­

Bermotorsikal di Siam

22:39 / BY najiahs
Inilah deretan kereta atau kenderaan yang menunggu giliran untuk naik feri keluar dari Koh Lanta. Orang lain naik kereta ke Siam,kami bermotorsikal di Siam. Sengaja guna nama Siam...tak mahu guna Thailand,sebab kalau dahulu kala sejarah menyebut Siam hanya bila dah maju ianya dikenali Thailand tapi Siam nama sebutan popular dikalangan penduduk utara dan pantai timur Malaysia.Lokasi pendaratan para penduduk atau pelancong ke Koh Lanta. Di sini kenderaan sama ada kereta atau motorsikal dibenarkan ke Koh...

Continue Reading

Koh Lanta lokasi rehat minda

23:00 / BY najiahs
Saja tak berhenti ambil gambar dengan lebih jelas...sebab nak suruh pembaca sekalian datang berehat minda dan badan di Koh Lanta. Rasanya bagi kaki jalan mesti dah sedia maklum barangan yang biasa di jual ini. Tapi percayalah...Koh Lanta merupakan lokasi rehat minda yang baik dan sesuai...Terserempak pula dengan pak aji dan keluarganya yang baru balik dar pasar malam.Kami tak ke pasar malam hanya melihat dari jauh saja.Tiada yang menarik sangat di sini tetapi kepada peminat peneroka...

Continue Reading

Suka tidur tepi pantai di Siam

18:30 / BY najiahs
Awal perjalanan sebelum masuk Siam lagi, Abe Mat dah beritahu saya katanya "kita cari tempat tidur tepi pantai,nak ...". Saya mengikut saja,maklumlah tak pernah cuba rasa tidur tepi pantai apatah lagi di Siam.Ini kiranya kali pertamalah.Keputusannya....saya suka tidur tepi pantai di Siam.Mesti pembaca sekalian nak tahu apa nama lokasi kami menginap ni...sabarlah ye jab.Inilah nama tempat kami tidur di Siam. Siap ada model tidur lagi hihiii.Cantik tak pemandangan persekitarannya? Nak mandi tak payah fikir banyak...

Continue Reading

Gajah di Koh Lanta

18:30 / BY najiahs
Selesai menjamu selera kami berdua pusing kampung,ternampak pula sang gajah dengan penunggangnya.  Rupanya ada gajah disini.Waah! salah satu daya tarikan pelancong ke Koh Lanta ialah menunggang gajah. Siapa yang nak cuba bolehlah datang ke sini. Maaf...kami tak cuba hanya memandang dari dekat saja. ...

Continue Reading

Menu pelik pilihan kami

13:00 / BY najiahs
Abe Mat kalau masuk saja kedai makan,dia akan tanya apa menu yang pelik/istimewa hidangan kedai. Itulah rutinnya. Ini pula kalau berjalan di negara orang dan peniaganya muslim dah pasti halal. Saya pun tak ingat nama daun kayu ini,kerana di Malaysia memang ada hanya kita saja tidak tahu cara nak memasaknya.Digoreng bersalut tepung beras dan diletakkan seekor anak udang ditengahnya.Memang sedap,tak mabuk,betul...saya dan Abe Mat makan.Ini pula pemandangan dari belakang gerai jualan. Sememangnya setiap petang mereka...

Continue Reading

Pantai Koh Lanta yang cantik

14:30 / BY najiahs
Ini pemandangan pantai dari lokasi penginapan kami,kepanasan matahari yang begitu membahang masih tidak dapat menghalang beberapa orang pelancong Eropah bermain air di sini.Nak mencuba sesuatu yang baru...boleh lah disini.Bot-bot nelayan yang mencari tangkapan.Penempatan masyarakat yang lokasinya berkelompok kerana ada sebahagian Koh Lanta ini tidak didiami disebabkan beberapa faktor semulajadi (maklumat diperolehi dari penduduk tempatan yang boleh bertutur dalam dialek Melayu-Kedah,jangan tak percaya). ...

