Trans-Borneo Day 12 Lawas

by - 06:05


View Larger Map

Destinasi kami seterusnya ialah Lawas.Perhatikan label huruf A (merah) disitulah lokasi Lawas.Lawas terletak dalam Negeri Sarawak,semestinya dalam Malaysia.Terletak di Bahagian Limbang,bersempadan strategik dengan Negeri Sabah dan Negara Brunei.Lawas menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya pelancong dari Brunei.Sumber ekonomi Lawas adalah dari sayur-sayuran dan juga buah-buahannya.Tahukah anda?? Satu keunikkan LAWAS yang tersohor ialah penghasilan buah EPAL dan OREN dari kawasan tanah tinggi BA'KELALAN.Daerah LAWAS juga dikenali antara DAERAH di SARAWAK yang terkenal dengan kebersihan dan keindahan.

Taman-taman yang sering menjadi tumpuan di Lawas ialah Taman LDC,Taman Payau (Rusa),Taman Cina dan Taman Masjid Baru (Henry).Tempat perkelahan pula ialah Pantai Punang yang berdekatan dengan Pantai Sungai Bangat,lokasinya hanya 16km dari Bandar Lawas.Begitu juga dengan Sungai Melasak yang terkenal dengan air terjun hanya 15km dari Bandar Lawas.

Di kampung Awat-Awat yang terletak hanya 30 minit perjalanan dari Lawas amat terkenal dengan hidangan ikan tahai.Apa itu ikan tahai?? Ianya merupakan sejenis ikan salai dari ikan aur-aur atau ikan tamban  yang amat popular di kawasan utara Sarawak.Cara memasaknya amat mudah dan ringkas hanya perlu ditumbuk dengan asam,bawang, cili dan tempoyak serta masak selama 20 minit,siap dihidangkan.Masyarakat Melayu-Brunei sering amalkan sebagai hidangan selepas bersalin.

You May Also Like

2 comments

  1. Oh.. interesting... selalu dengar nama LAWAS.. but never been there...

    ada photo ke? Tak tau pula they are planting oren dan epal??

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya akak berjalan ye...masukkan la pic byk2 next entry ye..nak tgk ;)

    ReplyDelete