Pembuka cerita pengalaman untuk tahun 2012 beberapa hari lagi...saya akan menceritakan pengalaman ride kami berdua di Vietnam. Jalan yang kami lalui lebih kurang seperti gambar peta yang di atas.Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang amat mengujakan kami berdua. Apa tidaknya,kalau ride yang kami selalu buat ialah menggunakan ER6,kali ini kami uji pula kegagahan sang HONDA pula.Harap pembaca bersabar menanti terbitan Sapa Loop ini,kerana sekarang saya amat sibuk memilih gambar buat paparan JELAJAH VIETNAM UTARA.Insyaallah kita,saling berkongsi pengalaman antara satu sama lain.Sabar dan sabar menunggu edisi Vietnam awal tahun baru 2012.
Episod jelajah saya dan suami,merangkumi Pulau Sumatera,Pulau Jawa dan Borneo (Kalimantan).Perjalanan bermula dari 2 Disember 2010 hingga 27 Disember 2010.Bermula dari Medan melintasi Kuala Simpang, Lhokseumawe, Sigli,Seulawan hingga ke Bandar Aceh.Sejauh 595km jaraknya.Ride seharian dari pagi hingga malam...itulah Indonesia.
Di Aceh kami ambil kesempatan meneroka episod sedih kejadian Tsunami yang meragut begitu ramai korban.
Dari Bandar Aceh kami menuju ke Tapak Tuan,sebelum sampai di sana kami perlu melintasi Calang, Meulaboh, Blangpidie dan berakhir di Tapak Tuan sejauh 456km pun memakan masa selama seharian juga.
Sempat juga cuci ER6 di Meulaboh.Setelah semalaman di Tapak Tuan kami seterusnya menuju ke Sibolga seterusnya Subussalam sejauh 152km.Perjalanan diteruskan hingga ke Dolok Sanggul sejauh 146km dan episod hitam melalui Tarutong kami jatuh 2 kali di Aek Latong sebelum sampai di Padang Sidempuan.Walaupun jaraknya sejauh 355km saja tapi ride kami berakhir malam di Padang Sidempuan. Terima kasih tidak terhingga kepada Pak Hadi Ewanto yang membantu kami dengan menghantar anak motor Padang Sidempuan ketika kami memerlukan bantuan di Padang Sidempuan.
Jarak antara Padang Sidempuan dan Bukit Tinggi sekitar 204km.Menariknya disini ialah kami melawat Muzium Imam Bonggol dan Garisan Khastulitiwa.Terdapat beberapa nama kampung di perjalanan ini yang menarik perhatian saya antaranya Hulu Julu,Hulu Mas dan Hulu Paung.
Bukit Tinggi kota wisata seterusnya kami menuju ke Padang dan bermalam di Kerinci.Kerinci amat terkenal dengan hasil ekonominya iaitu pengeluaran kulit kayu manis.Perjalanan dari Kerinci ke Sarolangon sejauh 248km ditemani oleh biker Kerinci hingga ke Muara Imat.Perjalanan diteruskan ke Lubuk Lingau sejauh 232km melalui Muara Enim dan Batu Raja.Lalu kami bermalam di Baru Raja setelah penat membonceng sejuh 667km dari SAROLANGON ke BATU RAJA.Menuju pula ke Lampung sejauh 268km keesokkannya dengan menempuhi Martapura,Barabatu,Bukit Kemuning,Kota Bumi dan Pesawaran.Akhirnya kami berjaya menyeberangi ke Pulau Jawa dengan feri di Bakauheni.Kami berada beberapa hari di Jakarta dan menerima layanan mesra dari biker tempatan,seterusnya belayar ke Kalimantan iaitu Pontianak untuk pulang ke Tanahair melalui Kuching, Sarawak.Maka tamatlah jelajah TRANS-INDONESIA kami berdua.