Jangan marah,walaupun hujan saya sempat bergambar di pantai Kelulut,Trengganu. Nak tengok air laut,menurut makcik penjual satar ketika ini ombak masih belum cukup tinggi lagi. Inilah suasana pemandangan pantai Kelulut,Trengganu. Walaupun hujan renyai-renyai tapi ombak tetap merbahaya kepada nelayan.Ketika ini saya dalam perjalanan ke Dungun niat bertemu seorang kawan,kalau ada rezekilah. Malangnya, kami tidak dapat bertemu. Tetapi.....ini yang berlaku.. Sampai di persimpangan lampu isyarat,saya lihat 3 buah kereta peronda polis...suspen sikit. Laa...berlaku rompakan!Sibuk anggota keselamatan kita...
Sebelum saya memulakan cerita baru, saya mulakan dengan cerita dalam negara kita. Cuaca terkini negara kita,musim tengkujuh. Lihatlah gambar ini,gambar ini diambil ketika saya dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur melalui negeri Trengganu. Pastinya rakyat Trengganu tahu dimana lokasi ini. Kejadian berlaku pada tarikh 19 hb.November 2009. Ini pula situasi ketika kami sampai di depan Universiti Malaysia Trengganu. Laluan tergendala tapi masih boleh dilalui. Jika anda lihat sebelah kanan jalan sudah ditutup kerana...
Ini gambar yang sempat saya ambil di Airport Bandung sebelum bertolak pulang,masa sampai tempoh hari malam tak nampak apa-apa.So time balik ni,terang-benderang bolehlah bergambar sakan. Kiosk di luar kaunter sebelum masuk ke ruang dalam,memang kecil aje. Nak beli kek pun tak tergamak,sebab tak banyak pilihannya.Saya pusing or round keliling kiosk cuci mata dan duduk tunggu kat depan tu,orang tak bagi masuk dalam lagi. Ini pak jaga tapi bukan yang jadi jaga airport. Pak jaga ni...
Sapa kata bila puasa aje semua aktiviti terhalang! Tengok ni,siap boleh main belon lagi....memang lah tak malu minta dengan penjual tu nak try. Dah lah tu semua pemandu pandang...hah! peduli dengan dia orang nak pandang janji hatiku gumbira. Yang best tu time keta besar lalu mercedes lagi lah buat kasi belon tu banyak-banyak sampai kena keta tu. Tuan keta tak marah pun,agaknya dia kata kasihan dia ni tak pernah main belon agaknya masa kecik-kecik! Ini...
Lihatlah ini sebahagian beberapa gambar yang diambil secara dekat di gunung berapi mendap atau tidak aktif. Lihat airnya,jangan cuba-cuba minum kalau nak minum juga silakan! Risiko sendiri tanggung yek!Ini pula saya fokuskan pada hujung gambar,perhatikan umpama debu putih yang menaburi setiap kawasan ini. Elok kita jangan terlalu lama di sini,buatnya nasib tak baik gunung berapi ini aktif atau hidup semula tak sempat lari ,tak cukup kaki nak pecut nanti. ...
Jangan marah gambar sebelum ini lastnya,anda semua dapat tengok kaki saya. Nak buat macam mana,tak plan nak amik gambar sebab masa tu kami sibuk cari air suami saya nak cuci tangan. Suami saya dengan sengajanya menyentuh air tasik tu,lepas tu apa lagi mulalah rasa tak selesa tangan,time tu jugak lah sang isteri minta nak...
Mulanya suamiKu nak amik gambar entah macam mana jadi terekod pulak,walaupun tak berapa menjadi tapi akan disiarkan juga. Iyalah untuk berkongsi pengalaman! ...
Kawah Putih
12:58 / BY najiahs
Inilah gambar yang sempat saya ambil sebelum turun ke tasik Kawah Putih,masih sempat senyum sebab posing. Tapi hidung tu, dah mula menyengat bau gas yang tengit. Oh! ya jika ada perhatikan gambar di belakang saya terdapat ruang kosong sebelah kiri gambar. Di situlah duduk seorang anak kecil lelaki berbekalkan sebuah gitar yang agak usang,menyanyi pelbagai lagu popular sambil meminta belas ihsan kita supaya bersedekah. Kalau anda pembaca yang budiman mahu tahu suara kanak-kanak lelaki itu...
