Inilah gambar secara dekat pandangan luar keadaan rumah rakit yang saya lawati.Jelas terlihat kemiskinan hidup yang mereka lalui. Apa yang penting mereka berusaha mencari rezeki di Delta Mekong ini. Walaupun Delta Mekong ini turut terkena tempias 4 musim menurut penerangan pemandu pelancong saya. Ketika saya berada di lokasi ini,adalah musim panas. Memang panas,nasib baik kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi lagi. Kehidupan masyarakat disini memang bergantung sepenuhnya dengan sumber yang diperolehi dari Delta Mekong. Delta...
Aktiviti bermula jam 7.00 pagi waktu Vietnam lagi. Perjalanan kali ini menuju ke rumah rakit,panggilan kita orang Malaysia. Pada mulanya kami diberi 2 pilihan sama ada menaiki bot besar dengan menunggu penumpang yang datang lambat dan pelbagai karenah atau menaiki sampan kecil ini. Sampan ini muat-muat 4 orang,pastinya memang mencabar dan mengerunkan sebab kecil dan saya pula tak tahu berenang. Langkah keselamatan pakailah jaket keselamatan,supaya selamat.Inilah tour guide kami,memang fasih berbahasa Inggeris dan peramah orangnya....
For Rolland Stoter and wife,we miss you and remember you...Kami bergambar beramai-ramai,ramai pun hanya enam orang aje dari sebuah bas. Hanya kami berenam sahaja yang mengikuti atau dengan kata lain membayar untuk aktiviti ini. Baiklah bermula dari kiri gambar ialah seorang doktor dari Korea mengikuti lawatan ini bersama kawannya yang memakai baju hitam seorang peniaga Vietnam yang pernah menuntut di Universiti Korea,boleh berbahasa Korea. Manakala yang tertinggi itu ialah Rolland Stoter dan isteri dari Holland,maaf...
Gambar ini saya ambil hadapan hotel tempat penginapan kami. Ini merupakan pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tempatan. Tambahan pula kawasan ini merupakan kawasan kampung yang tidak sesak lalu lintasnya. Walaupun terletak berhampiran dengan kem tentera dan sekolah. Lihatlah pelajar yang menaiki pengangkutan ini ke sekolah berhampiran. Saya tidak pasti apa nama kenderaan ini di Vietnam,bagi kita rakyat Malaysia kita lebih mengenalinya sebagai "lanca" atau "beca". Saya sempat bergambar di hadapan sekolah rendahnya,ketika ini jam menunjukkan...
Inilah aktiviti pagi masyarakat Vietnam di Cho Duc yang sudah bersiap-sedia memulakan perniagaan di awal pagi.Ketika saya mengambil gambar wanita ini jam menunjukkan pukul 7.00 pagi waktu Vietnam.Roti merupakan makanan sarapan pagi mereka,sama seperti kita juga.Menariknya tak satu biji roti pun yang jatuh ketika wanita ini meniti menuju ke sampan yang sedia menunggu di hadapannya.Bak kata pepatah "alah bisa,tegal biasa" dah lama berkecimpung dalam kerjaya ini dan aktiviti sebegini memahirkan diri mereka. Suasana pagi 1...
Inilah gambar feri Vietnam yang membawa saya menyeberangi sebelum menaiki bas. Lebih kurang setengah jam menunggu untuk menaiki feri ini. Kalau di Kelantan (Taba) ferinya lebih kecil berbanding yang ini. Lihatlah siap ada lesen L feri tu...jangan ingat motorsikal atau kereta aje yang mampu memiliki lesen L,feri pun boleh di Vietnam. Saya dan suami memilih tempat duduk dibahagian atas. Lebih selesa dan pemandangan pun luas. Kalau duduk di bawah akan bersesak dengan geng motorsikal. Tengoklah...
