



Medan merupakan destinasi pelancongan yang paling popular dikalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi masyarakat Melayu,atas alasan senang untuk mendapatkan makanan HALAL di sini. Medan juga popular kerana kedudukan atau jarak yang amat hampir dengan negara kita,tambahan pula tambang AIRASIA yang berpatutan jika bertepatan dengan pilihan tarikh terbang. Selalunya sesiapa yang ke Medan akan di bawa ke Berastagi dan Parapat bagi travel agensi yang dipilih....memang itulah tempat yang patut dibawa melawat dan jangan lupa tau! ke DANAU TOBA.

Kisah bermula selepas kami melawat Medan, nak terus naik flight ke Vietnam. Gambar ini diambil ketika flight delay dan kami masih di Medan lagi,bayangkan jam 8.00pm flight delay dan pagi esok jam 6.00am atau lebih tapi yang pasti pagi sesudah subuh nak naik flight terus ke Vietnam.Penat memang penat tapi seronok mengatasi segalanya,maklumlah pertama kali menjejak kaki ke Vietnam pada musim sejuk.Malangnya kami terlewat seminggu kalau tidak sempatlah merasa sejuk paras 0 darjah.Masa kami pergi ke sana ni pun suhu mencecah 16 darjah,umpama di Genting Highland lah.










