Dah puas kami dibawa meronda meninjau persekitaran bandar Bintulu.....sekarang lokasi kami bertemu dengan bikers Bintulu.Bergambar kenangan dengan Mat Castello dan isteri di depan kedai makan miliknya,Aki Igat pun ada sama. Abang Mat Castello ini sudah jelajah satu Thailand. Anaknya yang berbaju kuning (gambar bawah) merupakan seorang biker juga. ...
Jarak antara Bintulu ke Kuching ialah sejauh 650km saja. Bintulu ke Miri atau Sibu dekat saja sekitar 215km.Bintulu berkeluasan 7,220km persegi,luas juga bandar ini. Loji gas asli Malaysia iaitu LNG SDN. BHD lokasinya di Bintulu.Tahukah anda?? Lapangan antarabangsa Bintulu memang HEBAT....Antara penerbangan antarabangsa yang dilakukan melalui laluan udara Bintulu ialah menuju terus ke lokasi Singapura, Hong Kong, Manila, Bangkok, dan Jakarta. ...
Trans-Borneo Day 13 Bintulu....santai bersama Aki Igat
13:23 / BY najiahs
Mula-mula tengok...terfikir??? Keluar bintang juga,ialah ....tak pernah nampak di Semenanjung rupanya bangunan hospital swasta. Canggih...perkhidmatan kesihatan negara kita maju. Di mana-mana kita berhak mendapat perkhidmatan,sediakan wang saja layanan akan diberikan. Jom...speed lagi motor.Taman lah....cantiknya,kalau di KL,Taman Tasik lah. Di sini tanah masih banyak...tengoklah tamannya siap pelbagai....tak perlu cerita,layan je gambar-gambar ni. Aki cakap kita rehat di depan sana...Termasuk 2 kali lak...gambar ni...Mana pula Aki nak bawa kami ni.Rehat sini kejab sambil menikmati pemandangan....memang cantik. Mula-mula...
Limbang sudah,Miri pun sudah....sekarang kami ke Bintulu pula...Jom ! ikut apa ada di Bintulu?Miri ke Bintulu,perjalanan yang agak santai. Sambil menikmati pemandangan persekitaran,kami berhenti di Surau Nur Islam....tanpa disangka-sangka kami berjumpa Aki Igat di sini. Memang kami ada janji dengan Aki Igat nak bertemu tapi di sempadan jalan masuk Bintulu. Begitu komited Aki Igat menjemput kami....TERIMA KASIH. Tertanya-tanya juga,manalah Aki nak bawa kami berdua ni....Aki..! wait . Laju juga Aki pecut,maklumlah kampung dia...lupa lak. Perkenalkan...
Miri pun ada Tamu Muhibbahnya,tapi ketika kami berdua sampai sudah tengahari...orang pun dah balik rumah masak... Tahukah anda apa maskot Miri? Kuda Laut merupakan maskot Bandaraya Miri. Ok...dah puas kita ronda Miri,kami tak boleh lama di sini. Aki Igat dah menunggu kami di Bintulu....Jom! kita vroommm ke BINTULU....bye-bye Miri,ada peluang, sihat tubuh badan kami akan sampai lagi. ...
Perkenalkan ini lah Amir atau Zack biker Miri yang menjadi tour guide rasmi kami di sana. Kalau pembaca nak tahu,amat sukar nak snap gambar Amir ni. Seorang pemalu,pada masa yang sama beliau sebenar seorang peramah. ...
Ramai sangat nak tengok hidangan yang saya makan ketika di Miri,bersama biker Zack. Inilah hidangan makan tengahari pada hari tersebut. Memang BEST..! Terasa nak TERBANG ke sana lagi untuk MAKAN . Apa-apa pun ribuan TERIMA KASIH pada biker Miri,Zack.....kerana hidangan yang lazat ini.LELAPAN......nama menu yang diberi. Siap dengan nasi putih. ...
Trans-Borneo Day 13 Welcome to Miri,Sarawak
01:08 / BY najiahs
Selamat datang ke Sarawak. Itu lah papan tanda pertama setelah kami melangkah masuk ke Malaysia.Betul ke Malaysia....tengoklah di belakang tu..,jom cop pasport dulu. Nak ke Miri. Tak sabar nak jumpa dengan Amir atau lebih dikenali dengan nama Zack,biker Miri.Miri....wait ....kami menuju ke sana.Janji temu kami di petrol pam yang pertama setelah masuk Miri. Abang Mat isi angin dulu sementara menanti Zack sampai.Sampai saja terus kami dibawanya makan,kami order menu yang popular di restauran tersebut.Perkenalkan ini...
Kawan lama Abang Mat,cikgu Mahda Haili dan keluarga. Mereka tinggal dan bekerja di Limbang,seronok katanya tinggal di sini. Dah ada rumah sendiri di sini. Lebih kurang 16 tahun Abang Mat tak bertemu dengan rakan kolejnya. Terima kasih cikgu Mahda dan isteri kerana menjamu kami dengan makan malam yang lazat. Tergambar keseronokkan di kaca mata cikgu Mahda dan Abang Mat,saling bertukar cerita zaman kolej dulu. Insyaallah kalau cikgu sekeluarga ke semenanjung kami sedia menanti. ...
View Larger MapDestinasi kami seterusnya ialah Lawas.Perhatikan label huruf A (merah) disitulah lokasi Lawas.Lawas terletak dalam Negeri Sarawak,semestinya dalam Malaysia.Terletak di Bahagian Limbang,bersempadan strategik dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei.Lawas menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya pelancong dari Brunei.Sumber ekonomi Lawas adalah dari sayur-sayuran dan juga buah-buahannya.Tahukah anda?? Satu keunikkan LAWAS yang tersohor ialah penghasilan buah EPAL dan OREN dari kawasan tanah tinggi BA'KELALAN.Daerah LAWAS juga dikenali antara DAERAH di SARAWAK yang terkenal dengan kebersihan dan...