Brunei , Negara kecil tetapi KAYA
Jambatan Persahabatan Brunei dan Malaysia |
Assalamualaikum...dari Negara Brunei. Akak bermotor saja datang ziarah jiran kita.
Brunei
Umum sudah sedia maklum,bahawa negara ini kecil saja tetapi merupakan negara yang sangat KAYA dengan hasil petroleum. Malah dilaporkan bahawa pengeluaran atau penghasilan minyaknya melebihi dari separuh KDNK negaranya. Menurut catatan di laman sesawang Negara Brunei ini merupakan ,negara yang ketiga terbesar di Asia Tenggara bagi pengeluaran petroleum.
Papan tanda menuju ke Negara Brunei |
Memang umum sedia maklum,Negara Brunei ini mendapat hasil negaranya melalui minyak,dan gas asli. Malah Negara Brunei ini menggalakan pelaburan asing ke negaranya.Bagi simpanan asing Negara Brunei yang kaya ini,ianya diuruskan oleh Agensi Pelaburan Brunei.
Istana Nurul Iman Brunei |
Istana Nurul Iman
Istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Brunei. Ianya merupakan kediaman yang sangat besar dengan kapasiti 1,788 bilik dan 257 bilik mandi,serta dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu menampung 5000 tetamu.
Tahukah kalian,menurut catatan Istana Nurul Iman ini merupakan kediaman yang paling besar di dunia.
Maaf tak ingat nama lokasi tetapi di tepi sungai |
Brunei dibahagikan kepada 4 buah daerah saja: Belait , Tutong , Brunei Muara dan juga Temburong.
Walaupun 4 daerah saja,akak belum sepenuhnya jelajah negara yang kaya ini. Pasti kalian terpegun jika datang sini,apa tidaknya rumah-rumah kediaman yang besar dan unik reka bentuknya.
Masjid di tengah bandar Seri Bengawan |
Apa yang pasti,akak tidak puas dengan one day trip ke Brunei ini. Tapi disebabkan oleh faktor kekangan masa,penjelajahan di Brunei tamat di sini saja. Harapan akak ...nak jejak lagi kaki ke Negara kaya ini masa akan datang. Sekian ,hingga kita bertemu lagi.
14 comments
Kaya tapi tak moden... jalanraya yang menghubungkan pekan2 pun kecil dan tak berapa bagus...
ReplyDeletememang kaya pun brunei ni.. untung rakyat jelata
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTu dia brapa bilik lah agak nya Sultan Brunei beradu? Satu hari satu bilik pun mengambil masa lebih enam tahun baru mak hbs tdo dlm semua bilik huhu
ReplyDeleteIt's so true and the citizen don't have to pay tax.
ReplyDeleteSelalu baca ttg brunei.. Mmg kaya.. Byk jgk tempat2 yg cantik
ReplyDeleteKalau tengok pelajar=pelajar pertukaran ke Malaysia, memang beruntung sebab kebajikan pelajar dia semua terjaga rapi
ReplyDeletememang teringin nak ke Brunei.. Nak explore tempat-tempat menarik dekat situ.
ReplyDeleteBesarnya istana Sultan Brunei, nice info...
ReplyDeleteTak silap lah rakyat Brunei setiap org ada tanah sendiri dan memang rakyat mereka tidak perlu hidup susah.
ReplyDeleteMesti repeat kak mah.. x cukup 1 hari tu....
ReplyDeletekena repeat kak....brunei sangat seronok...
ReplyDeletewalaupun ramai cakap bosan tapi bagi saya...saya sangat suka Brunei...
tenang dan selamat :)
Indyallah ada rezeki nak pergi ke sini..
ReplyDeletemacam best je.. insyallah 1 day akan datang brunei
ReplyDelete