Perjalanan seterusnya ialah menuju ke Kuching....Ingin segera berada di Kuching,menguruskan kepulangan ke Semenanjung.Perjalanan diiringi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu,panas dan hujan renyai-renyai sepanjang jalanYes....akhirnya sampai juga kami di Kuching,menginap di mana??? ...
Perkenalkan ini Presiden Bikers Sibu,juga merangkap pemilik Restauran Rafie Cafe. Kami hanya sempat berbual seketika saja,kerana ingin segera ke Kuching bagi menamatkan ride Trans-Borneo kami ini. Terima kasih kepada semua bikers Sibu... Perkenalkan ini Presiden Bikers Sibu,juga merangkap pemilik Restauran Rafie Cafe. Kami hanya sempat berbual seketika saja,kerana ingin segera ke Kuching bagi menamatkan ride Trans-Borneo kami ini. Terima kasih kepada semua bikers Sibu... ...
Inilah Wisma Sanyan,lokasinya bersebelahan dengan RH Hotel (Rimbunan Hijau Hotel). Berhadapan dengan Tebingan Rejang,amat sesuai sebagai lokasi pelancongan utama di Sibu. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian Wisma Sanyan ini merupakan bangunan yang tertinggi di Sibu dan juga Sarawak. Wisma Sanyan ini setinggi 28 tingkat,sememangnya ini lah kebanggaan orang Sibu. ...
Abang Mat bergambar di depan hentian ekspress laluan air atau pengangkutan air Sibu....Kalau ada yang mahu ke Kapit melalui jalan air disinilah lokasi utama.Hentian pengangkutan darat juga amat popular di Sibu....Selalunya setiap pengguna akan memilih untuk menggunakan hentian pengangkutan darat dan air mengikut lokasi yang hendak dituju. Gambar lokasi pengangkutan darat dan air yang boleh anda gunakan di Sibu,pilih saja yang mana suka. ...
Inilah mee kampua Sibu yang terkenal itu,tidak sah kehadiran anda di Sibu jika tidak merasa mee kampua. Mee kampua ini terkenal dikalangan masyarakat Foo Chow di Bandar Sibu. Cara dan bahan hidangan mee kampua ini berbeza dengan cara penyediaan Kolok Mee. Kolok mee juga merupakan hidangan enak di Sarawak. Pastikan anda mencubanya. ...
Trans-Borneo Day 14 Sibu with Jasmin
01:23 / BY najiahs
Hari ke 14 kami di Bandar Sibu, bersarapan dengan Morodhi serta anaknya Jasmin.Hanya kami bertiga saja bersarapan,isteri Morodhi tidak dapat turut serta kerana bekerja. Jom sarapan dulu sebelum kita ronda sekeliling Bandar Sibu. ...
Trans-Borneo Day 13 Tebingan Sibu
02:42 / BY najiahs
Bergambar kenangan di Tebingan Sibu atau lebih dikenali sebagai Tebingan Rejang. Terkenal sebagai satu lokasi rekreasi riadah bagi masyarakat setempat. Di hadapannya adalah lokasi pembinaan kapal oleh masyarakat Sibu. ...
i Inilah gambar pemandang kawasan di Tebingan Rejang dikala menanti waktu senja menjelma. Tebingan Rejang memang sangat indah ,merupakan kawasan santai bagi masyarakat setempat. Ingat lagi mengenai industri pembinaan kapal di Sibu?...Hebatnya orang Sibu.....hebatnya rakyat Malaysia. Penduduk bahagian Sibu anggaran seramai 276,233 orang. Lokasinya di tengah Sarawak,antara pertemuan Sungai Rejang dan Igan. Jaraknya hanya sejauh 130km dari Laut China Selatan.,bersempadan pula dengan Sarikei, Mukah, Bintulu dan Kapit. Walaupun Sibu terletak di tengah Sarawak,ianya terbahagi kepada 3 daerah...
Kenapa banyak kapal ?....SIBU terkenal dengan INDUSTRI PEMBUATAN KAPAL? Betul ke??Mulanya tertanya-tanya juga kenapa ada kapal di sini? Tahukah anda Sibu terkenal dengan pembinaan kapal. Kapal buatan Sibu berada di perairan 10 buah negara.....antaranya di Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam, Papua New Guinea, China dan Filipina.Nama asal Sibu...?? Siapa tahu....tak mengapa biar saya beritahu,nama asalnya dari sejenis rambutan 'SIBAU' dalam bahasa Iban. Cukuplah sejarah Sibu jom kita lihat gambar Wisma Sanyan...yang terletak di Tebingan Rejang.....inilah antara...
Trans-Borneo Day 13 Sibu with Morodhi
13:18 / BY najiahs
Perkenalkan ini biker Sibu,namanya Morodhi...tour guide rasmi kami di Sibu. Berasal dari Semenanjung,isterinya berkhidmat di Sibu,seorang doktor. Nampak tak apa di depan tu? Kami nak ke situ,nak amik gambar. Ini lah mercu tanda Sibu.Setiap pelancong yang datang ke Sibu mesti bergambar di gerbang ini. Baru lengkap perjalanan mereka. Ada lagi gambar....tengok bawah ni..Lokasi sama hanya berlainan versi tulisannya....1 Malaysia.Ini pula gambar pemandangan di sebelah kanan gerbang...apa ni?? Kita minta orang Sibu jawab...! Ada berani...! ...