Suasana Ngarai Sianok yang berdekatan dengan Lubang Jepang,siap ada menara tinjau untuk anda melihat persekitaran berdekatan di sini.Setiap pelancong yang datang ke Bukit Tinggi mesti ke sini kerana ianya merupakan lokasi pelancongan/wisata utama Bukit Tinggi.Baiklah ...saya tinggalkan anda dengan suasana pemandangan yang indah ini...nikmati gambar di atas sebelum kita ke Muzium.
Jika anda ke Bukit Tinggi,tidak sah kedatangan anda kalau tidak menjejakkan kaki di sini. Jam Gadang merupakan lokasi pelancongan/wisata bagi Bukit Tinggi. Menara jam ini dibina oleh penjajah Belanda sejak tahun 1926,lama bukan...(perhatikan gambar pertama di atas). Siapa arkiteknya? Yazid Sutan Gigi Ameh itulah nama arkiteknya. Jam ini setinggi 26 meter,bermuka 4 mengadap 4 penjuru mata angin dan setiap muka jam ini berdiameter 80 cm. Keunikkan jam ini terletak pada angka-angka romawinya.
Sesampai kami di Bukit Tinggi malam dah pun menjelma.Apa lagi yang nak buat sebelum mencari lokasi penginapan.Perut dah memainkan pelbagai rentak muzik,tiba masa kami mencari lokasi mengisi perut mengikut stail masyarakat setempat. Jom lah! ikut kami makan sama...
Inilah lokasi makan malam kami....Lihat saja menu yang dipaparkan semuanya kelihatan pelik saja,macam sesuatu yang agak ganjil dan pelik saja. Tapi tak mengapa apa salahnya,kami mencuba sesuatu yang baru sebagai pengalaman merasa pengalaman di negara orang.Kita sama-sama lihat apa menu yang kami makan malam ini.
Inilah 2 menu yang kami cuba,satu menu berasaskan itik goreng dan menu yang satu lagi ialah ayam goreng siap dengan ulamannya sekali. Seperti biasa itik pilihan saya memang sedap,kalau berpeluang nak cuba lagi bila berkunjung ke sana kelak. Maaf...saya makan dulu.
Akhirnya kami berdua disambut oleh kawan bikers dari Bukit Tinggi di pertengahan jalan,terkejut juga sangkaan kami bila sampai di Bukit Tinggi baru bertemu mereka. Rupa-rupanya mereka sudah siap-sedia menunggu di perjalanan masuk KOTA WISATA ini. Terima kasih Bro!
Bila bertemu saja,kami terus diiringi memasuki kota.
Salam persaudaraan antara 2 negara dihulurkan sebagai tanda mulanya persahabatan kami.
Inilah antara objek wisata yang terkenal di Bukit Tinggi iaitu Jam Gadang,artikel ini anda mungkin pernah baca di sini ciksu na . Cukuplah entry untuk hari ini kita sambung ...dan lihat apa berlaku selepas kami sampai di Bukit Tinggi.
Percayakah anda kami menyentuh garisan khatulistiwa....? Ini buktinya lihat gambar...
Dah puas posing luar muzium ...jom kita pakat masuk dalam lihat apa yang ada dalam muzium ini.
Dah tengok,kenalah percaya. Mulanya kami tidak mengetahui langsung mengenai garisan khatulistiwa ini,nasib baik biker muda Pasaman menahan kami dan memberitahu lokasi ini. Terima kasih,bro! Tahukah anda garisan khatulistiwa ini membahagikan bumi kita kepada 2 bahagian iaitu bahagian utara dan bahagian selatan dengan kedudukan garis lintang ekuator 0 darjah. Ini lokasi pertama garisan khatulistiwa di Indonesia yang kami singgah...Terlanjur kami di sini jom kita melawat muzium.
Dah puas posing luar muzium ...jom kita pakat masuk dalam lihat apa yang ada dalam muzium ini.
Inilah carta salasilah keturunan Pahlawan Imam Bonjol yang terkenal itu.
Maaflah hanya ini saja satu-satunya gambar yang saya ambil dalam muzium Imam Bonjol. Memang kurang memuaskan tetapi lebih ada walau pun kabur daripada langsung tiada.
Selesai sesi lawatan kami di garisan lintang khatulistiwa dan muzium Imam Bonjol. Selamat Tinggal PASAMAN kami berdua akan meneruskan ride ke BUKIT TINGGI-KOTA WISATA POPULAR.
