­

Cuba sekali.....

23:24 / BY najiahs
ITak mencuba kita pasti tak mengetahui,bila dah cuba...ermmm seronoknya. Itu kata Abang Mat bila menunggang motorsikal milik Rey Nold,terima kasih Rey Nold kerana memberi kepercayaan kepada Abang Mat membawa kudanya ini,kalau tak silap baru usia sebulan motorsikal Rey Nold.Laju juga menunggang motor baru milik Rey Nold,jalan pun sudah best untuk memecut tapi masih dalam kondisi berhati-hati dengan persekitaran. Inilah antara gambar kenangan ketika mencuba motorsikal Indonesia,seronok. Betullah kata orang tua-tua bila tak cuba kita tak...

Continue Reading

Jelajah alam Part 3 dari Kerinci ke Muara Imat

21:24 / BY najiahs
Mulanya kami menyangka perjalanan pada pagi ini menyenangkan...rupa-rupanya boleh tahan juga mendaki bukit yang 9 itu. Naik turun bukit sepanjang jalan. Nasib baik ada group bikers Kerinci yang menemani kami sehingga sampai di Muara Imat. Kalau tidak,kami tidak pasti dapat meneruskan perjalanan atau tidak?...tahukah anda ini adalah jalan yang terbaik dan terpantas untuk ke Sarolangon,masih dalam propinsi Jambi.Anda nampak dalam gambar ini umpama jalan datar saja sebenarnya ianya jalan mendaki bukit,agak tinggi juga...Tergugat juga ER6...

Continue Reading

Jelajah alam Part 2

15:00 / BY najiahs
Seronok memang seronok singgah di lokasi riadah wisata Kerinci ini. Inilah bangunan yang masih dalam pembinaan ketika sesi jelajah kami. Ramai yang menyangka kami berdua jelajah di bulan ramadhan,untuk pengetahuan anda Trans Indonesia ini kami lakukan ketika Disember 2010 yang lalu. Baru sekarang berkesempatan memaparkan kisah Trans Sumatera terus ke Pulau Jawa pulang pula melalui Kalimantan serta kami terbang dari Kuching,Sarawak untuk ke Kuala Lumpur. Tinggalkan kisah ini kita pakat lihat paparan seterusnya...Sebelum memulakan ride...

Continue Reading

Jelajah alam

20:22 / BY najiahs
Seronok jika kita berjalan ke tempat asing/negara orang ini dan kita jelajah alam semulajadi yang ada di persekitarannya. Wow! best....lokasi asing pengalaman baru cara jelajah alam juga mesti berlainan dengan cara kita menjelajah negara kita.Asal ada saja lokasi pelancongan/wisata pasti kami akan berhenti singgah melihat lokasi tersebut. Rugi,kalau tidak singgah bukan senang kami nak dapat peluang sebegini. Malahan ketika ride ini berlaku,ada ketikanya badan terasa juga letih macam tak mahu ride nak saja  tinggal sini...

Continue Reading

Bermotorsikal di Kerinci

21:24 / BY najiahs
Seronoknya menunggang motorsikal di Indonesia kerana pengalaman jalanrayanya amat berbeza dengan Malaysia. Cabaran seterusnya ialah ketika mengisi petrol di dalam perut motorsikal,kalau kita menunggang di Indonesia ini perlu lebih prihatin dan merancang jarak perjalanan yang betul. Bukan apa,seperti yang sudah saya maklumkan bekalan petrol di sini tambahan pula kawasan pendalaman mudah kehabisan. Oleh itu,rancanglah perjalanan anda...hihiii macam iklan dalam TV pula. Syoknya...lihat pemandangan ini,betul-betul di depan pam minyak. Seronok saya memerhati pemandangan di sini. Memang tidak...

Continue Reading

Kerinci

20:55 / BY najiahs
Kerinci terletak dalam propinsi Jambi dan di bawah pemerintahan Sungai Penuh. Nama 'Kerinci' berasal dari bahasa Tamil "Kurinci",yang akhirnya membawa maksud 'Tanah pergunungan'. Budaya di Kerinci ini amat unik,ianya adalah dari campuran budaya Minang, Kerinci serta Melayu. Popular dengan Tarian Joged Sitinjau Laut. Pakaiannya adatnya pula sangat cantik. Kami berdua berpeluang memakai pakaian adatnya dan sempat berposing bersama ahli keluarga Rey Nold. Mama ..Rey Nold merupakan seorang pengusaha andaman pengantin di Kerinci,terima kasih mama kerana memberi...

Continue Reading