On the way to Cai Be floating market
Ini lah tempat yang kami tengok,pasar terapung letaknya di Cai Be. Malangnya ketika sampai di sana dah tengahari semua aktiviti dah pun selesai. Saya hanya dapat tengok perahu ini aje. Di bawanya group kami round selama sejam di persekitaran Floating Market. Walaupun tak dapat menyaksikan aktiviti mereka tapi saya dapat bayangkan betapa sibuknya aktiviti jual-beli yang berlaku pada waktu pagi tadi. Iyalah....muka pekedai-pekedai atas perahu ni pun dah semacam penatnya...Rezeki kalau tak dicari manakan dapat hasilnya.
Inilah pengangkutan kami ketika melawat tapak Floating Market. Ramai lah juga dalam kumpulan ini,semuanya tak kenal. Kami berkenalan pun dalam perjalanan ini. Belakang saya ialah pasangan dari NZ. Masih gagah lagi mengikuti aktiviti ini walau pun umur dah lanjut. Seronok,sebab dapat berkenalan dengan ramai orang dari berbagai negara. Dalam ramai-ramai penumpang ni ada seorang ibu yang membawa anak sindrom down mengikuti rombongan. Bagus ibu ni,memberi galakan kepada anaknya walaupun anak dah mula bosan.Harapan saya masyarakat kita di Malaysia pun turut mengikuti jejak langkah ibu tersebut. Walaupun anak kurang upaya tetapi mereka tetap bangga dengan anak mereka.
Macam mana pula timbul sang bunga ni? Sebenarnya gambar bunga ni saya snap ketika dalam perjalanan ke Cai Be. Sungguh cantik sang bunga ni,ditanam di petrol pam. Mulanya suami saya ketawa bila saya ambil gambar ni,tapi bila tengok semula gambar bunga ni dia turut memuji kecantikan bunga ciptaan Allah.
Ini lah gambar bas yang kami naik untuk perjalanan ke Cai Be. Nasib baik ada aircond dan agak selesa. Berhenti seketika mengisi petrol dan meluruskan kaki yang dah nak mula bengkok akibat lama duduk dalam bas.
Saya dah cakap, bas ni nak isi minyak. Sempat lagi cik abang ni posing dengan driver bas. Perjalanan ke Cai Be mengambil masa selama 3 jam. Boleh tahan juga lenguh tubuh badan dok dalam bas. Jaraknya tak jauh sangat,tetapi di Vietnam ni setiap pemandu tidak akan melebihi had laju yang ditetapkan. Tambahan pula jalan rayanya tak lah sebesar jalan di Malaysia. Oh! ya,masyarakat di sini memang agak takut uupp silap hormat polis. Itu pasal mereka patuh pada had kelajuan lebuhraya.
0 comments