Assalamualaikum,kami di Kundasang. Lokasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Siapa yang datang Sabah,percutian kalian tidak sah jika tidak menjejakkan kaki di Kundasang.
Dream World Resort
Lokasinya di Mesilou, Kundasang. Jarak dari rumah akak ke lokasi ini ialah 83km. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Makan masa hampir 2 jam juga untuk sampai Dream World Resort . Faktor jalan raya yang sedikit mencabar pemanduan salah satu penyebab tidak boleh laju,tapi janji selamat sampai ke lokasi.
Harga Bilik / Rumah penginapan Dream World Resort
Bagi yang nak menginap di lokasi ini akak cadangkan kamu guna aplikasi Agoda,Traveloka atau Trivago. Sebagai asas tak mahu kalian terkejut,harga awal bermula dari RM2++ berdasarkan jenis penginapan yang kamu pilih. Nak selesa tak salah belanja diri sendiri.
Lokasi berdekatan Dream World Resort
Untuk menceriakan percutian kamu,boleh lah melawat Desa Cattle di lokasi berhampiran. Kalau berjalan kaki ke Desa Cattle pun sampai dari Dream World .
Selain itu, bolehlah melawat kampung Mesilou. Berkenalan dengan warga kampung. Jangan lupa bergambar situ. Sebab dari perkampungan ini,jika kena dengan cuaca yang cantik dan tiada awan kita boleh bergambar dengan latar belakang Gunung Kinabalu.
Di kampung Mesilou ini, terdapat banyak Homestay,yang boleh didiami. Tak rugi kiranya kita nak menginap di sini. Lokasi ini di kaki Gunung Kinabalu dan suhu malamnya sejuk hingga mencecah 6-7 C jika kalian datang sekitar hujung Januari hingga akhir Februari, (info dari penduduk setempat).
Bagi yang minat hayun kayu Golf bolehlah mencuba di Mount Kinabalu Golf Club.
Jalan lagi kita akan lihat ada bangunan "Pusat Latihan Dakwah Kundasang". Bangunan besar yang lengkap dengan kediaman para pelatih dan dewan makan. Masih lagi berlatar belakang Gunung Kinabalu.
Kenapa perlu menginap di Dream World
Akak sebenarnya belum pernah menginap di lokasi ini. Tetapi sudah beberapa kali kami ke sana dengan tujuan bergambar dan rehat.
Kawan kami pernah menginap di sini. Mereka 6 orang semuanya. Dari riak wajahnya jelas kelihatan,mereka puas hati menginap disini. Apa tidaknya waktu pagi diselubungi kabus,menjelang jam 10 pagi jelas terpapar depan mata Si Gunung Kinabalu. Masa ini lah sangat sesuai untuk mengambil gambar sekeluarga.
Selain itu waktu petang sekitar jam 4-5 petang juga merupakan waktu sesuai nak bergambar dengan latar Gunung Kinabalu.
Persekitaran seperti di kawasan perumahan merupakan faktor tarikan untuk pelancong menginap disini. Mereka boleh bersantai sambil berjalan-jalan sekeliling Dream World seperti berjalan sekitar rumah.
Dari Pekan Kundasang kita sudah boleh melihat bangunan Dream World yang betul-betul terletak kawasang tanah tinggi,dan berada hampir di kaki Gunung Kinabalu.
Pasti,tiada sesal menginap sini jika datang dengan yang tersayang.
Rumusan
Menginap lokasi cantik memang mahal.tapi ianya berbaloi jika lokasi itu sememangnya cantik dan merapatkan hubungan kekeluargaan kita.
Rancanglah percutian kalian untuk menikmati alam indah. Marilah melawat Sabah.
Akak bukan duta,sekadar berkongsi keindahan negara dengan rakan pembaca blog. Sekian,hingga bertemu lagi.