Ride honda
Ingat bila travel jangan lupa ambil gambar papan tanda,maklumlah kadang-kala kita lupa nama lokasi jelajah kita dengan adanya papan tanda sebegini...insyaallah akan membantu memori kita.Kalau di entry yang lepas Abe Mat bergambar sambil menunggu seseorang,kali ini kita semua lihat siapa yang ditunggunya.
Wow!awek Vietnamlah...kami memang menahan gadis/wanita ini. Kalau tak buat begini mereka akan lari bila nampak warga asing. Seolah-olah kami ini boleh makan orang je....Siap tulis jalan di telapak tangan Abe Mat lagi tu..Gunakan saja persekitaran anda agar komunikasi berjalan lancar.
Terima kasih pada gadis/wanita yang kami tahan tadi ianya banyak membantu perjalanan kami menuju ke Sapa.
Memang ini pendalaman Vietnam,itulah sebabnya agak sukar nak berkomunikasi.Tetapi ianya lokasi selamat untuk dikunjungi. Tinggal lagi semangat kita perlu kuat dan hati mahu berani untuk jelajah sebegini.
Pelbagai kondisi jalan yang kami tempuhi...
Tak ketinggalan juga menikmati pemandangan indah.
Inilah antara pemandangan yang saya paling suka. Kalau dulu ketika kami berdua ke Bandung tak sempat nak snap gambar ini. Kali ini memang puas hati.
Apa macam....?Di Malaysia tak ada begini.
Alhamdulillah,akhirnya sampai juga ke papan tanda SAPA.....Yahoooo! dah nak sampai...
7 comments
tertarik dengan sawah bendang di sana
ReplyDeletewah akak n suami mmg kental mengembara... kenapa naik moto kecikje?
ReplyDeletekak, klo saya nak beli superbike, boleh ke dapat yangmurah2? hehhee
Shah...nak murah motor tunggu kami jadi tokey kedai dulu...
ReplyDeletewah, comelnya sawah
ReplyDeletetapi macam susah je ikan sawah nak daki bukit tu
hehe
Best juga tempat ni.. macam dekat kampung isteri aku, banyak sawah..
ReplyDeletecantiknya sawah!
ReplyDeletesalam kak mah!
ReplyDeletekali ni baru berkesempatan menyinggah ke sini...wah best gile explore guna motor...sy blum baca dari awal tapi lesen kita lepas ke bawak motor kat cni?