­

Masjid Beijing di Kelantan

21:56 / BY najiahs
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra...mesti ramai tak tahu bila saya paparkan nama ini. Kalau nama ini...MASJID BEIJING KELANTAN,semua orang tahu mana letaknya lokasi masjid tersohor ini. Senibina masjid yang begitu unik hasil gabungan senibina Islam dan China. Khabarnya Masjid Beijing Kelantan ini menyerupai Masjid Niujie di Beijing. Masjid Niujie telah berusia lebih dari 1000 tahun. ...

Continue Reading

Tanjung Piai,Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

14:34 / BY najiahs
Tanjung Piai...Tanjung PiaiAlang-alang sudah ada di sini,kami tidak akan melepaskan peluang untuk ke Tanjung Piai. Tahukah anda bahawa Tanjung Piai ini dikenali sebagai Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ianya terletak di mukim Kukup,berhampiran dengan terminal feri antarabangsa ke Pulau Karimun. Sebab itulah kami terus menuju ke sini. Inilah tarikan utama pelancong di sekitar Pontian ,Johor dan negara jiran kita Singapura.Tanjung Piai terletak dalam kawasan Parlimen Pontian,nama yang diguna-pakai untuk pilihan raya.Tanjung Piai juga terkenal dengan...

Continue Reading

Pulau Karimun menuju Tanjung Piai,Kukup

19:00 / BY najiahs
Inilah pemandangan air terakhir yang saya ambil,sebelum meninggalkan Pulau Karimun.Cantik dan menarik dengan persekitaran Selat Melaka yang tersohor suatu ketika dahulu.Gambar menunjukkan penempatan masyarakat setempat yang tinggal berhampiran terminal,mengadap Selat Melaka.Di sinilah sumber ekonomi mereka,sini juga lokasi penginapan mereka sekeluarga.Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedudukan Pulau Karimun ini. Boleh lihat paparan di bawah...Selamat tinggal Pulau Karimun.Lihat Peta yang Lebih Besar ...

Continue Reading

Selamat tinggal

01:03 / BY najiahs
Selamat tinggal Karimun.Cukup lah percutian singkat yang menggembirakan hati ini.Maklumlah percutian yang tanpa kami rancang. Tapi ianya menyeronokkan. Apa pun mungkin ini ucapan selamat tinggal buat sementara saja. Manalah tahu lain kali kami datang lagi. Boleh lah shopping sakan!.Sempat juga ambil gambar kenang-kenangan sebelum berlepas pulang ke Malaysia.Antara pejabat yang ada di sekitar terminal yang memudahkan urusan orang ramai.Inilah pemandangan terminal yang saya sempat ambil dari pandangan atas bangunan berhampiran.Bestnya....saujana mata memandang... Dari atas sini dah...

Continue Reading

Makan lagi

12:00 / BY najiahs
Ini senarai menu pilihan kalian. Datang Karimun,makan dan makan dan makan lagi. Banyak pula pilihan menu yang sedap dan boleh dicuba.Kami pilih ini,maklumlah lidah melayu semenanjung. Rasanya kalau pembaca datang ke sini apa pilihan menu yang pembaca pilih berdasarkan paparan menu diatas. ...

Continue Reading

Shopping lagi

02:00 / BY najiahs
Bila sampai sini tak usahlah nak budget nak pandang saja. Mesti keinginan membeli-belah itu akan timbul secara mendadak.Janganlah segan silu,masa inilah boleh shopping dengan pelbagai pilihan barangan yang menarik dan harga yang berpatutan.Maaflah...gambar rosak sikit,sila abaikan!Abe Mat dah keletihan dan ambil peluang rehat diruang legar hotel.Ini merupakan peluang akhir rehat sini. Kami nak balik Malaysia...macam jauh saja bunyinya.  Iyalah kami kena menyeberang menaiki feri untuk sampai ke tanah air. ...

Continue Reading

Kodok

16:00 / BY najiahs
Terima kasih kerana setia membaca dan mahu mengetahui menu istimewa dari ruang santai belakang Hotel Karimun.Petang dah ke sini,panas ....Kami relak  masuk bilik mandi-manda,berwangi-wangi nanti nak makan menu istimewa di belakang Hotel Karimun.Malam menjelma,selesai buat yang wajib.Kami berkobar-kobar dan dengan sabarnya menunggu pelayan datang membawa buku menu.Ok....kita lihat senarai menu dulu....Yes! anda nak makan kodok. Wah..!kodok goreng merupakan menu istimewa di sini rupanya. Ermmm,nampaknya kami tak sesuai dengan menu kodok ini. Maaflah kami kena cari...

Continue Reading

Hotel Karimun

13:30 / BY najiahs
Asyik lihat keliling luar hotel je.Jom! lihat dalam hotel bahagian bawahlah diruang tamu utama.Macam rumah pula.Santai dan relak sangat di sini,sambil menunggu teman bolehlah lihat-lihat hiasan di sini. Cantik dan unik hiasan dalam Hotel Karimun ini.Sesuai sangatlah untuk melepaskan lelah bagi tetamu yang baru sampai untuk check-in.Biasalah,nama lagi hotel mesti ada kedai cenderahati.Maaflah tak ambil gambar secara lebih dekat kedai ini.Sebab tertarik dengan deco hotel ini,tak masuk pun dalam kedai cenderahati Hotel Karimun.Hajat sebenar kami...

Continue Reading

Makan satay !

03:00 / BY najiahs
Seharian berjalan-jalan,makan buah saja. Terasa berkeroncong perut. Saya memang suka satay. Hajat hati pun nak makan satay dah bau pun aroma satay dari kejauhan...jom! makan satay.Pasar malam sini depan kedai barangan,jadi kalau nak pilih membeli masuk saja dikedai-kedai tersebut. Nak makanan pula kena melangkah ke gerai di depan. Mari ...lihat apa yang menarik.Pastinya satay,nak juga rasa satay orang Pulau Karimun ni. "Pak...sataynya satu pinggan,makan sini ya!"Cepat saja bapak ini bila pesanan dibuat....tak sabar dah ni,nak...

Continue Reading

Rehat

16:32 / BY najiahs
Pada entry yang terdahulu saya telah paparkan gambar pokok yang diambil gambarnya berhampiran terminal feri Karimun. Saya sendiri tidak mengetahui nama pohon kayu yang berbuah itu. Maklumlah bila sedang rehat di situ nampak pokok berbunga cantik terus saja diambil gambarnya. Kita tinggalkan kisah pokok yang mendapat tekaan pelbagai nama dari pembaca sekalian,terima kasih atas respon kalian. Kali ini, kita lihat Abe Mat mencuba kereta polisi pula. Siap berlakun lagi.Bila lagi nak cuba sementara kenderaan ini...

Continue Reading