Bermotorsikal di Siam
Inilah deretan kereta atau kenderaan yang menunggu giliran untuk naik feri keluar dari Koh Lanta. Orang lain naik kereta ke Siam,kami bermotorsikal di Siam. Sengaja guna nama Siam...tak mahu guna Thailand,sebab kalau dahulu kala sejarah menyebut Siam hanya bila dah maju ianya dikenali Thailand tapi Siam nama sebutan popular dikalangan penduduk utara dan pantai timur Malaysia.
Lokasi pendaratan para penduduk atau pelancong ke Koh Lanta. Di sini kenderaan sama ada kereta atau motorsikal dibenarkan ke Koh Lanta,untuk pengetahuan anda bukan semua Pulau di Thailand ini kenderaan boleh ke pulau antaranya Koh Sukon antara pulau yang tidak dibenarkan kenderaan di daratan...Tapi di Koh Sukon anda boleh berbasikal.
Yang ditunggu dah sampai,kejab lagi dapatlah kami ke seberang.
Jangan kata tak dalam....nak tahu kedalamannya cubalah terjun.
Sempatlah lagi saya beli buah-buahan dengan kakak ini. Dia boleh bercakap Bahasa Melayu dialek Kedah.Hebatnya.....pengaruh orang Kedah sampai ke Koh Lanta,katanya ramai waris atau saudara-maranya yang berkahwin dan ada juga yang sudah menetap di Malaysia.
3 comments
klong try kecek klate??
ReplyDeletekecek kelate doh tuu...
ReplyDeletebukan pengaruh Kedah.. dulu2 itu wilayah Kedah yang dijajah Thailand
ReplyDelete