Biker baru tetapi HEBAT komunikasinya
Kami rasa sudah lambat ride kali ini,nak berhenti pun rasanya tidak perlu kecuali kalau ianya penting dan mustahak seperti mengisi tangki minyak. Buat masa ini perut ER6N kami masih kenyang dengan petrol,kami meneruskan perjalanan sambil santai memerhati pelbagai pemandangan menarik di lokasi yang kami lintasi.
Rupanya kami sekarang berada dalam Kabupaten Pasaman,Sumatera Barat. Tak sedar kami dah beralih ke barat pula. PASAMAN ini pernah dikuasai oleh kolonial Belanda pada zaman dahulu. Tahukah anda di PASAMAN ini terkenal dengan kehebatan Tuanku Imam Bonjol,pemimpim dan Pahlawan Nasional Indonesia.
Semasa ride ini kami langsung tidak mengetahui sejarah kehebatan lokasi ini. Sehingga kami ditahan oleh dua orang bikers muda ....dalam gambar atas..Hebatnya komunikasi mereka memancing kami orang asing untuk singgah di lokasi ini. Kalau mereka tidak memberanikan diri menahan kami secara berhemah sudah pasti kami tidak mengetahui sejarah lampau lokasi ini,yang mana nama pahlawan Tuanku Imam Bonjol amat terkenal dalam sejarah MELAYU serantau.
Kami dibawa berehat di lokasi pertemuan para bikers setempat atau lebih dikenali sebagai sekretariat oleh bikers Indonesia. Di sinilah kami bertukar-tukar maklumat dan juga sticker...WTR,sticker anda sudah sampai di sini.
Pelbagai soalan ditanya oleh mereka,semuanya Abang Mat kena jawablah....Terima kasih kerana menjamu minuman dan makanan kepada kami. Kami tidak lama di sini sebab ada lokasi yang lagi HEBAT akan di bawa oleh bikers muda ini.
3 comments
tak timbul masalah bahasa?
ReplyDeleteBahasa Melayu Indonesia...seperti dalam telemovie di Malysia..(Blues Riders).Senang kita berbahasa Melayu mereka faham.
ReplyDeletexda ambil gambar semasa melintasi pintu gerbang garisan Khatulistiwa ke cikgu...?
ReplyDelete