang mengayuh basikal. Angkor Wat merupakan kuil yang paling besar di sini. Selain Angkor Wat anda boleh melawat Banteay Kdei,Ta Prohm,Pre Rup,East Mebom,Neak Pean,Ta Nei,Ta Keo yang agak popular selepas Angkor Wat,Thommanom,Victory Gate juga terkenal dan patut dilawati,Bayon yang dikatakan amat menarik jika anda sempat menikmati matahari naik di Wat Bayon ini,North Gate, Phimeanakes,Terrace of the Elephants,West Gate,Baphuan dan South Gate. So bagi yang berkesempatan masa dan berhajat melancong bolehlah plan ke Angkor Wat ni..
Sempat bergambar depan kaunter tiket Angkor Wat. Kenapa tak caya? Dah cakap ....memang kami berdua berbasikal dari tempat penginapan ke Angkor Wat. Best! sebabnya dapat main hujan dan bila berbasikal untuk ke Angkor Wat ni terasa macam berbasikal dalam kampung sendiri aje. Apa taknya,dalam perjalanan ke sana kami melalui depan sekolah..dapat tengok kanak-kanak balik sekolah,dapat tengok cikgu pelatih sebab kami melalui maktab atau intitusi latihan perguruan mereka. Untuk masuk ke Angkor Wat ni,kita boleh beli tiket untuk one day tour, two days tour or three days trip. Kalau one day tour kita boleh masuk dari pagi sampai petang dan kena keluar jam 6.30 pm,so laratkah anda nak menghabiskan satu Angkor Wat ni? Masa atau jam berapa pagi tu? Seawal jam 5.00 am sudah dibuka....dah bangun ke?
Baru aje lepas hujan,kami plan nak ke Angkor Wat. Hujan pun renyai-renyai aje...redah jelah janji sampai ke sana. Saya dan suami berbasikal ke Angkor Wat. Berbasikal ke sana dari tempat penginapan kami mengambil masa lebih kurang 20 minit. Habis pecut tu...maklumlah lama tak berbasikal,penat yang amat. Tapi apa yang penting pengalaman ini amat berharga bagi kami berdua,keseronokkan berbasikal membuat saya teringat zaman sekolah dulu.













