Ini gambar motor yang penuh dengan debu Kalabakan,kalau zoom dekat memang putihlah bukan hitam lagi.Selamat juga sampai di sini.Hentian kami berdua bukan berakhir di sini,kami akan menuju Keningau yang terletak tidak jauh dari sini.Rehat sekejap menghilangkan debu-debu di pakaian kami sambil membasahkan tekak dengan minuman kosong.
Bertolak dari King Park Hotel,Tawau kami menuju ke petronas Kuhara lebih kurang 5km.Mengisi tangki minyak motor sepenuhnya.
Sampai juga kami di Dumpas Estate,kena isi minyak dulu.Sebab selepas ini tiada bekalan minyak.....hanya ada di Junction 41 (maklumat awal yang kami perolehi).Jam menunjukkan pukul 12.20 tengahari sewaktu sampai di pam minyak ini.Meter motor dah berputar ke angka 18 832,bermakna dah 46km jarak perjalanan kami.