Alamak! pakwe mana ni.....inilah pintu gua yang mengeluarkan bau gas yang tengit.....serta memeningkan kepala kita. Di hadapan pintu ini ada terdapat papan peringatan atau amaran mengenai aktiviti di pintu gua,antara lain berbunyi dilarang menyalakan api di hadapan pintu gua ini walaupun putung rokok ditegah sama sekali. Para perokok hentikan tabiat menyedut anda buat seketika. Ditegah berdiri terlalu lama dihadapan pintu gua ini. ...
Jangan tak caya,pilih sendiri buah strawberry tu. Tak puas hati orang pilih,siap pilih yang besar lagi. Memang sedap fresh dari pokoknya. Pencuci mulut hari tu ialah strawberry waktu berbuka lah ingat time pergi sana bulan ramadhan tau!....Rasanya pasti rasa strawberry dah lah besar,manis pendek kata puas hati lah harganya memang berbaloi murah dik oii!Sorry lah gangguan nak tunjuk juga pilih buah strawberry ni....nanti kita tengok pulak gambar pintu gua yang keluarkan bau gas yang tengit...
Tengok ni! pemandangan ini saya ambil sebelum turun mendekati tasik yang terbentuk akibat muntahan gunung berapi mendap ini. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian,dari atas lagi saya telah menghidu bau tengit gas. Dari sini kelihatan memutih pemandangan tasik ini. Hanya pohon-pohon diatas saja dapat hidup agak subur.Ini pula pemandangan dari jarak dekat,lihat tu papan tanda peringatan. Sesiapa yang datang harap membaca papan peringatan tersebut. Peristiwa menarik ketika ini ialah saya dapat menyaksikan sesi penggambaran artis indonesia...
Tengoklah ni...besar dik buahnya,kalau sekilo RP25,000 atau RM8.00 aje. Malaysia mana nak dapat dengan harga ni,kalau tak silap lah sekilo strawberry Cameron Highland RM16-18/kilo tu. Hah! jauh bezanya kan. Time ni kami dalam perjalanan ke Kawah Putih.Siap boleh pilih lagi...yang pakai baju putih tu supir PANTHER yang kami sewa,yang tengah dok mengisi buah ialah tokey kebun strawberry. Kami mulanya menyangka dia orang tak jual pada orang lalu-lalang macam kami ni. Rupanya mereka sapu semua, janji...
Kawah putih merupakan gunung berapi yang tidak aktif lagi di sini,bagaimana pun ianya masih mengeluarkan gas yang agak tengit baunya. Anda dilarang duduk,berdiri lama dihadapan pintu gua yang mengeluarkan gas tersebut. Dikhuatiri anda akan terdedah kepada bahaya akibat terhidu gas yang dikeluarkan. Anda juga dilarang sama sekali menyentuh air tasik tersebut ,kalau sentuh juga tak mengapa..segera,secepat mungkin cuci tangan tersebut dengan air bersih. Banyak sangat pantang larangnya kan,merokok pun dilarang kat sini,kalau nak boleh try...
Pada hari ke 3 saya tiba di Bandung,suami membuat perancangan untuk melawat ke KAWAH PUTIH. Kawah Putih merupakan suatu tempat yang terletak agak jauh dari bandar iaitu 1 1/2 jam perjalanan pergi. Lihat lah pemandangan yang sempat saya rakamkan sepanjang perjalanan ke sana. Ianya terletak di kawasan tanah tinggi,pasti udaranya nyaman dan dingin di sini. Kawah Putih ini agak pendalaman sedikit,merupakan kawasan yang subur dengan hasil pertanian. Ia adalah kawasan tumpuan pelancong kerana KAWAH PUTIH...