Delta Mekong to Chau Duc
07:19 / BY najiahs
Ketika ini kami sedang menunggu feri untuk meneruskan perjalanan kami ke Cho Duc,kami akan bermalam di sana. Lama juga menunggu sempat lah saya melepaskan dahaga dengan sebiji air kelapa habis saya teguk,dahaga tau. Tambah pula cuaca ketika ini agak memeritkan. Apa lagi peluh membasahi tubuh. Peluh yang hilang kena cepat-cepat diganti. Dalam trip ke Delta Mekong ini kami di bawa ke restaurant Sinh Cafe. Bagi yang makan pork akan dijamu dengan hidangan tersebut,kami yang muslim...
Dah penat dan bermandi peluh dalam bot penumpang tu kami dibawa naik ke daratan. Tempat persingahan kami ialah kawasan industri makanan ringan dan bahan-bahan kraf yang dibuat oleh masyarakat tempatan. Sempatlah juga saya berposing kat sini. Kami tak membeli pun cukuplah sekadar melihat dan menikmati hasil kreativiti kraftangan buatan mereka. Perjalanan kami yang masih panjang tidak mengizinkan sebarang belian. Maklumlah ni pun dah 2 beg,kalau membeli-belah mahu tambah 2 beg lagi. Sabarlah kalau ada rezeki...
Dah puas naik bot,dia orang bawa kami singgah kat sini. Dapat kami singgah tengok aktiviti kraftangan yang dibuat oleh masyarakat Vietnam ni.Sempat lagi nak posing dalam bot ni,tengok lah cuaca pun amat panas ni. Peluh usah cakap menitik membasahi tubuh badan kami. Jangan lupa sentiasa ada bekalan air mineral,kalau berjalan. Kebetulan pada masa kami travel ni memang panas. Banyakkan meneguk air,supaya kita tak kekeringan. Kami sentiasa bersedia 2 botol besar air mineral dalam beg. Air...
Ini lah tempat yang kami tengok,pasar terapung letaknya di Cai Be. Malangnya ketika sampai di sana dah tengahari semua aktiviti dah pun selesai. Saya hanya dapat tengok perahu ini aje. Di bawanya group kami round selama sejam di persekitaran Floating Market. Walaupun tak dapat menyaksikan aktiviti mereka tapi saya dapat bayangkan betapa sibuknya aktiviti jual-beli yang berlaku pada waktu pagi tadi. Iyalah....muka pekedai-pekedai atas perahu ni pun dah semacam penatnya...Rezeki kalau tak dicari manakan dapat...
Nasib baik pandai baca tulisan ni....iyalah masa kat sekolah dulu ada lah belajar nak cakap orang puteh ni....jadi baca pun boleh lah sikit,setakat yes,no,orait....lepas lah untuk hidup kat Vietnam ni. Depa pun bukan mahir cakap mat saleh,hanya depa berani bertutur bahasa ni. Salah memang salah tutur kata,itu no hal lah janji customer faham,itu lagi penting. Time ni tengah dok menunggu bas,sesiapa lambat kena tinggal. Depa memang on time. Itu boleh puji! Lambat pula basnya...jalan lah...
Petang dah habis kami berdua round kat bandar Ho Chi Minh ni. Malam kami keluar lagi,wah!. Percayalah meriah...time ni kami tengok para pelancung sibuk naik bas ke pelbagai destinasi. Tak sabar rasanya nak tunggu esok ...kami pun amik trip juga. Masih sempat lagi saya bergambar di hadapan salah satu syarikat pelancungan yang agak terkenal di sini. Untuk pengetahuan anda semua,petang tadi kami dah beli tiket trip yang berharga lebih kurang RM150.00 seorang tapi untuk 2...
Lihat lah aktiviti petang yang diamalkan oleh masyarakat di Ho Chi Minh ini...memang santai,pastinya anda tertanya-tanya apa jenis permainan ini. Masa saya kecil dulu saya dan kawan-kawan panggil permainan ini CAPTEH....mungkin ramai yang biasa main. Di tempat lain saya tak pasti,uniknya permainan ini dimain secara memukul bulu ayam tersebut secara terbalik. Cuba lihat betul-betul,mereka memukul bulu ayam menggunakan posisi belakang. Hebatnya pukulan kerana setiap pukulan mengena dan tinggi pula tu. Ini gambar yang diambil dalam...