Assalamualaikum....salam kembara dari kami di Wonosobo. Kami masih di jawa Tengah. Masih belum selesai meneroka lokasi wisata di sini. Awal jam 7 pagi sudah sampai di Candi Arjuna ini. Kalau pembaca ingin membaca sejarah candi Arjuna ini bolehlah melayari INI. Lokasi candi ini dengan penginapan kami amat dekat,tak sampai 5 minit menaiki motorsikal. Jangan lupa....kami jelajah Jawa Tengah ini dengan motorsikal sewa.Boleh la lihat album kami di halaman facebook Ceritaku untuk mu.
Berbalik pada cerita di Candi Arjuna. Tempatnya memang bersih,lokasi wisata ini memang dijaga rapi. Sungguh beruntung melihat pemandangan indah dari sekitar candi ini. Percayalah...seawal pagi ini dengan liputan kabus di kawasan candi ini kesejukkan memang menusuk hingga ke tulang. Nak basuh muka pun kami guna air mineral...itu pun dah menggigil...bayangkan kalau mandi. Sangat puas hati kerana di lokasi ini dapat lihat sejarah agama dulu-kala,dapat lihat seni kreativiti masyarakat dulu dalam senibina. Sungguh hebat mereka. Jangan lupa untuk lihat gambar menarik di halaman Ceritaku,anda pasti puas hati,kerana halaman facebook itu ada gambar yang lebih menarik.
Assalamualaikum ....jelajah budaya serantau kami sudah pun sampai di Dieng. Dieng ini terletak di Kabupaten Wonosobo,paling senang nak faham ialah lokasinya di Jawa Tengah. Nampak seperti berkabus gambar di atas...betul ianya kabus. Itu lah Dieng lokasi jelajah kami. Ianya tersohor dengan suasana sejuk. Kalau di Malaysia ,boleh kita samakan dengan Genting Highland. Uniknya Dieng ini terletak di banjaran antara Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing. Suhunya pula di waktu siang antara 10°-20°C,malamnya pula sekitar 10°C. Sejuk...tak perlu penghawa dingin.Jangan terkejut jika anda ke Dieng ini kerana ianya dikelilingi dengan kawah gunung berapi yang masih aktif. Tetapi bila sudah sampai ke Dieng,jangan lepaskan peluang untuk bermalam di sini.
Lokasi seterusnya kami ke Telaga warna. Inilah kekayaan penorama alam semulajadi milik Dieng yang amat berharga. Pemandangan alam semulajadinya yang sangat memukau mata,sekali pandang permukaan airnya berwarna kuning dan hijau seperti pelangi. Jangan terpedaya...tidak boleh mandi di sini kerana kandungan sulfurnya yang amat tinggi. Di sebelah Telaga Warna ialah Telaga Pengilon ,malangnya kami tidak sempat mengambil gambar kerana hujan sudah membasahi bumi ketika kami di Telaga Warna.Saya tinggalkan pembaca dengan gambar-gambar di atas,insyaallah gambar yang lain saya siarkan dalam halaman CERITAKU,boleh lah lihat di sana.
Assalamualaikum. Salam jelajah budaya dari kami di Pulau Jawa. Akhirnya Borobudur kami jejak hingga puncak. Awal pagi lagi kami sudah check out dari hotel di Jalan Malioboro menuju ke Jawa Tengahari ini. Untuk pengetahuan anda Borobudur terletak di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah. Jaraknya dari bandar Jogjakarta@Yogyakarta ke lokasi ini lebih kurang 100 km. Untung bertolak awal pagi tak berebut nak naik puncak Borobudur. Lebih menyenangkan pergerakan kami bermotorsikal dibantu oleh penunggang motorsikal juga. Kenapa berlaku? Masalah papan tanda ke Candi Borobudur hanya wujudnya dipertengahan jalan saja, bila dah menghampiri lokasi Candi Borobudur papan tanda sudah tidak kelihatan. Alhamdulillah, bantuan penunggang motorsikal itu amat dihargai.
Bayaran masuk ke Candi Borobudur 240 ribu rupiah. Agak mahal tapi berbaloi melawat lokasi sejarah dunia yang terbina sejak 700-850 masihi. Dari atas puncak Candi Borobudur kita boleh melihat pemandangan cantik sekitar candi. Alhamdulillah selesai jejak kaki di candi, bagi yang berminat nak lihat gambar lain boleh lah layari halaman fb Ceritaku untuk mu...selamat tinggal kami nak ke lokasi seterusnya.
Assalamualaikum. ..Salam kembara dari bumi Pulau Jawa. Lokasi terjah kami ialah Pantai Parangtritis. Dari bandar iaitu Jalan Malioboro ke pantai ini jaraknya lebih kurang 30km.Perjalanan terasa macam jauh disebabkan oleh kenderaan yang mulai bergerak pulang ke kediaman. Kami sengaja ke pantai lewat petang...kebetulan pula cuaca panas ketika kami di sana.Jadi untuk mengelak keadaan cuaca panas kami bertolak ke lokasi selepas asar. Rupanya suasana petang menjelang senja ini, dinikmati dengan pemandangan suasana matahari tenggelam yang amat cantik. Tidak sia-sia kami datang lewat petang di sini sambil menaiki kereta kuda dengan bayaran 20 ribu rupiah dan melihat matahari terbenam yang sungguh cantik.Kalau anda nak datang awal mandi-manda di sini boleh juga...tapi untuk pengetahuan anda jangan terkejut pula bila selesai mandi tubuh disaluti dengan pasir pantai yang hitam. Uniknya pasir pantai sini memang hitam. Itulah istimewanya Pantai Parangtritis. Jangan lupa singgah di sini bila berkunjung ke Jogjakarta.
Alhamdulillah, akhirnya dapat merasa satay kerang Malioboro, Jogjakarta. Tak perlu kuah kacang dan nasi impit boleh terus dimakan begitu saja. Isi atau kerangnya sudah pun bersalut dengan sambal. Rasanya tidak pedas tapi sedikit manis, rasanya boleh dimasak di rumah dan cucuk pada lidi satay. Saya tinggal pembaca sekalian dengan hidangan satay kerang ini....Assalamualaikum dan Salam jelajah budaya serantau alam.