Assalamualaikum,Seperti yang dijanjikan, Mya ingin bercerita tentang AEON Maluri Family Day 2018. Setiap tahun pasti ada aktiviti yang merapatkan hubungan silaturrahim antara semua pekerja walaupun berbeza jabatan. Family Day ini telah diadakan pada 29hb dan 30hb Oktober yang lalu di Sungai Lopo, Hulu Langat. Disebabkan bilangan pekerja yang ramai, setiap jabatan dibahagikan mengikut tarikh yang telah ditentukan.Terdapat 6 pasukan bagi mewakili setiap jabatan. Kami mempunyai 6 jabatan iaitu pentadbiran, makanan, pakaian, peralatan, khidmat pelanggan dan...
Assalamualaikum,Rezeki yang paling tidak disangka. Memang tak sangka pun. Ingatkan tak dapat lepas temuduga tahun lepas. Memang dah redha tak dapat kerja kerajaan. Tapi alhamdulillah, lepas Mya kerja cukup setahun dekat retail company. Syukur sangat-sangat. Hari yang paling bersejarah la. Sebelum Mya tengok sms ataupun web SPP tentang keputusan temuduga ni. Mya ada berborak dengan rakan sekerja tentang kerja kerajaan. Cerita tentang Mya ada pergi temuduga setahun lepas. Mya mengaku dalam bilik temuduga tu, Mya tak...
Assalamualaikum,Seronok pula Mya tengok ibu-ibu mencuba pelbagai idea kreatif untuk menarik anak-anak supaya makan. Bukan senang nak suruh anak-anak makan makanan berkhasiat terutamanya sayur-sayuran. Mya pun bukanlah penggemar sayur hijau. Tapi bila melihat bento/lunch box yang mempunyai karakter kesukaan kita. Siapa yang tak suka?Jom kita sertai contest ini untuk menarik lagi minat kanak-kanak dengan dunia makanan.âš¡Contest pantasâš¡View dan komen video BENTO NASI DENGAN KAREKTOR BERUANG RILAKKUMA, dan berpeluang memenangi lunchbox berkualiti import, Boximeal anda sendiri...
Assalamualaikum,Hari ini Mya baru ada mood nak menaip entri dan blogwalking rakan blogger yang lain. Semasa sibuk scroll blog orang lain, nampak satu giveaway post "Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz". Dah alang-alang terbaca, apa salahnya kita join sekali. Dapat kita meriahkan lagi persaingan secara sihat ini.Lagipun, Mya suka buat koleksi notebook, jurnal dan diari. Apa salahnya kalau dapat tambah koleksi baru lagi. Comel pula tu.Jom kita meriahkan lagi. Hanya klik banner di atas. Selamat bertanding. :)...