Continue Reading

Sedapnya makan

18:00 / BY najiahs
Bersyukur kami kerana akhir berjaya mendapatkan bilik penginapan di tepi pantai seperti yang dihajatkan,kebetulan pula panas. Kami minum jus mangga....sedap sebiji buah mangga untuk segelas jus ini...memang lah pekat siap kena tambah air kosong/air mati (dah lama tak guna perkataan air mati).Perut pun berbunyi siren kecemasan kami order 1 pinggan ini....tak ingatlah apa nama dalam bahasa siamnya.Tapi sedap sungguh,1 pinggan boleh makan 2 orang memang banyak,berbaloi lah kami bayar...Makan sambil menikmati alam Koh Lanta di...

Continue Reading

Koh Lanta, Krabi

17:30 / BY najiahs
Selesai sarapan makan nasi kerabu berulam dan bihun. Kami meneruskan perjalanan ke Koh Lanta. Mesti ramai nak tahu di mana Koh Lanta ni. Terletak di pantai barat laut andaman,lokasinya antara Krabi dan juga Phi Phi Island.Pulau ini tak besar sangat sekitar 6km lebar dan lebih kurang 30km panjang.Kalau anda nak tahu ada lebih kurang 9 lokasi pantai dari utara ke selatan Koh Lanta,ianya pula berada lokasi matahari terbenam. Sesuai bagi yang berminat melihat matahari terbenam.Ini...

Continue Reading

Makan,ride,makan

16:00 / BY najiahs
Mulakan hari anda dengan sarapan pagi. Bangun pagi-pagi jangan abaikan makan sarapan sebagai alas perut sebelum melakukan sebarang aktiviti.Hari ini kami tak pasti nak makan apa lagi....Jom! cari menu best sikit buat sarapan.Ramai pelanggan kedai ni,mesti menunya sedap.Kami tertarik dan teringin nak makan nasi kerabu.Anda pun pasti terliur bila tengok gambar ni.....jangan sampai meleleh air liur ya...hihiii..Tak cukup dengan ulaman atas nasi ,diberinya pula ini. Ada sayur-sayuran,telur rebus dan serbuk lada bagi yang berselera spicy/pedas.Memang...

Continue Reading

Sepetang di Pak Meng

13:47 / BY najiahs
Sesampai je sana kami dah makan tadi di kedai Melayu Islam Patani. Terus tanpa melengahkan masa kami cari bilik penginapan di lokasi berdekatan. Maaf ,lupa nak ambil gambar lokasi penginapan.Rehat seketika lepas hilang lelah badan kami terus saja ronda kawasan persekitaran Pantai Pak Meng sempat pula Abe Mat membeli limau kesukaan dia.Sekejab saja meronda hari dah gelap.Masa ni,cuaca agak panas tetapi berangin,namun tetap terasa bahang panas tepian pantai.Ok...lah cukup untuk hari pertama ride.Esok nak jalan...

Continue Reading

Ride terus ke Pak Meng

14:44 / BY najiahs
Perjalanan dimulai pada awal pagi,biasanya selagi cerah tanah....selagi itu kami ride .Tetapi kali ini kami memilih kelainan iaitu ride santai menyusuri jalan pantai di Thailand ini.Dari pintu masuk Danok/Satun di selatan Thai menyusur jalan terus ke Trang. Sebenarnya bila bertolak awal pagi memang seronok dapat melihat pemandangan di negara orang.Lagi pun perjalanan ini tak lah jauh sangat jaraknya lebih kurang 172km saja. Kalau laju 3 jam menunggang motorsikal sampailah di Trang. Tapi UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI...

Continue Reading

Ride Andaman - Trang,Krabi dan Phuket

14:22 / BY najiahs
Lihat Peta yang Lebih BesarFikir-fikir akhirnya Abe Mat saya memilih tajuk Ride Andaman - ianya merangkumi laluan perjalanan dari border Malaysia iaitu keluar melalui pintu Malaysia di Bukit Kayu Hitam menuju ke Danok seterusnya melalui Trang,ke Krabi dan berakhir di Phuket.Seperti biasa ER6 ini berfungsi sebagai pengangkutan rasmi kami. Amat berjasa dan teruji kelasakannya di jalan.Biasalah 3 kotak barangan jenama GIVI pasti penuh dengan peralatan semasa sepanjang Ride Andaman ini. ...

Continue Reading