Kami dihantar hingga ke sempadan daerah oleh 2 orang bikers muda ...lihat gambar atas.Seronok dapat berkenalan dengan mereka,seronok juga kerana dapat melawat muzium dan mengetahui sejarah lampau kepahlawanan melayu.Pemandangan sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi ini amat tenang dan menenangkan fikiran,tapi...tiba-tiba satu kejadian terjadi di depan mata kami berdua. Kita lihat apa yang berlaku..
Alhamdulillah tuan motorsikal tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,hanya kenderaannya saja langsung tidak dapat digunakan. Yang penting tuannya selamat,kenderaan kita boleh repair betul tak? Semua selamat ...posing dengan anak-anak penduduk setempat sekejab dan bye-bye kami ke Bukit Tinggi,Pak Ali dah menunggu kami di sana.
Kami rasa sudah lambat ride kali ini,nak berhenti pun rasanya tidak perlu kecuali kalau ianya penting dan mustahak seperti mengisi tangki minyak. Buat masa ini perut ER6N kami masih kenyang dengan petrol,kami meneruskan perjalanan sambil santai memerhati pelbagai pemandangan menarik di lokasi yang kami lintasi.
Rupanya kami sekarang berada dalam Kabupaten Pasaman,Sumatera Barat. Tak sedar kami dah beralih ke barat pula. PASAMAN ini pernah dikuasai oleh kolonial Belanda pada zaman dahulu. Tahukah anda di PASAMAN ini terkenal dengan kehebatan Tuanku Imam Bonjol,pemimpim dan Pahlawan Nasional Indonesia.
Semasa ride ini kami langsung tidak mengetahui sejarah kehebatan lokasi ini. Sehingga kami ditahan oleh dua orang bikers muda ....dalam gambar atas..Hebatnya komunikasi mereka memancing kami orang asing untuk singgah di lokasi ini. Kalau mereka tidak memberanikan diri menahan kami secara berhemah sudah pasti kami tidak mengetahui sejarah lampau lokasi ini,yang mana nama pahlawan Tuanku Imam Bonjol amat terkenal dalam sejarah MELAYU serantau.
Kami dibawa berehat di lokasi pertemuan para bikers setempat atau lebih dikenali sebagai sekretariat oleh bikers Indonesia. Di sinilah kami bertukar-tukar maklumat dan juga sticker...WTR,sticker anda sudah sampai di sini.
Pelbagai soalan ditanya oleh mereka,semuanya Abang Mat kena jawablah....Terima kasih kerana menjamu minuman dan makanan kepada kami. Kami tidak lama di sini sebab ada lokasi yang lagi HEBAT akan di bawa oleh bikers muda ini.
Bermalam kami di Hotel ini di Padang Sidempuan....setelah semalam kami 2 kali jatuh dari motor.Pakaian semalam kami tidak cuci....akan mencari kedai dobi untuk mencuci pakaian ini debu seluruh pakaian,tuan badan pun disaluti debu Aek Latong juga....Pertama kali jatuh motorsikal.
Motor siap sedia untuk dihantar ke kedai baiki membaiki sedikit kerosakan pada pedal pemijak kaki.
Inilah kerosakan yang perlu pembaikan,bayangkan semalam dalam kegelapan di jalan Aek Latong Abang Mat ride dengan kaki tergantung....penat juga,untuk sampai di Pekan Padang Sidempuan sejauh 40km.Saya berada di hotel sambil menonton TV,terasa juga sakit badan akibat jatuh semalam. Kita lihat gambar bila kamera bertukar tangan....Hasil gambar yang diambil oleh biker Abang Mat....lihat bawah...
Sempat lagi posing,sambil menunggu motor siap dibaiki. Jom! kita lihat gambar kenderaan ini dari dekat....
Boleh muat 2 penumpang,muatan pun boleh bawa sekali seperti gambar diatas mereka sangat kreatif mencipta pengangkutan bagi kemudahan mereka sendiri. Sambil-sambil tu,kita lihat apa jadi pada ER6N kami.....
Begitulah keadaan ER6 kami setelah jatuh 2 kali di Jalan Aek Latung,alhamdulillah dapat diperbaiki hasil kerjasama beberapa pekerja hotel tempat kami menginap yang telah membawa ER6N kami ke lokasi bengkel ini. Tunggu apa lagi ER6N dah siap baiki.....jom! ikut kami ride ke BUKIT TINGGI.