Selingan...Banjir di Trengganu

by - 16:02

Sebelum saya memulakan cerita baru, saya mulakan dengan cerita dalam negara kita. Cuaca terkini negara kita,musim tengkujuh. Lihatlah gambar ini,gambar ini diambil ketika saya dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur melalui negeri Trengganu. Pastinya rakyat Trengganu tahu dimana lokasi ini. Kejadian berlaku pada tarikh 19 hb.November 2009.

Ini pula situasi ketika kami sampai di depan Universiti Malaysia Trengganu. Laluan tergendala tapi masih boleh dilalui. Jika anda lihat sebelah kanan jalan sudah ditutup kerana air terlalu dalam dan kenderaan ringan tidak boleh melaluinya.

Tak percaya,ini gambar UMT maaf tak sempat nak zoom,so anda zoom sendiri aje lah.



Jalan depan UMT,sesiapa yang ingin melalui jalan ini harap dapat merancang perjalanan anda. Dikhuatiri akan ditutup jalan ini jika hujan berterusan.


You May Also Like

3 comments

  1. Depan UMT memang naik air,kawasan agak rendah dan lubang air keluar kecil.

    ReplyDelete
  2. gambar bukit tu bukit Besar... yang ada menara Klcc tu huhuhu...



    Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung

    ReplyDelete