Bertemu dengan rakan bikers wanita Indonesia yang turut membonceng seperti kami. Mereka berdua turut diberi layanan oleh bikers Banda Aceh. Berada di tengah Muzium Tsunami dengan pelbagai gambar berkaitan peristiwa itu. Memang mengasyikkan mendengar cerita dari tour-guide kami. Penuh keinsafan bila melihat semua paparan gambar tersebut. Paparan gambar berkaitan tsunami diambil dan dipamerkan dari awal gelombang tsunami berlaku,seminggu kerja-kerja pembersihan tapak atau lokasi tsunami seterusnya perubahan dari tahun ke tahun hingga kini.Gambar ini memaparkan operasi mencari...
Banda Aceh Part 2 - Kapal di darat Day 2
20:57 / BY najiahs
Inilah pemandangan dari atas kapal yang saya ambil buat kenangan, ianya memberi kesan amat mendalam pada sesiapa saja yang mengingati peristiwa tsunami 2004.Dari atas kapal di darat ini anda dapat melihat sekeliling kawasan perkampungan yang terlibat dengan tsunami. Cuba lihat atap kediaman....zink yang berwarna karat (atap rumah) merupakan rumah kediaman yang tidak terkena tempias tsunami 2004,manakala zink baru sama ada warna putih atau biru merupakan kediaman baru yang dibina semula selepas tsunami.Menurut cerita tour-guide,limpahan air tsunami...
Penginapan kami dikondisikan di Hotel Diana. Penat perjalanan kami walaupun baru hari pertama tetapi perjalanan memakan masa selama 12 jam,kalau kira jarak hanya 604km. Tapi anda perlu sedia maklum jalan di sini amat ketara bezanya dengan jalan di Malaysia. Laluan kami pada hari ini.....Dari MEDAN menuju TANJUNG PURA,perlu melepasi KOTA KUALA SIMPANG lokasi sarapan kami,LANGSA seterusnya LHOKSEUMAWE kami bersama bikers tempatan makan siang disitu,SIGLI lokasi terakhir sebelum sampai di BANDA ACEH.Inilah pemandangan waktu siang di...
Terima kasih kepada semua kawan bikers Banda Aceh yang menunggu penuh kesabaran kedatangan kami,menjelang sore kami tiba. Alhamdulillah kami dilayan penuh kemesraan seumpama saudara jauh yang jarang ketemu. Setiap kali bertemu bikers walau di mana pasti dijamu dengan makanan dan minuman...."untuk menambah tenaga supaya bisa ride jauh" kata mereka. Kami dibawa ke restauran untuk bertemu beberapa rakan bikers yang sudah menunggu dari siang sebelum kami dikondisikan untuk menginap ke hotel Banda Aceh. Tapi sebelum ke...
Unik , pelik pun ada kalau di Malaysia jagung yang sudah dibakar disapu dengan mentega dan sedikit garam atau serbuk perasa. Namun di Indonesia saya menemui resepi baru yang agak pelik tapi SEDAP. Jagungnya dibakar dengan mentega dan disapu merata seluruh jagung dengan SOS CILI. Rasanya memang SEDAP,anda boleh cuba resepi ini di rumah. Beruntung juga kami berhenti rehat dan makan jagung resepi unik,sambil menghilangkan lelah dapat juga merasa resepi unik tempatan. Unik , pelik...
Selamat tinggal Lhokseumawe,kami berdua kena meneruskan ride menuju ke Sigli pula. Inilah antara pemandangan persekitaran jalan menuju ke Sigli. Biasalah kesibukan masyarakat menjalankan aktiviti harian. Setiap kali nampak papan tanda,hati memang terasa lega. Rasa lokasi tujuan sangat hampir dan tidak sabar menanti apa yang ada di lokasi seterusnya.Cantik bukan pemandangan kawasan pertanian yang aktif diusahakan oleh masyakat setempat.Di Malaysia pun berlaku sebegini,membaik-pulih setiap kerosakan demi keselamatan dan keselesaan rakyat. Signboard Banda Aceh dah tertera,tak lama lagi sampailah kami....