![]() |
| Ayam hidup |
Assalamualaikum semua. Salam membeli-belah dari Tamu Tuaran. Baiklah sebelum kalian tertanya-tanya. Akak nak beritahu pembaca sekalian setiap lokasi di pekan-pekan atau bandar utama di Sabah ini ada Tamu. Kalau di Semenanjung kita bagi nama Pasar Pagi atau Pasar minggu.
Kali ini akak belanja kalian dengan pelbagai gambar menarik yang sempat akak ambil semasa hujung minggu lepas sekitar Tamu Tuaran. Lebih kurang 20km rumah sewa akak ke Tamu Tuaran. Kami naik motorsikal saja. Awal kami turun dari rumah sekitar pukul 7.30 sudah kami sampai di Tamu Tuaran.
Ayam hidup antara produk kampung yang menjadi jualan di tamu.
![]() |
| Bambangan dan sayur-sayuran |
Aneka buah-buahan dan sayuran boleh dibeli sini. Bak kata mereka...sayur kampung jaa.
![]() |
| Katak taiwan |
Ini pula produk eksotik makanan suku kaum sini. Katak Taiwan nama diberi. Ada yang siap dipotong,kiranya balik rumah terus bikin gorengan kicap atau sup. Nyummyy....
![]() |
| Tuhau |
Tuhau. Siapa yang datang Sabah boleh merasa sambal tuhau,serunding tuhau. Sedap. Akak suka ini. Jangan kamu pelik kerana orang Sabah sendiri ada yang tidak makan tuhau. Tuhau ini ada sedikit bau yang kurang enak jika tidak pandai / tidak kena cara memasaknya.
![]() |
| Buah dabai |
![]() |
| Buah bambangan |
Buah bambangan antara buah unik yang terdapat di Sabah. Boleh kalian baca di blog akak juga. KLIK SINI. Bagi yang sudah membaca resepi bambangan ,boleh segera terbang ke Sabah sekarang sebab Bambangan sedang berlambak di Tamu.
![]() |
| Durian dalit |
![]() |
| Durian dalit |
Inilah antara uniknya Tamu seluruh Sabah,sebab kita boleh menikmati hasil alam semula jadi dengan harga murah di Tamu. Nak makan apa saja terlintas di fikiran,carilah di Tamu pasti dapat apa yang diidamkan.
Durian dalit kali ini,akak jumpa yang berwarna kuning. Yang pernah akak makan sebelum ini yang berwarna merah.
Apa rasanya? Rasa durian juga,ianya tidak manis dan kurang berlemak. Durian ini hanya ada di Tanah Borneo khususnya Sabah. Durian ini antara durian yang diminati kerana ianya sukar didapati.
Harganya sekitar rm10-15/kg.
Saiznya ...jangan terperanjat hanya sepenumbuk kamu saja. Okay...genggam penumbuk. Itulah saiz durian dalit dan walau pun kecil,ianya tetap ada isi. Contoh lihat gambar diatas.
Yang ini jangan sesiapa tanya akak. Sebab akak tak sempat nak bertanya pada makcik yang menjual kerana dia sibuk dengan panggilan menjawab panggilan telepon. Akak tanya kawan sabah pun mereka tidak boleh menjawab.
Kesimpulan
Datanglah melawat Sabah ketika musim buah,pasti perut kalian penuh dengan aneka buah-buahan yang sedap. Apa yang penting ianya masih murah kerana harganya masih mampu kita membelinya.
Selamat menikmati ....lampiran bergambar diatas.


































