Terima kasih kepada bikers Meulaboh terutamanya tuan punya bengkel motor ini kerana sanggup mencuci ER6 kami yang berlumpur. Agak sukar hendak mencuci ER6 ini maklumlah berat tanpa muatan dah mencecah 200kg,kalau dengan muatan....kenalah bantuan 2 atau 3 orang menolak ER6 ini untuk cucian segera.Segan pula bila orang lain mencuci kenderaan kita,lalu tuan punya motor pun ambil-alih mencucinya. Sekadar untuk melunturkan sebahagian lumpur yang tersisa di body ER6.Tak lupa kami mengedarkan sticker WTR, kalau di Malaysia...
Kalau tadi berhenti minum air kosong yang kami bawa sepanjang perjalanan. Kali ini terpaksa mengisi keperluan asas....perut sudah berbunyi tandanya kenalah makan. Apalah menu yang ada di sini??Sementara nak makan sempat juga posing dengan tuan punya kedai .Inilah menu bikers....telan saja sebagai pengalas perut janji HALAL.Sempat juga Abang Mat kerling ke kedai pangkas rambut,tapi tak jadi nak pangkas rambutnya. Kami mengejar masa kalau boleh kami nak sampai sebelum matahari terbenam. Terus bersiap dan bertolak meneruskan...
Dodol versi Indonesia,sama bukan dengan dodol kita. Rasanya tak pasti sebab saya tidak membelinya ketika ini.Maklumlah perjalanan masih jauh,perut pun masih kenyang lagi. Inilah antara makanan masyarakat tempatan di sini. Sama seperti rakyat Malaysia. Kerepek sukun mesti sedap...makan buah sukun goreng celup tepung pun dah sedap ini pula kerepeknya. Pasti pembaca tertanya-tanya kenapa kami berhenti di sini. Kami berhenti bukan untuk makan tapi kami nak ke Blangpidie.....masalahnya???? Tunggu entry akan datang. ...