Kalau kita pergi ke Kuil Murugan Batu Caves,kita akan jumpa spesis ni di sana. Begitu jugalah ketika saya di Angkor Wat ini. Suami saya merakam aksi spesis ini,pandai pulak ia bergaya bila lensa camera ditujukan pada ia.
Sebelum masuk ke dalam Angkor Wat,siap minta bantuan pelancong Jepun ambil gambar kami berdua. Kalau tidak asyik single je...Kenapa pelancong tu meninjau ke dalam tasik? Nak tahu...ianya adalah tasik buatan manusia yang dibina dengan tujuan menjaga keselamatan pada zaman tersebut. Yang ditinjau oleh pelancong dan saya sendiri ialah ikan talapia yang dipelihara kat dalam tu...itulah rahsianya.
Masa ni...Angkor Wat sedang dalam kerja pembaik-pulih,maklumlah dah lama rosak sana sini. Cantik bukan pemandangannya.
Nampak kan....ada macam tangga tepi bangunan tu,itu sebab ada sebahagian lokasi di Angkor Wat ini tidak dibenarkan masuk untuk menjaga keselamatan pelancong. Tapi kita boleh melawat persekitarannya yang indah dikelilingi oleh tasik buatan manusia.
Memang saya tidak menafikan pemandangannya yang indah,lebih menyamankan tasik buatan manusianya....bagi anda yang biasa dengan siaran astro pasti telah menonton sejarah Angkor Wat ini. Dah 2 kali siarannya ulangannya.
Ini pula Wat Thom,kuil kecil di hadapan Angkor Wat. Yang paling mengagumkan saya ialah batu-batu besar yang digunakan untuk membina seluruh bangunan di sini tanpa sebarang teknologi moden. Bila menonton siaran astro mengenai Angkor Wat ini ia membuat saya lagi terpegun dengan kegigihan rakyat Cambodia ketika zaman itu.
Ini ialah pagar atau tembok yang dibina sebagai pintu laluan utama ke Angkor Wat. Bayangkan batu-batu yang besar yang diangkat dengan tenaga manusia pada zaman tersebut.
Sempat lagi bergambar dengan kereta berplat nombor Cambodia,untuk pengetahuan anda semua. Setiap rakkyat Cambodia yang memiliki kenderaan merupakan rakyat yang mempunyai wang yang agak banyak,kerana mereka membeli kenderaan ini secara tunai walau pun kereta mercedes. Kenapa! tak percaya? Anda kena percaya.
Dari pintu masuk ni saya berbasikal agak laju juga,masa yang diambil untuk sampai ke Angkor Wat lebih kurang 15 minit berbasikal ni. Agak jauh tetapi puas hati dengan pemandangannya yang cantik dan tenang sepanjang mengayuh basikal. Angkor Wat merupakan kuil yang paling besar di sini. Selain Angkor Wat anda boleh melawat Banteay Kdei,Ta Prohm,Pre Rup,East Mebom,Neak Pean,Ta Nei,Ta Keo yang agak popular selepas Angkor Wat,Thommanom,Victory Gate juga terkenal dan patut dilawati,Bayon yang dikatakan amat menarik jika anda sempat menikmati matahari naik di Wat Bayon ini,North Gate, Phimeanakes,Terrace of the Elephants,West Gate,Baphuan dan South Gate. So bagi yang berkesempatan masa dan berhajat melancong bolehlah plan ke Angkor Wat ni..