Tengok lah kan dah cakap,ambil sapu tangan lap air liur tu! Menyelerakan bukan!berlapis-lapis. Rasanya ialah rasa air lah....taklah manis sangat bak kata orang manis-manis buah,tapi ada gak buah yang tawar kan tapi ni manis tapi bukan macam gula lah manisnya. Warnanya aje merah tapi bukan sirap ros tau! Sorry lah tak ingat namanya dalam jurnal pun AKAK tak tulis. Nanti akak pergi pulak tanya dengan tokey kedai makan tu.Yang pasti berbiji-biji putih yang anda nampak...
Lihat lah ..! hidangan percuma bagi pelanggan yang berbuka puasa di kedai makan ini. Minta lah 2,3 gelas air ini adalah percuma. Tapi pastikan anda dapat menghabiskannya, kan tidak elok kita membazir. Ini air sejuk, air teh percuma juga disediakan. Kita perlu tahu di Indonesia tiada air MILO, hanya ada air coklat. Kalau sesiapa nak atau teringin minum air milo baik anda bawa milo 3 in 1 di Malaysia sebagai bekalan anda.Nak makan mee,bakso,tempe semuanya...
Bulan ramadhan bulan yang mulia,perjalanan ke Bandung kali ini amat jimat untuk perbelanjaan makan. Puasalah katakan,lagi pun waktu berbuka cepat jam 6 sore. Jangan terkejut sahurnya jam 3-4 dinihari,jam 4.45 pagi dah imsak. Waktu malam sebelum tidur pastinya kakitangan hotel akan menelefon ke bilik kami,bukannya apa untuk ambil pesanan menu bersahur nanti.Aktiviti siang hari kami merayap lah naik angkutan kota,kalau kat malaysia ni teksi murah lah ,kalau di thailand tut-tut. Bayaran tak lah mahal untuk...
Sampai di Bandung,dengan penerbangan malam...delay lagi. Paling menyakitkan hati delay flight...adalah perkara biasa, dulu masa ke Medan tahun lepas. Apa lagi bila delay apa yang dirancang dah terbatal dengan sendirinya. Sampai taklah malam sangat waktu maghrib...sah-sah tak sesuai nak merayau. sampai di Hotel Caryota terus aje bergegas kejar waktu solat. Restlah kejab dalam setengah jam baru turun ke ruang lobi dan merayau di persekitaran hotel. Suasana malam saya sampai sejuk dan angin bertiup agak kuat....
Pandanglah,lihatlah....wah! macam lagu pula. Inilah keajaiban otak manusia yang Allah Taala kurniakan pada kita. Tak percaya,mana boleh....kalau orang yang bijak menggunakan akalnya pada ruang yang betul pasti dia tidak terpesong ke landasan yang salah. Ini merupakan antara manusia yang bertuah dan bijak kerana menggunakan akalnya ke arah kebaikan. Mencipta kesenian di kain solat...bayangkan betapa besar pahala manusia ini andai kata insan iaitu pembeli ini dengan ikhlas menghargai keindahan serta ketulusan hatinya mengadap Ilahi. Saya telah...
Saya sengaja memaparkan semula gambar ini dengan tujuan tatapan bagi pembaca blog baru saya. Gambar ini diambil di Pasar Baru,Bandung. Bagi pelancong khasnya dari Malaysia yang mengambil pakej JAKARTA-BANDUNG mereka akan membeli-belah di sini.Pasar Baru ini adalah tempat tumpuan para pelancong membeli-belah,roundlah sepuas hati mencuci mata sebelum menghabiskan RUPIAH. Jika habis Rupiah jangan risau di lantai 3 atau lantai 4 ada disediakan perkhidmatan ATM. Sebelum itu daftarlah perkhidmatan bank anda didalam negara,minta bantuan bank anda....
Ini lah sebahagian gambar yang telah saya paparkan sebelum ini,sayang gambar ini cantik nak delete so kita tatap lagi. Payah nak dapat ni,kalau tak pergi ke Bandung manalah nak dapat gambar ni....Cuba kita lihat daya kreativiti mereka sungguh membanggakan.Mulanya saya terfikir mahu ke, orang Malaysia nak pakai yang glamour ni....iyalah liplap-liplap (bahasa pasar),silaunya mata tengok manik kecil ada besar jangan citerlah. Ada seorang pelanggan tetap saya berkata,"alahai! glam sangat lah nak pakai". Tapi rupanya kita...