Tour guide yang menceritakan kisah kewujudan kubur disini... Tempat berkumpul para pelancong sebelum penerangan atau kisah sejarah kewujudan kawasan ini. Inilah nama tempatnya... Rumah asal... Jangan tak percaya patung yang tegap disebelah saya adalah puppet yang digunakan untuk pertunjukkan,begitu juga patung yang terletak dibahagian dalam rumah. Siap boleh pusing lagi patung ni... Beginilah bentuk rumah dari dekat. Masih berpenghuni... ...
Rumah asal masyarakat di sini,menurut penerangan tour guide warna merah rumah ini adalah darah yang disapu sebagai cat rumah....tak ingat pula ceritanya sama ada darah manusia atau binatang kena rujuk pada link yang telah saya siarkan.Papan tanda ucapan selamat di tanah perkuburan... Mula-mula sampai majoriti akan bergambar di sini sebagai kenang-kenangan. Antara jenis pengangkutan yang digunakan untuk sampai di Danau Toba ini. ...
Masih lagi menayangkan gambar perjalanan menuju ke Danau Toba,maaf lah jika ada sekeping dua gambar yang termasuk dua kali.Ramai juga dikalangan kawan-kawan bertanya...sepanjang perjalanan saya ke negara asing,negara manakah yang paling saya suka?? Agak sukar bagi saya untuk memberi jawapan kepada soalan yang senang ini. Setiap negara yang dikunjungi mempunyai keunikan dan keindahan yang tersendiri.Buktinya...cuba anda lihat sendiri gambar-gambar diatas,betapa indahnya panorama ciptaanNYA. TETAPI yang pasti saya bangga menjadi rakyat MALAYSIA. ...
Inilah sebahagian gambar yang saya rakamkan sebagai gambar kenangan ketika saya dalam perjalanan menuju ke Danau Toba yang tersohor sebagai pusat pelancongan di sini. Anda boleh meninjau beberapa kisah sejarah mengenai Danau Toba ini didalam:1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Danau_Toba%20-%20Cached%20-%20Similar2.http://parapat0.tripod.com/sejarah.html%20-%20Cached%20-%20Similar3.http://berita-harian-online.com/lagenda-danau-toba/%20-%20Cached4.http://faizforindonesia.multiply.com/journal/item/8%20-%20Cached%20-%20SimilarSaya harap beberapa lampiran maklumat diatas dapat membantu pembaca sekalian lebih mengenali sejarah Danau Toba ini. ...
Mulanya ambil gambar ni nak buat kenangan ....bila tengok lawa juga gambar ni,saya ambil dari sudut atas jalan highway menuju ke Danau Toba. Singgah kejap di Air Terjun SIPISO-PISO,tapi tak jalan ke sana kerana jaraknya agak jauh 1 km berjalan kaki dengan perjalanan menuruni bukit. Jadi keputusan diambil hanya posing dari atas aje.. Gambar kedua diambil untuk memuaskan hati melihat pemandangan cantik CiptaanNYA. Lihatlah betapa cantiknya.....gambar pemandangan AIR TERJUN SIPISO-PISO yang saya rakamkan gambar dari...
Medan merupakan destinasi pelancongan yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi masyarakat Melayu,atas alasan senang untuk mendapatkan makanan HALAL di sini. Medan juga popular kerana kedudukan atau jarak yang amat hampir dengan negara kita,tambahan pula tambang AIRASIA yang berpatutan jika bertepatan dengan pilihan tarikh terbang. Selalunya sesiapa yang ke Medan akan di bawa ke Berastagi dan Parapat bagi travel agensi yang dipilih....memang itulah tempat yang patut dibawa melawat dan jangan lupa tau! ke DANAU...