Perjalanan ke Kerinci Part 2

by - 20:56

www.ceritaku.my

Selesai mengisi perut motorsikal,kami terus saja menyegerakan perjalanan kami. Cuaca dah menghampiri malam,risau kegelapan di jalanan...lepas itu nampak seperti nak hujan pula...tapi belum lagi hujan...Kami jalan dulu...jom!


Dari jalan besar kami menuju ke jalan kampung,tak tahu bila nak sampai. Abang Mat dah beberapa kali tanya Rey Nold tapi Rey Nold seakan menyembunyikan sesuatu,sebab saya ternampak dia membuat panggilan telefon pada hentian terakhir kami...Siapa yang Rey Nold hubungi ni??? Pelik juga tapi ketika itu saya tak terlintas untuk memberitahu pada Abang Mat...tak mengapalah kita teruskan ride ikut saja si Rey Nold ini.. Satu pengalaman indah bersama Rey Nold dan Ayu kerana kami dapat melihat sendiri keindahan Gunung Kerinci, dah ada ke bikers Malaysia sampai ke sini ?

www.ceritaku.my

Tiba-tiba kami mendengar deruan enjin motorsikal,siapalah pula? Mana si Rey Nold ni? Laa....rupanya kawan-kawan bikers dari Kerinci datang menjemput kami,sungguh terharu kami berdua tak sangka kami. Inilah kejutan Rey Nold buat untuk kami supaya rakannya datang menjemput kami sendiri di sini. Rey Nold...terima kasih kerana merancang sambutan yang meriah ini. Jom! kita lihat beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan buat tatapan pembaca dan tanda kenangan kami berdua buat semua BIKERS KERINCI.

www.ceritaku.my
www.ceritaku.my
www.ceritaku.my

Inilah gambar kenangan sewaktu acara sambutan kami oleh kumpulan United Bikers Kerinci,cantik bukan gambar yang diambil berlatarbelakangkan Gunung Kerinci.


www.ceritaku.my

Selesai bergambar,kami ingin dibawa ke Kerinci dengan diiringi oleh kumpulan motor Kerinci...Minta diri dulu kami nak sambung ride!


You May Also Like

5 comments

  1. singgah petang..tgk konvoi motor

    ReplyDelete
  2. best lah di jemput dgn geng motor... aku yg teruja hihihi

    ReplyDelete
  3. pergh.. kan best kalau dapat macam ni..convoi keta pun dah lain macam dah

    ReplyDelete
  4. Convoi kereta tak ada feel. X ras freedom. Bike is the best

    ReplyDelete
  5. Konvoi kereta pun seronok juga tapi dengan cara yang lain motor pula ternyata berbeza..!

    ReplyDelete