Assalamualaikum,
Hari ini mya nak bagitahu 8 punca kulit sensitif dan bagaimana cara untuk atasinya. Mya dah lama mengalami masalah kulit sensitif. Jika mya memakai produk yang salah, kulit muka akan merah dan gatal-gatal. Mya tak tahu produk apa yang sesuai untuk kulit mya. Sebelum ini, mya beli je produk kulit tanpa melihat kandungan bahannya dahulu. Bila kulit dah semakin teruk, lebih-lebih lagi selepas pemakaian mekap. Mya mula mencari produk yang menggunakan bahan semulajadi seperti Nurraysa. Alhamdulillah, produk ini merawat kulit mya dari dalam. Jom kita ketahui apa punca kulit sensitif terjadi.
Punca-punca kulit sensitif ialah:-
- Over CleansingMembersihkan muka terlalu lama boleh menyebabkan kulit sensitif terjadi. Lapisan minyak kulit muka paling atas berfungsi menyerap benda yang baik dan membuang sisa kotoran. Kebanyakkan produk yang dijual ialah oil based cleanser. Apabila kita menggunakan produk oil based, lapisan minyak yang melindungi muka juga akan turut hilang.<3 Berhenti memakai produk yang mempunyai kandungan air yang tinggi, mengandungi sodium lauryl sulphate dan produk yang mempunyai buih yang banyak.<3 Gantikan dengan pencuci muka yang sememangnya khas untuk kulit sensitif.
- CuacaCuaca yang panas dan udara yang kering menyebabkan kulit kita menjadi kering. Ini kerana udara kering menyerap air dan nutrisi pada kulit serta menyerap minyak yang melindungi muka.<3 Sentiasa lakukan moisturising. Pelembap yang berasaskan minyak merawat kulit dengan membentuk dan menambah perlindungan minyak pada muka.
- Produk Penjagaan KulitProduk yang mengandungi fragrance dan natural essential oil. Fragrance ialah penyebab utama kulit sensitif. Manakala natural essential oil mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan keradangan kulit muka.<3 Cari produk yang bebas fragrance dan natural essential oil.
- Over ExfoliatePenggunaan skrub pada muka untuk membuang kulit-kulit mati terlalu kerap boleh menyebabkan kulit sensitif. Bukan sahaja membuang kulit mati, malah lapisan kulit yang melindungi muka juga hilang. Lapisan ini melindungi kulit muka dari kekeringan.<3 Guna skrub atau produk pengelupasan kulit seminggu sekali sahaja.
- Cahaya UVCahaya UV boleh merosakkan kulit. Cahaya UV ini terbahagi kepada dua; UVA dan UVB. UVA menembusi kulit dengan lebih mendalam dan menyebabkan penuaan kolagen dalam kulit. Manakala UVB pula menyebabkan kulit terbakar. UVA dan UVB ini menyebabkan keradangan kulit. Keradangan kulit ini membuatkan kulit kita lagi sensitif.<3 Sentiasa pakai UV krim atau sunblock apabila keluar rumah.
- Mandi terlalu lama dan menggunakan air panas.Mandi menggunakan air panas dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan lapisan yang melindungi kulit muka.<3 Kurangkan mandi air panas dan jangan mandi terlalu lama.
- MakananMakanan yang menyebabkan keradangan seperti makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, makanan yang diproses dan makanan yang berminyak.<3 Elakkan makanan yang menyebabkan keradangan dan banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan ikan.
- AlahanAlahan pada produk skincare, makanan dan bahan-bahan yang tertentu.<3 Senaraikan bahan-bahan yang menyebabkan alahan dan sentiasa semak kandungan produk kulit anda. Jika sesuai dengan kulit, catatkan kandungan produk tersebut.
Kalau ikutkan masalah kulit sensitif mya, mya rasa ia terjadi disebabkan alahan dan cuaca. Anda pula bagaimana?
Itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.
Sumber:HonestyForYourSkin





