Hari ini dah masuk hari ke 6,suami dan saya menjelajah bermotorsikal. Sasaran kami ialah mengelilingi Sabah hingga ke Sarawak.Sewaktu gambar ini diambil jam di tangan baru menunjukkan pukul 6.40 pagi.Sememangnya Sabah cerah atau siang lebih awal.Menulis jurnal perjalanan sambil menunggu sarapan pagi.
Perjalanan kami hari ini agak santai walaupun menempuh jarak sejauh 316km. Kami bermula dari Sandakan menuju ke Kinabatangan (kampung suami artis Zizie) seterusnya ke Lahad Datu rehat seketika mengeringkan keringat.Meneruskan perjalanan ke Kunak dan berakhir di Semporna untuk hari ke 5.
Tempat penginapan di Dragon Inn dah dapat,siap mendobi sendiri beberapa pakaian kotor sebelum bersiar-siar mengambil gambar menarik.Alhamdulillah...cuaca baik sepanjang perjalanan ke sini walaupun diselang-seli dengan keadaan cuaca panas dan sejuk.

Bersiar-siar menikmati suasana petang di Semporna,sambil mencari Pakej ke Pulau Mabul...dapatkan maklumat di sini jika anda berhajat menikmati suasana indah dasar laut Pulau Mabul http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?...MabulIsland - Cached - Similar
Gambar-gambar ini diambil ketika menunggu hidangan makan malam....
Sambung kisah Pakej ke Pulau Mabul....harganya boleh lah tahan rm350/person pergi pagi balik petang.Bagi anda yang berminat kena rajin menjelajah mencari pakej-pakej yang bersesuaian dengan anda.Yang pasti kami berdua akan ke PULAU MABUL.Mesti ke sana 1..http://www.journeymalaysia.com/MI_mabul.htm - Cached - Similar - Cached - Similar
Semporna....tunggulah kedatangan kami.
Mengikut kiraan kami jarak antara Bandar Sandakan ke Semporna ialah sejauh 316km.
Nampak aje signboard macam ini,saya dah terasa dekat sangat nak sampai ke destinasi persinggahan kami.
Pose-pose menarik yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan ke Semporna.
Dah pun sampai di Bandar Semporna....mesti pembaca semua nak tahu apa yang menariknya di Semporna ini...sabar nanti saya akan upload banyak gambar menarik. Sementara itu,sila klik di sini http://www.sabahtourism.com/en/destination/district/18-semporna/ - Cached - Cached

Kami sampai di Semporna terus menuju ke pejabat pos,menyelesaikan beberapa dokumen yang perlu dipos segera ke semenanjung.Jam 1.30 petang kami sampai di sini.Lokasi seterusnya nak mencari tempat penginapan.Kalau anda sampai ke sini MESTI ke http://www.travelpod.com/.../Dragon_Inn_Resort-Semporna.html - Cached - Similar - Cached - Similar
Perjalanan seterusnya kami menuju ke Semporna.Jarak antara Lahad Datu ke Semporna mengikut kiraan meter motor kami ialah sejauh 156km.
Apa menariknya Tawau? Antara lokasi yang tersohor mengenai Tawau ialah Taman Bukit Tawau.....klik di sini http://www.sabahtourism.com/sabah.../my/.../42-taman-bukit-tawau/%20-%20Cached%20-%20Similar
50km lagi menuju ke Tawau...sayup-sayup mata memandang,kebetulan cuaca pula agak panas.Info mengenai Tawau klik di sini http://www.sabahtourism.com/en/destination/district/4-tawau/%20-%20Cached - Cached
Sekarang kami menuju ke Daerah Semporna pula..... Menariknya ...http://blogs.iium.edu.my/.../mabul-kapalai-sibuan-labuan-haji-semporna-part-4/%20-%20Cached...
Beberapa hari bermotorsikal,maka adalah pakaian kotor yang perlu dicuci. Kami terpaksa mengambil sendiri di tempat cucian kerana ingin menyegerakan pergerakan perjalanan kami.
Destinasi seterusnya ke Semporna melalui Lahad Datu. Jarak Sandakan ke Semporna ialah sejauh 316km.
Memulakan perjalanan seawal jam 9.00 pagi,keadaan jalan agak santai dan relak.
Seronok bergerak di awal pagi,kerana lebih santai menikmati suasana nyaman persekitaran.
Kenderaan yang bertentangan laluan pun tidak begitu banyak.
Suasana tenang di sungai.
Saujana mata memandang,jauhnya lagi perjalanan kami menuju lokasi.
Beberapa kawasan tanah yang gondol tanpa sebarang tanaman,dan bersedia untuk siri penanaman semula.















