Stesen keretapi Red Fort

by - 20:24


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Selamat tahun baru. Untuk pertama kali tahun 2018 ini akak kongsi gambar kejadian. Mesti tengok gambar baru seronok nak baca cerita akak seterusnya.






Subuh 

Sangat mencabar ketika ini. Maklumlah pepagi buta dah dengar teriak hon keretapi yang kuat. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 lebih. Pagi.

Bukan setakat keretapi yang teriak hon. Yang melintasi landasan itu paling kuat suara teriak. Tahu pula takut kena langgar keretapi. 

Lokasi 

Kejadian ini berlaku di stesen keretapi Red Fort. Stesen ini merupakan stesen keretapi yang menghubungkan Agra dengan Jaipur. Jadinya sesiapa nak ke Jaipur kena naik di sini. Akak nak beritahu kalau nak ke Jaipur keretapi terawal jam 5 pagi. Jadi penumpang kena datang awal sejam dari waktu operasi. Kebetulan pula keretapi yang kami nak naik ini lewat 1 jam dari jadual asal. 


Jejantas 

Untuk pengetahuan kalian, sebenarnya ada jejantas untuk penumpang menyeberang antara satu terminal/pintu berlepas. Pihak berkenaan sudah menyediakan kemudahan jejantas bagi kemudahan pergerakan penumpang antara setiap terminal. 


Sikap 

Sikap tidak mahu susahkan diri, maksud akak mereka tidak mahu menggunakan jejantas yang tersedia untuk ke terminal di depan mereka. Tindakan mereka ini bukan saja merbahaya pada diri sendiri tetapi juga akan menyukarkan pihak berkenaan jika berlaku kecelakaan di kawasan ini. 

Tip travel

Akak kongsi tip travel,ketika berlaku di sini Red Fort Stesen. Pastikan kalian menjaga beg kalian,dan jangan sesekali tinggalkan beg tanpa pengawasan. Bawa air mineral yang secukupnya untuk minuman sepanjang perjalanan atas keretapi. Pastikan juga tiket keretapi tersimpan rapi dalam poket kalian. Jangan lupa sanitizer sepanjang pergerakan kalian di India,banyak kegunaannya. Oooo...bekalan seperti kekacang,minuman manis pun diperlukan kerana dikhuatiri kita lapar bila melihat penumpang lain membeli makanan didalam keretapi. Kalau kalian nak membeli makanan dari penjaja atas keretapi boleh saja,dipersilakan.


Sekian saja perkongsian pendek akak bagi edisi terjah India kali ke 2. Akak jelajah India kali pertama tahun 2014 dan ini merupakan video terkini 2017 yang baru sangat akak selesai. Inshaallah akak akan kongsi lagi.


You May Also Like

24 comments

  1. Tak pernah lagi bermusafir di India. Macam tak berani nak pergi sebab macam ada persepsi -ve. Nak minum air pun tak bole sebarangan sebab dikhuatiri sakit perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya... Akak dulu begitu, jom kopi2 kita cerita detail.

      Delete
  2. Pengalaman best tu. Rasa teringin juga nak mengembara ke luar negara. Moga tercapai nanti...

    ReplyDelete
  3. Alaa tak boleh pulak bukak video tu. This year mmg planning nak ke India pulak, Jaipur mmg dlm list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf video malu nak beraksi,dah ganti dengan sekeping gambar kejadian.

      Delete
  4. Menariknya dapat pergi India. Bagi kiteorang yang tak dapat nak pergi ke luar negara, tengok video pun dah rasa nikmat tau

    ReplyDelete
  5. wahhh i saw video that people even sitting on top of the train while it is moving! so dangerous!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelbagai aksi gelagat masyarakat India dengan pengangkutan awam ini.

      Delete
  6. Alaaa... Video tu tak boleh bukak lah. Diorang lebik suka menyeberang landasan dari naik jejantas ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf video segan nak beraksi,sudah diganti dengan gambar. Iya menyeberang bawah lebih cepat.

      Delete
  7. tip travel especially menjaga barang sendiri memang perlu and kena berhati-hati kalau ada orang jahat masukkan sesuatu yang pelik dalam bag kita tanpa disedari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senantiasa berwaspada dan menjaga harta peribadi.

      Delete
  8. Bagus share tips ni. Mana tahu ada rezeki pergi boleh rujuk

    ReplyDelete
  9. menarik juga kan....bila ada pengalaman macam ni...klu ada rezeki ke sini, pasti entri ini akan dirujuk terlebih dahulu

    ReplyDelete
  10. Menariknya pegi india. Dapat lihat cara kehidupan mereka mesti byk membuka mata.

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat bermusafir ke India. pengalaman menarik ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. seronok bila tengok kembara kawan-kawan. Moga ada rezeki Sal satu hari nanti...

    ReplyDelete
  13. seronok yer kembara ke negara orang . Jauh perjalanan luas permandangan

    ReplyDelete
  14. Negara yang nak travel dalam wishlist ialah India. Menarik nak belajat adat dan budaya kat sana.

    ReplyDelete
  15. It must have been quite an experience to visit. Will be needing to travel more on my end too.

    ReplyDelete
  16. Wow, really dangerous their attitude. Train speed is x100 times faster than human being reaction. safety is first priority.

    ReplyDelete
  17. Nanti boleh pergi India tapi macam risau pula. Kena hati-hati dan jaga barangan kalau macam ni. Sikap dorang yang suka membahayakan nyawa macam ni buat kita risau.

    ReplyDelete